Posts

Showing posts from December, 2009

SERUAN AL-HARAMAINI

Image
Salam, Memang cepat benar masa yang berputar. Kalau boleh ingin saja kembali ke zaman kanak-kanak atau remaja kita yang rasanya baru saja berlalu. Namun, putaran dunia tak boleh diundurkan lagi walau banyak mana pun kumpulan AXL menyanyikan lagu; andai dapat kuundurkan putaran dunia. Jika 10, 20 tahun lalu peralihan bulan dan musim perayaan contohnya dirasakan lama benar untuk kembali. Namun, kini, cepat benar contohnya seolah-olah baru sahaja kita menyambut raya, dah menjelang balik musim raya yang berikutnya. Hutang lama belum lunas, hutang baru dah nak dicipta balik. Benarlah dunia sudah di akhir zaman. Lihat sahaja usia perkahwinan kita dan juga perkembangan umur anak-anak. Tup-tup rupa-rupanya sudah lebih kurang 10 tahun usia perkahwinan kebanyakan kalangan sahabat saya (kecuali ahli kelab Alif Ba Ta-Angkatan Bujang Tua). Anak-anak juga yang sulungnya mungkin sudah masuk tahap 2 sekolah rendah dan mungkin sudah pandai menghafaz quran (atau juga mengorat). Dalam kesibukan kit

YANG BIJAKSANA ATAU BIJAKSINI

Image
Salam, Kerjaya sebagai majistret adalah satu karier yang sangat-sangat diimpikan oleh ramai pelajar sekolah (selain angkasawan). Bukan saja para pelajar, malah para ibu bapa (termasuklah ibu mertua dalam cerita Ibu Mertuaku) juga pasti sangat berbangga jika anak mereka menjadi seorang majistret. Dalam cerita Labu Labi pun digambarkan kehidupan majistret yang serba berprestij, penuh dengan gaya, mutu dan keunggulan. Realitinya, benarkah karier sebagai majistret ini begitu menarik, tertarik atau hanya retorik semata-mata? Saya tidak pernah menjadi majistret walaupun pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi majistret. Namun, saya bersyukur kerana tidak terpilih karier saya sebagai majistret. Justru, layakkah saya menulis tentang karier sebagai majistret ini? Jawapannya mungkin layak dan mungkin tidak. Biarlah saya menulis berdasarkan pengalaman saya berkecimpung dalam arena kemahkamahan dan berhadapan serta berstonecold (bukan bersekongkol) dengan majistret; saya dapati ada