Posts

Showing posts from September, 2012

HIJACK!

Image
Salam, Profesion peguam adalah profesion yang sangat unik. Peguam dilarang mengiklankan diri, mempromosi diri mahupun mempoligamkan diri. Hanya warna tertentu dan saiz tertentu dibenarkan untuk dijadikan signboard pejabat peguam contohnya yang jelas menampakkan jauhnya peguam ketinggalan berbanding profesion lain yang boleh menggunakan apa saja warna pelangi atau saiz signboard mereka. Di sebelah kekangan yang tidak masuk akal ini, tidaklah pula menjadi janggal mahupun termasuk dalam kategori mempromosi diri peguam yang masuk ke kaca tv, menjadi sponsor majlis-majlis mewah dan separa membazir dengan paksarela mahupun menjadi pengerusi majlis atau membaca doa dalam majlis perkahwinan. Sungguh ironi sekali seolah-olah menutup rapat-rapat paip agar tidak menitis air tapi dalam masa yang sama membenarkan paip utama pecah memancutkan air. Justru, para peguam mencari dan menggunakan pelbagai cara untuk mempromosi diri dan kepakaran masing-masing. Ada yang percaya dengan keboleha