Posts

Showing posts from October, 2010

COW JUMPING OVER THE MOON

Image
Salam, Frasa "cow jumping over the moon" adalah satu frasa yang popular di kalangan pengamal undang-undang jenayah. Frasa ini sangat diminati (dan dekat di hati) pihak pendakwaan kerana frasa yang ditemui dalam kes PP v Mohamed Ali yang diputuskan oleh pada tahun 1962 ini, telah memberikan analogi yang sangat menarik dalam menganalisa keterangan seorang saksi polis. Untuk benefit rakan-rakan yang tidak biasa dengan kes ini; Hakim Thompson CJ memberikan kiasan begini dalam menerima atau menolak keterangan saksi polis. Katanya dalam bahasa Melayu mudah; kalau polis kata lihat "cow jumping over the moon" di Kuala Lumpur maka tak bolehlah percaya, namun jika polis berkata nampak cow tersebut wandering di atas jalan di Kuala Lumpur, maka boleh percayalah kata-katanya. Ini seolah-olah menunjukkan keterangan saksi polis itu hampir 99.9% hendaklah diterima on the face value. Setakat pengalaman saya di mahkamah; belum pernah lagi saya bertemu saksi polis yang memberikan kete