Posts

Showing posts from August, 2013

HUJAHAN KES 39B (ISU PERCANGGAHAN BERAT DAN IDENTITI)

Image
  Isu discrepancy  mengenai berat. 1)     SP7 sebagai IO kes langsung tidak membuat timbangan berat kasar dalam kes ini. Bahkan beliau mengatakan tidak perlu. Beliau hanya bergantung kepada timbangan yang dibuat oleh anggota-anggota sentry sahaja. 2)     Namun, jika dilihat dalam borang bongkar dan serah menyerah, hanya SP2 yang membuat timbangan. SP4 sebaliknya mendakwa ada membuat timbangan tetapi terlupa mencatatkannya dalam borang bongkar. Ini jelas dalam P9, P10, P11, P14 dan P15 dan disahkan sendiri oleh SP7. SP7 juga tidak membuat catitan jumlah berat ini di mana-mana. 3)     Dalam soal balas, SP7 menyatakan berat kasar dalam pertuduhan asal adalah 1357 gram dan beliau memperolehi figure ini berdasarkan laporan polis yang d ibuat oleh SP2 dan SP4. Pertuduhan ini ditandakan dengan D41. 4)     Namun bila dirujuk kepada satu lagi pertuduhan asal melibatkan berat kasar 990 gram , SP7 menyatakan pertuduhan ini juga melibatkan kes ini. Pertuduhan ini selanjutn

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

Image
Salam, Representasi adalah satu perkataan keramat yang selalu diungkapkan dalam arena kepeguaman jenayah. Terkadang, ia umpama satu penawar atau antidot yang teringin sangat didengar oleh telinga sang tertuduh yang saban hari dicengkam jeriji besi. Mereka yang tertekan samada tekanan kehidupan penjara yang serba menyesakkan itu, ataupun tekanan akibat ketidakpastian dalam hidup mereka. Berapa lamakah lagi aku akan hidup, adakah cahaya di hujung terowong ataupun adakah nyawaku akan berakhir di tali gantung. Representasi sudah menjadi common word dan judicial notice bahkan di kalangan orang awam. Walaupun kadang-kadang sebutannya silap seperti ada yang menyebutnya lepresentasi atau represent atau lebih canggih lagi rap sahaja. Pokok pangkalnya, harapan yang disandarkan pada keajaiban representasi oleh seorang peguam jenayah begitu tinggi, bahkan dianggap boleh menyelamatkan nyawa. Let's get the record straight. Pertamanya, menulis surat representasi samada memohon pertud

HARAPAN RAMADHAN

Image
Salam, Banyak lagu bertema raya mahupun puasa berkumandang saban hari apatah lagi Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita lagi. Harapan Ramadhan adalah antara lagu moden yang tidak bertaraf sampah atau menyakitkan hati untuk didengar, selain lagu seperti Ku Pohon Restu Ayah Bonda dan Pertama Ramadhan ini. Lagunya menginsafkan, mendamaikan dan menenangkan jiwa. Dalam bulan puasa tahun ini saya berhadapan dengan beberapa situasi yang memerlukan harapan. Insan-insan yang begitu berharap untuk mendapat kebebasan, pembebasan mahupun kepastian dalam hala-tuju hidup mereka.  Situasi ini sering berlaku kepada tahanan reman yang dituduh dengan pertuduhan melibatkan hukuman mati (capital punishment) seperti kes bunuh, 39B dan sebagainya. Manakan tidak mereka begitu mengharap. Hidup di penjara Sungai Buloh begitu menyeksakan. Sebagai peguam yang hanya ke sana dalam 2-3 jam mungkin 2-3 kali sebulan pun setiap kali terasa begitu sesak nafas dan meronta-ronta hati ingin segera keluar da