Posts

Showing posts from January, 2011

HIGH PROFILE

Image
Salam, Semalam kita dikhabarkan mengenai pembentukan Suruhanjaya Di Raja (RCI) untuk mendiang Teoh Beng Hock selepas lebih setahun inquest berjalan dengan penuh drama dan berakhir dengan penuh anti klimaks pada verdictnya yang bersifat neither here nor there. Bagi masyarakat perundangan (legal fraternity) memandang pengumuman itu sebagai satu langkah yang baik apatah lagi term of reference telah diperluaskan merangkumi kepada aspek penyiasatan SPRM. Kita juga menyambut baik walau siapa sekalipun yang mengumumkannya, walau apa sekalipun motifnya apatah lagi PTK Tenang yang penuh bergelora dengan isu remeh waltemeh tetapi menyakitkan hati umat Islam seperti salam dimainkan; is just around the corner. Mengendalikan kes atau prosiding seperti RCI TBH ini adalah termasuk dalam kategori high profile cases. Ramai menganggap high profile cases adalah kes-kes yang keluar dalam media, terpampang di dada akhbar atau diperdebatkan dengan hangatnya di alam maya (virtual world). Betul juga telahan i