





| Reactions: |



RINGKASAN PENGHUJAHAN PERAYU
Dengan izin Yang Arif,
Adalah menjadi prinsip asas bahawa Mahkamah di peringkat rayuan sewajarnya ‘slow’ dalam mengganggu keputusan berdasarkan penemuan fakta yang dibuat oleh Hakim bicara. Izinkan kami merujuk kes Lim Kheak Teong v PP [1984] 1 CLJ (Rep) 207 dan kes Dr Jayadevan Arayan & Anor v. Sharon Simon & Ors [2000] 3 CLJ 647.
Adalah dihujahkan YA Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah khilaf apabila mengganggu keputusan HMS yang telah menggunakan prinsip yang betul dalam menilai keseluruhan keterangan yang ada. Oleh itu, Mahkamah Rayuan yang Mulia ini mempunyai alasan kukuh dan bermerit untuk mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman. Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman tidak sepatutnya ‘interfere’ terhadap keputusan HMS atas alasan-alasan berikut;
1) Pembelaan Perayu bukan berbentuk penafian kosong semata-mata. Bagi pertuduhan pertama, Perayu memberikan penjelasan berkenaan pertemuan dengan SP1 dan apakah sebenarnya berlaku di mana Perayu telah menawarkan kompoun sebanyak RM100 kepada SP1. Rujuk rekod rayuan m/s 142 – 143.
2) Bagi pertuduhan kedua, Perayu tidak sekadar menafikan penerimaan wang, bahkan mengakui ada berjumpa dengan SP1 dan ada memberikan passport SP1 yang ditahan. Cuma Perayu menafikan beliau menerima wang rasuah RM 500 dari SP1, sebaliknya mengatakan SP1 yang telah mencampakkan wang tersebut. Rujuk rekod rayuan m/s 144 - 48.
3) Pembelaan Perayu yang sebegini bukanlah berbentuk ‘bare denial’ tanpa apa-apa keterangan untuk ‘dislodge’. Perayu telah memberikan penjelasan yang munasabah dalam pembelaan beliau. Rujuk kes DA Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195.
1) Asas kepada pembelaan Perayu sudahpun diletakkan kepada SP1 iaitu bahawa wang rasuah dicampakkan oleh SP1 dan Perayu tidak memegang wang tersebut. Tiada keperluan untuk Perayu memasukkan lebih daripada asas pembelaan yang hanya bertujuan mengelakkan elemen ‘surprise’ berlaku. Rujuk kes Alcontara a/l Ambross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705.
2) Asas pembelaan juga sudah wujud dalam keterangan dokumentari pihak pendakwaan sendiri iaitu di dalam senarai wang bertanda (P2) dan catitan pada P2 (D15). Ini menunjukkan Perayu telah mengemukakan pembelaan beliau ‘at the earliest opportunity’ iaitu semasa ditangkap lagi. Catitan dalam buku harian (P8) juga menyokong pembelaan Perayu. Rujuk rekod rayuan m/s 147, 182 dan 188.
3) Tidak juga menjadi keperluan untuk Perayu meletakkan versi pembelaan kepada setiap saksi pendakwaan. Rujuk kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212.
4) Fakta-fakta yang dikatakan merupakan keterangan ‘afterthought’ juga adalah merupakan perkara yang detail dan merupakan ‘narration’ cerita pembelaan dan bukannya perkara yang ‘crucial’. Rujuk rekod rayuan m/s 38.
5) Versi pembelaan juga telah dimasukkan seawal mungkin melalui SP8 dan SP9. Rujuk rekod rayuan m/s 131 dan 135.
1) Keterangan mengenai ‘fakta yang mencurigakan’ berkaitan Perayu telah diperjelaskan satu persatu oleh Perayu dalam pembelaan beliau. Tiada apa-apa ‘fakta mencurigakan’ yang tidak dijelaskan oleh perayu dalam pembelaan beliau. Penjelasan Perayu ini adalah munasabah dan telah dinilai satu-persatu oleh HMS. Rujuk rekod rayuan m/s 74 – 76.
2) Sebaliknya, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman gagal memberi pertimbangan kepada fakta yang memihak kepada Perayu yang timbul semasa kes pendakwaan lagi yang tidak dipertikaikan oleh pendakwaan.
3) YA Pesuruhjaya Kehakiman telah gagal menganalisa secara adil keseluruhan fakta yang wujud dalam kes (misappreciation of fact). Kegagalan YA Pesuruhjaya Kehakiman menganalisa keterangan secara keseluruhan menyebabkan beliau tidak wajar mengganggu keputusan HMS. Rujuk kes Renal Link (KL) Sdn Bhd v Dato Dr. Harnam Singh [1997] 3 CLJ 225.
1) Sekiranya Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman meneliti keseluruhan keterangan, beliau akan mendapati keterangan pendakwaan terutamanya SP1 tidaklah kredibel, sebaliknya adalah meragukan berbanding keterangan perayu.
Kesimpulannya, dengan rendah diri kami hujahkan bahawa Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman telah khilaf apabila memutuskan untuk mengganggu keputusan HMS yang merupakan Hakim yang membicarakan kes. Dihujahkan sekiranya beliau menimbangkan secara keseluruhan kes, beliau sewajarnya ‘arrive at the same conclusion’ dengan keputusan HMS. Tiada ‘misdirection’ yang wujud dalam keputusan HMS yang mewajarkan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman campurtangan. Pembelaan Perayu telah berjaya mematahkan anggapan yang wujud selepas Perayu dipanggil membela diri. Rujuk kes PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89.
Oleh yang demikian kami dengan rendah diri memohon agar Mahkamah Rayuan yang Mulia ini mengenepikan keputusan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman yang telah mensabitkan responden dan menggantikannya dengan perintah perlepasan dan pembebasan seperti yang diputuskan oleh HMS.
Sekian, terima kasih.
| Reactions: |