Posts

Showing posts from June, 2020

HUJAHAN MAHKAMAH RAYUAN (KES SAMUN)

Image
Alasan-alasan rayuan pihak Perayu. Alasan nombor 2 Petisyen Rayuan. Hakim Mahkamah Tinggi Bicara telah terkhilaf apabila gagal untuk mendapati bahawa pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan terhadap Perayu  tidak mendedahkan apa-apa kesalahan. Pertuduhan terhadap Perayu dan 3 lagi di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut;     Saksi utama pendakwaan (SP1)  di dalam pemeriksaan utama telah memberikan keterangan yang berikut di  m/s 20 Jilid 3(1) Rekod Rayuan;  “Dalam kereta, saya diacukan pisau dan barang-barang saya dirampas. 2 lelaki Myanmar yang ambil kerana saya dapat kesan kerana mereka yang gagau saya walaupun muka saya ditutup. Mula-mula saya duduk di sebelah kanan dan selepas itu mereka suruh saya duduk di tengah.  Saya pindah ke  seat  tengah lebih kurang 30 minit selepas bergerak.  Mereka acu pisau dulu baru pindahkan saya. Saya tak nampak, tapi  saya rasa mereka ambil dan rampas barang-barang saya. Barang yang mereka ambik