Posts

Showing posts from 2014

HUJAHAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN (SEMI-PRO LEVEL)

Image
RINGKASAN HUJAHAN PERAYU Dengan izin Yang Arif, Izinkan kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu. ALASAN NO. 1 DAN 2 DALAM PETISYEN RAYUAN Pertamanya, Hakim khilaf apabila memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap Perayu. Hakim telah gagal untuk mengambilkira bahawa beg berisi dadah (P19) tidak pernah berkunci langsung pada mana-mana bahagian. Malahan beg P19 hanya berzip sahaja tanpa apa-apa jenis kunci atau mangga. Tiada juga penemuan apa-apa kunci pada badan Perayu. Rujuk m/s 10 Rekod Rayuan JIlid 1 dan m/s 32 Rekod Rayuan Jilid 1. Adalah tidak munasabah untuk Perayu tidak mengunci beg P19 dan membiarkannya begitu sahaja tanpa apa-apa precaution . Ini menunjukkan Perayu tiada usaha untuk menyembunyikan dadah dan tiada pengetahuan berkenaan kandungan beg P19 kerana beg tidak “carefully concealed” . Hujahkan ini bermakna Hakim telah gagal membuat penilaian maksimum di akhir kes pendakwaa

MISSION IMPOSSIBLE

Image
Peguam umpama perisik atau ejen yang seringkali diharapkan untuk melaksanakan misi-misi mustahil atau quasi-mustahil. Tatkala menerima arahan atau brief daripada anak guam umpama menerima arahan melalui alat canggih yang boleh self-destruct dalam 5 saat dalam filem Mission Impossible. Peguam ditagih menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan super efisyen dan penuh kejayaan, seolah-olah kita mempunyai kuasa dan skil hebat umpama agen di dalam Marvel Agents of Shield. Bunyinya sedikit keterlaluan. Namun itulah realitinya yang berlaku. Apatah lagi bagi peguam kes jenayah yang mana nyawa dan kebebasan diri anakguam disandarkan pada kudrat dan kebijaksanaan sang peguam. Seorang anak guam warga Afrika pernah mengatakan bahawa saya telah dihantar oleh tuhan untuk membebaskan beliau (god sent), walaupun beliau beragama kristian. Memang berat harapan yang ditaburkan umpama pahlawan di dalam alam komik pedang setiawan pun ada juga kadang-kadang terasa. Semakan realiti (reality check)

HUJAHAN APPEAL v SENTENCE (HIGH COURT)

Image
PEMBUKAAN 1)   Rayuan oleh pihak Perayu adalah terhadap keputusan Tuan Majistret, Mahkamah Majistret XXX yang telah menjatuhkan hukuman Perintah Kerja Wajib selama 3 bulan di bawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 dan denda RM XXX  terhadap Responden.   2)   Responden dalam kes ini telah mengaku salah untuk suatu kesalahan di bawah Seksyen415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Akta yang sama. HUJAHAN RESPONDEN Alasan para (a) ke (c) Petisyen Perayu dihujahkan serentak. 1)   Tuan Majistret telah memperturunkan Alasan Penghakiman yang lengkap dengan alasan-alasan serta justifikasi-justifikasi dengan panjang lebar pada m/s 6 hingga 11 Rekod Rayuan . 2)    Hujahkan Mahkamah di peringkat rayuan ini sewajarnya perlahan untuk mengganggu (slow to interfere) dalam keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah, melainkan keadaan yang khas sahaja wujud. 3)   Rujuk kes PP v Mohamed Nor & Ors [1985] 2 MLJ 200 [TAG 1]. Dihujahkan Mahkama

CERAMAH SOSMA 2012 DAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

Image
           Talk on SOSMA&PAA-kedahbar.pptx                   

EMOSI DAN KEMANUSIAAN

Image
Assalam, Sebagai seorang peguam kita selalu dinasihati supaya menjadi seorang yang profesional. Profesional bagaimana? Maksudnya tidak boleh mencampur adukkan diantara kerjaya dengan perasaan atau pandangan peribadi sebagai manusia. Seperti apa yang diungkapkan dalam kes PP v Krishnan Ramar; "however heinous the crime that the accused is charged, he is entitled to be represented". Au kama qaal. Namun bolehkah peguam terutamanya peguam jenayah mempersempadankan diri dalam melaksanakan tugas; bersikap profesional dan tidak dipengaruhi emosi? Peguam juga adalah manusia. Peguam juga ada hati dan perasaan. Peguam juga dicabar emosi saban hari. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan dengan kerenah anak guam, kerenah mahkamah dan yang lebih mencabar adalah harapan yang diberikan oleh anak guam serta keluarga. Dengan kata lain peguam sudah menjadi seperti seorang penyelamat dunia bagi mereka di mana nyawa dan kebebasan diri disandarkan kepada peguam untuk diselamatkan