Posts

Showing posts from November, 2013

KEHIDUPAN YANG HIDUP

Image
Assalam, Agak lama saya tidak menintakan sesuatu di blog ini. Semoga idea dan pandangan saya masih tidak kemarau. Bukan tidak ada isu yang boleh ditaipkan di sini, cuma terlalu ramai keyboard warriors yang hebat memberikan fatwa dan menjatuhkan hukum terhadap musuh masing-masing menyebabkan saya pun menjadi  sedikit enggan untuk join the bandwagon. Cuma selepas berlaku beberapa episod yang menyedarkan diri ini betapa hidup ini terlalu singkat seperti kematian bapa saudara, adik sendiri diserang stroke serta pemergian adik Ahmad Ammar di Turki; menyebabkan diri ini terjemput untuk berkongsi sesuatu yang penting dalam hidup kita iaitu kehidupan itu sendiri. Sebagai pemilik FB yang berstatus pembaca senyap and pengelike kepada status-status kawan-kawan FB; ada saya bertembung dengan status-status yang mempersoalkan kehidupan empunya diri yang dilalui. Contohnya; bangun pagi balik petang, masuk gaji habis bayar hutang, sampai bila hidup begini? Ada juga sahabat yang saya bertugas