Posts

Showing posts from May, 2020

HUJAHAN MAHKAMAH RAYUAN (DOUBLE PRESUMPTION)

Image
Alasan-alasan rayuan pihak Perayu Alasan nombor 2 Petisyen Rayuan Yang Arif Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menggunakan anggapan yang berganda ( double presumption ) ke atas Perayu semasa memutuskan adanya kes prima facie sehingga menyebabkan berlakunya kegagalan keadilan. Pada 15 Februari 2014, badan kehakiman telah menggubal Seksyen 37A Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) sekaligus menyebabkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammed Hassan lawan Pendakwa Raya pada 1998 tidak lagi boleh digunapakai. Seksyen 37A ADB ini telah membenarkan Mahkamah menggunakan anggapan berganda. Perayu telah ditangkap pada 5 Oktober 2014 dan dipertuduhkan di bawah Seksyen 39B(1) ADB kerana didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 1492.6 gram. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah mendapati Perayu bersalah di bawah Seksyen 39B ADB dan telah dijatuhi hukuman