Posts

Showing posts from June, 2012

GOODWILL

Image
Salam, Saya seringkali diajukan persoalan oleh rakan-rakan samada peguam-peguam baru mahupun rakan-rakan di dalam kerajaan yang senantiasa tertanya-tanya bagaimana formula terbaik untuk peguam memperolehi sesuatu kes. Adakah melalui kontek yang ramai? Atau 'kaki' yang ligat? Atau pun komisyen yang tinggi? Atau mungkin sessi memancing di mahkamah? Jawapan saya mudah sahaja. Rezeki memang sudah tersurat untuk setiap diri kita. Namun, dalam bidang yang serba mencabar, persaingan 'cah keting' yang kuat, jumlah pemburu yang mungkin melebihi buruan; maka tidak dapat tidak 2 perkara yang saya percaya boleh menjana sumber rezeki yang tidak berkesudahan; pertama 'goodwill' dan kedua 'attitude'. Hari ini saya berkesempatan berada di Mahkamah Rayuan menyaksikan seorang peguam yang agak berusia dibelasah right, left and center oleh korum hakim kerana gagal bersedia dan mewakili anak guam dengan sebaiknya. Kesilapan berbentuk 'mistakes' boleh d