Posts

Showing posts from October, 2013

BUKAN KU TAK SUDI

Image
Assalam, Saya terbaca tulisan di alam cyber berkenaan 10 sebab utama mengapa seorang peguam tidak menjawab panggilan telefon dari seseorang anakguam. Ini juga merupakan komplen utama anakguam terhadap peguam beliau, iaitu sukarnya menjawab panggilan telefon. Menarik tulisan itu kerana ada yang sama dengan pengalaman saya dan ada juga yang tidak sama malahan yang agak kasar juga. Biar saya kongsi apa pula sebab saya sendiri tidak menjawab panggilan telefon anakguam. Walaupun saya akui komunikasi dengan anakguam sangat mustahak, terkadang tidak terangkat juga dek sebab-sebab tertentu. Inilah alasan-alasannya; Pertamanya, saya berada dalam mahkamah. Tidak kiralah samada saya sedang berhujah, sedang menunggu sampai kematu kes dipanggil atau sedang mengisi masa berFB, hakikatnya saya dalam mahkamah. Ini bermakna 100% panggilan anda tidak akan diangkat. Tidak mungkin saya memberi isyarat tunggu sebentar kepada hakim dan menjawab serta-merta panggilan tersebut. Apatah lagi jika pangg

DI PERSIMPANGAN DILEMA

Image
Salam, Saya dihubungi oleh salah seorang pembaca blog ini berkenaan dilema yang beliau hadapi. Saya rasa selain saya menjawab secara personal, elok juga saya titipkan di sini barangkali ada manfaat yang boleh dikongsikan kepada umum. Dilema yang dihadapi adalah samada lebih sesuai terus meneruskan karier di   perkhidmatan awam, atau sebaliknya keluar dan menjadi peguam di medan di luar ini. Saya rasa dilema ini bukan sahaja berlaku kepada rakan-rakan yang berkhidmat dalam perkhidmatan perundangan atau kehakiman. Sudah tentu mereka yang menjadi kakitangan awam di mana-mana sektor sekalipun, mungkin akan didatangi pilihan ini. Teruskan di dalam atau sahut cabaran untuk mencari rezki di luar. Sedikit pengalaman saya yang pernah mengalami dilema ini beberapa tahun dahulu diharap dapat memberi sedikit panduan. Pertamanya, haruslah disedari bahawa skrip hidup kita semua ini tidak sama. Cabaran dan dugaan mahupun ujian semuanya berbeza dan tahapnya juga berlainan. Oleh itu untuk