Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

BERSIH, HARAM DAN KONOTASINYA

Salam,1)Pendakwaan ada kuasa untuk prefer apa-apa pertuduhan ke atas orang yang disyaki melakukan kesalahan. Kuasa ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah. Jadi bukanlah sesuatu yang pelik jika seseorang itu ditahan atas disyaki melakukan satu kesalahan (pakai baju Bersih) dan dituduh di bawah pertuduhan lain (menghadiri perhimpunan tiada permit). Tapi itu bukan bermakna pertuduhan itu tepat dan tidak boleh dicabar kesahihannya di mahkamah.2)Pengalaman saya dan beberapa peguam Juham dalam beberapa minggu ini mengendalikan kes tangkapan pencegahan (pre-emptive arrest) oleh pihak polis nampaknya pihak pendakwaan memilih untuk menuduh samada dibawah Seksyen 47 atau 43 Akta Pertubuhan. Seksyen 43 adalah menjadi ahli pertubuhan haram (unlawful society) manakala Seksyen 47 pula adalah memiliki, mempromosi dan lai-lain apa-apa item berkaitan pertubuhan haram seperti pakaian, risalah dsb.3)Memang bantahan awal ada kita buat berasaskan bahawa Bers…