Posts

Showing posts from January, 2013

MONOLOG PEGUAM JALANAN

Image
Salam, Kekesempatan bertemu dan bertukar-tukar fikrah dan minda dengan beberapa orang pelajar universiti jurusan undang-undang memberi sedikit deja vu. Teringat zaman di mana saiz seluar masih 30, those were the days, the exuberance of youth. Bagus juga sesekali mengadap wajah-wajah segar dan bersih dari pencemaran mereka ini berbanding menghadap muka-muka sama di mahkamah. Elok juga sebagai muhasabah bahawa diri ini semakin meningkat usia petua (bukan lagi pemuda) yang mana baki umur sudah semakin menyusut dalam keadaan banyak lagi cita-cita yang belum digapai. Agak refreshing dan menerujakan dengan lontaran idea dan persoalan dari adik-adik ini yang membuatkan saya yakin dan konfiden masih ramai lagi mahasiswa yang matang, berpandangan jauh serta kritikal terhadap isu-isu sekeliling. Mereka bukan seqodar robot-robot yang memuntahkan balik apa yang diceromahkan oleh sang pensyarah. Berbeza sekali dengan insiden listen, listen, listen di UUM yang menyaksikan ramai mahasiswa