Posts

Showing posts from March, 2010

HUJAHAN KES SEKSYEN 27 AKTA POLIS (KES BERSIH)

Image
PENGHUJAHAN PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN (UNTUK OKT 1, 4 HINGGA 10) Dengan izin Puan Hakim, PEMBUKAAN 1) Kesemua OKT dalam kes ini telah didakwa di bawah Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27 (8) Akta yang sama kerana dikatakan telah mengambil bahagian dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang pada 11 Disember 2007 jam lebih kurang 11.00 pagi di jalan susur keluar Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen. 2) Pada penutup kes pendakwaan, Mahkamah yang mulia ini perlu menimbangkan dengan menggunakan ujian “maximum evaluation” samada satu kes “ prima facie” terhadap OKT-OKT telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. 3) Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperincikan dalam kes Balachandran v. P.P [2005] 1 CLJ 85 (m/s 87) [TAG 1]. IZIN (CONSENT) DARI PIHAK PEGUAM NEGARA 1) Di dalam kes ini, Izin Pendakwaan telah ditandatangani/diberikan p