Posts

Showing posts from March, 2011

ALALALA LATOK JANGAN SAMAN

Image
Salam, 1)Aspek perundangan; Akta Polis 1967 adalah akta yang memberikan kuasa kepada polis dalam melaksanakan tugasan mereka. Dalam Akta ini, satu bab khusus iaitu bab VII menjelaskan dengan terperinci kuasa-kuasa yang dibolehkan oleh undang-undang untuk pihak polis melaksanakannya. Sebagai contohnya Seksyen 20(3)(i) memberi kuasa untuk polis menangkap haiwan yang berkeliaran. 2)Spesifiknya kepada persoalan sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis. Seksyen 21 Akta Polis memberikan kuasa secara umum kepada polis mengawal ketenteraman dan keamanan di jalan umum (public road). Manakala Seksyen 26 secara khusus memberi kuasa untuk polis membuat halangan lalulintas (road barriers). Menurut Seksyen 26 ini, pra-syarat untuk pihak polis hanyalah jika polis berpandangan halangan itu perlu untuk maintain dan preserve undang-undang. Peruntukan ini juga memberikan kuasa untuk polis mengambil tindakan yang munasabah (reasonable steps) untuk polis menghalang sesiapa atau mana-mana kend

BERAMBEH!

Image
Salam, Dalam hidup yang serba mencabar, mendesak dan menekan di zaman ini; kita sering memberi fokus dan pengisian kepada 2 cabang penting dalam hidup; keluarga dan kerjaya. Kedua-dua ini sangat penting dan tidak syak lagi perlu penyelarasan yang bijaksana agar alignment kehidupan tidak lari. Jika terlalu melebihkan kerjaya, maka keluarga akan hilang kasih sayang dan perhatian. Apatah lagi hidup majoriti kita adalah 40% setiap hari untuk kerja, 5% untuk traffic jam, 30% untuk tidur, 5% untuk makan dan ke bilik termenung, meninggalkan kita hanya dengan baki 20% untuk keluarga dan juga untuk sang Pencipta. Sebaliknya, kesengetan berlebihan kepada keluarga sudah tentu juga akan mengganggu kerjaya kerana sering bercuti, kurang fokus, lambat ke tempat kerja atau mahkamah dan macam-macam lagi kesan negatifnya. Namun, ramai yang berjaya dan mempunyai kerjaya yang baik, keluarga yang bahagia masih merasakan jiwa mereka kosong. Gaji yang tinggi dah dicapai. Persekitaran kerja yang kondusif pun

PEGUAM WATCHING BRIEF-A BRIEF NOTE

Image
Salam, 1)Saya melihat peranan lawyer watching brief (WB) disalahertikan. Puncanya banyak kes melibatkan lawyer watching brief berakhir dengan pertelingkahan antara lawyer WB dengan defense counsel atau WB dengan pendakwa. Ini mungkin kerana WB yang hadir itu mungkin ada agenda lain yang lebih besar seperti political milage, publisiti diri sendiri, ada civil suit yang akan difailkan spt dalam kes wrongful killing by police cthnya. Hasilnya, mereka hadir ke mahkamah bukan dalam keadaan memahami tugas WB tetapi lebih kepada mencapai agenda tersirat mereka itu. Drama dan aksi2 untuk impress pihak yang diwakili akan sering muncul. Apatah lagi kehadiran WB seringkali melibatkan media bersama yang memberikan coverage. Maka bertambah2lah lagi usaha keras untuk menunjukkan mereka ini bekerja. 2)Benar lawyer WB ini hanya hadir sebagai pemerhati seperti maksud literalnya sendiri. Untuk menanyakan soalan pun hendaklah melalui mahkamah yakni mahkamah hendaklah membenarkan dan juga tiadanya bantaha