Posts

Showing posts from April, 2018

MISTIK

Image
Assalam, Pagi ini kehadiran saya ke salah satu Mahkamah di lembah Kelang menghadirkan sesuatu yang sedikit berbeza. Mahkamah naik agak lambat tanpa sebab yang munasabah. Kelihatan beberapa anggota polis seperti sibuk mencari-cari sesuatu disekitar Mahkamah. Makin saya hampir, makin kuat pula bau-bauan yang agak janggal tetapi mengganggu gugat hidung. Saya juga bertembung dengan seorang Hakim yang mengatakan beliau menggunakan laluan yang sedikit jauh dan bukan normal ke Mahkamah beliau. Dikhabarkan juga ada sessi bacaan Yaasin sedang berlangsung dibaca oleh kakitangan Mahkamah. Rupa-rupanya sesuatu yang tidak diundang atau mistik dikesan. Khabarnya ada pihak yang tak bertanggungjawab telah menaburkan 'sesuatu' di sekitar Mahkamah. Mungkin peguam mereka tidak cukup bagus atau kes mereka sendiri sudah maha koyak. Wallahua'alam. Bagi yang tidak berkecimpung dengan arena kemahkamahan mungkin menganggap ini tidak munasabah atau tak mungkin berlaku di Mahkamah. Tapi ba

PILIHANRAYA

Image
Assalam, Musim kegemaran ramai kembali lagi. Setiap 4 ke 5 tahun maka sudah sampainya kita untuk menjadi pemilih.  Memilih siapakah yang akan menjadi pemimpin kita.  Setibanya musim ini, pelbagai durian runtuh boleh dinikmati oleh rakyat tanpa perlu diminta. Begitu juga pelbagai perangai pelik dan turun ke bumi (down to earth) oleh para politikus dapat kita lihat. Seterusnya, pelbagai elemen kurang baik seperti fitnah, berita palsu, konspirasi teori, character assassination  dan drama ulang tayang pengisytiharan keluar masuk parti, terpaksa kita hadapi dengan penuh kemuakan.  Suka atau tidak, menyampah atau tidak, kotor atau tidak; politik tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan kita. Sudah tentu kita rakyat kebanyakan yang marhaen ini tidak boleh lari dari memilih kerana pilihan kita akan menyelubungi kita untuk 5 tahun akan datang samada membawa lebih kebaikan atau sebaliknya. Bukankah kata-kata bijakpandai bahawa jika yang baik tidak mahu terlibat dalam politik, maka yang