Posts

Showing posts from July, 2018

SILA DUDUK DAN JANGAN LARI

Image
Assalam, Yang Dipertuan Agong kita yang dikasihi dan disanjungi telah mencuit hati rakyat sekali lagi. Dengan nada yang bersahaja tapi penuh makna, baginda memberikan caption paling viral, menarik dan santai dalam perasmian sidang Dewan Rakyat pasca kerajaan baru hari ini. Dalam senyuman dan gurauan, baginda berjaya memberi mesej kepada semua pihak samada kerajaan atau pembangkang yang baru agar bekerja untuk rakyat. Bukannya mensarkiskan parlimen seperti edisi-edisi yang lalu. Ini bukan kali pertama baginda memberi sesuatu yang segar dan boleh dicontohi kepada kita. Bukan sahaja dalam kewarakan dan tutur kata, malahan terserlah dalam aktiviti baginda yang merakyat, pemakaian, cara bersalam, selipar yang dipakai hinggalah kepada handphone yang tersembul di poket baju melayu baginda. Pendek kata dakwah bilhal baginda adalah yang terbaik. Tindakan baginda yang berseloroh dalam kiasan ini juga memberi satu kejutan yang menyenangkan dan segar ( pleasant surprise ). Di mahka