Posts

Showing posts from 2011

MASTER CHEF IN COURT

Image
Salam, Apart from being involved in the legal world and fast paced court action, I have always have an interest in cooking. Well at least I covered the eating part as well as watching cooking shows in tv as my culinary skills is limited to cooking eggs and maggee mee. The current hyped and popular Master Chef shown in astro has escalated my interest to a greater height. I might as well venture into cooking in the event my desire subdued in legal arena, which I hope won't be happening. A quick glance through news (some are rubbish and pointless cyber fightings) in FB, twitter etc today; one news has caught my attention. A PTD lady officer has been charged in Sepang court for hitting dear hubby with office file! This will easily make front page in any tabloids in our 1Malaysia. Are we running out of genuine, pressing and pure crimes to be brought the court? I'm trying to digest and visualize what may have transpired. The file must have been so huge and dangerous. Alternatively, t

RINGKASAN HUJAHAN KES BPR (COURT OF APPEAL)

Image
RINGKASAN PENGHUJAHAN PERAYU Dengan izin Yang Arif, Adalah menjadi prinsip asas bahawa Mahkamah di peringkat rayuan sewajarnya ‘slow’ dalam mengganggu keputusan berdasarkan penemuan fakta yang dibuat oleh Hakim bicara. Izinkan kami merujuk kes Lim Kheak Teong v PP [1984] 1 CLJ (Rep) 207 dan kes Dr Jayadevan Arayan & Anor v. Sharon Simon & Ors [2000] 3 CLJ 647. Adalah dihujahkan YA Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah khilaf apabila mengganggu keputusan HMS yang telah menggunakan prinsip yang betul dalam menilai keseluruhan keterangan yang ada. Oleh itu, Mahkamah Rayuan yang Mulia ini mempunyai alasan kukuh dan bermerit untuk mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman. Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman tidak sepatutnya ‘interfere’ terhadap keputusan HMS atas alasan-alasan berikut; Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman khilaf apabila meyimpulkan bahawa pembelaan Perayu adalah penafian kosong (bare denial). 1)

TAKDIR DAN WAKTU

Image
Salam, Takdir dan waktu adalah salah satu daripada lagu-lagu hit nyanyian kumpulan Mega. Lagu ini timbul semasa peralihan antara zaman rock kapak yang agak keras kepada zaman rock leleh, nangis dan hingus. Lagu ini juga antara banyak lagu bertaraf biasa yang pernah memenangi Juara Lagu di TV3 iaitu satu pertandingan nyanyian yang sudah kurang ditonton orang ramai dan tidak lagi menarik. Bukan lagu itu yang hendak dikongsi dalam entry ini. Apatah lagi liriknya juga hanyalah lirik biasa bertema cinta, hampa dan kecewa. Sebaliknya, tajuknya yang menggamit idea untuk dinukilkan. Takdir seringkali disebut apabila berlaku sesuatu musibah seperti kematian, kecelakaan, kerugian dan lain-lain. Kadang-kadang terma lain yang biasa adalah seperti sebab musabbab, memang dah nak jadi, tak dapek den nolong dan sebagainya. Beberapa hari yang lepas, seorang saudara saya meninggal dunia semasa melahirkan anak ke 3 di sebuah hospital swasta terkenal di Shah Alam. Dikhabarkan mungkin ada unsur-unsur kecua

BUSINESS OR PLEASURE?

Image
Salam, Business or pleasure is a phrase normally related to business world. When you are travelling outstation this is one of the FAQ that will be asked. Is it a work related trip or just a trip to get away from work itself. Sometimes it's a combination of both; conducting trials, meeting clients etc and indulging in shopping, sight seeing and more shopping in the same breath. Ironically, in most decision making process involved in business (read: mine is the so called legal business), these two extremes are the main consideration before arriving at a decision. It actually should be rephrased into "business or personal@feelings@consideration (timbang rasa). It's tough to balance between these two extremes. If you based your decisions purely or strictly on business consideration; you might end up being a cruel person. Your formula is business only and will disregard consideration or some leeway to other parties in your business circle. On the other hand, if you're deve

KONSISTENSI v DOUBLE STANDARD

Image
Salam, Untuk menjadi seorang yang konsisten bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi konsisten dalam melakukan sesuatu yang bagus dan disukai ramai secara berterusan. Seorang penyerang yang konsisten perlulah menjaringkan gol dalam ratio yang baik seperti 1 gol dalam 2 perlawanan misalnya. Begitu juga penjaga gol yang konsisten adalah yang mempunyai rekod clean sheet yang agak banyak dalam semusim. Konsistensi yang mudah dalam aspek perlanggaran undang-undang dan kekurangan pengajaran. Seperti konsisten lambat ke mahkamah, konsisten melewatkan sembahyang, konsisten berhutang dan juga konsisten memotong Q di jalan raya. Sifat konsisten sebegini senang dijumpai dan ramai yang berbakat dalam aspek ini tanpa perlu digilap. Paling sukar adalah untuk menjadi konsisten dalam membuat keputusan berlandaskan keadilan dan kebenaran. Jika kita mengatakan hitam pada satu ketika dan putih pula pada ketika yang lain pada perkara yang bersifat sama; kita sudah mengamalkan double standard. Contoh palin

MIN HAITHU LA YAHTATHIB

Image
Salam, Perbezaan utama antara mereka yang makan gaji dengan bekerja sendiri adalah berkenaan dengan persoalan rezeki yang diperolehi saban bulan. Bagi yang menjadi "orang gaji" datanglah ribut mahupun taufan, pasti bibir mereka akan tersenyum pada satu tarikh yang pasti di setiap hujung bulan. Tidak kiralah gaji tersebut akan habis menjelang tengah bulan atau tidak, hakikatnya, security itu satu nikmat yang besar yang wajar dihargai oleh setiap yang makan gaji. Tak perlu petir minda bagaimana hendak mendapat gaji, cukup sekadar melaksanakan tugasan dengan amanah tanpa sebarang tekanan (di alam fana barangkali). Bagi yang bekerja sendiri, security bulanan itu seolah-olah tiada langsung. Sumber kewangan adalah tidak tetap (fluctuate). Pendek kata jika ada yang bertanya berapa gaji saya, akan dijawab antara kosong ke infinity. Wujudnya juga perasaan uncertainty dalam mencapai target bulanan. Cukupkah bulan ini? Negatifkah pendapatan bulan ini atau berapa banyak yang boleh disimp

TIADA LAGI BUDIBICARAMU

Image
Salam, Semalam saya terpanggil dan tersentak dengan pertuduhan satu kes BPR yang dikemukakan di mahkamah semasa saya seperti biasa menghabiskan masa mengasah skil menunggu saya. Lelaki India yang kelihatan innocent tersebut dituduh memberikan rasuah RM 20 kepada seorang polis trafik. Saya terfikir saya mungkin tersalah dengar atau pertuduhan tersalah dibaca, namun tidak, jumlah yang terlibat memang RM 20. Saya menyambung mendengar prosiding dengan penuh minat. OKT yang tidak diwakili terus mengaku salah. Lebih menarik apabila fakta dibacakan, OKT nampaknya dikatakan memberikan RM 20 itu kepada polis trafik untuk melepaskan adik beliau yang ditahan menaiki motorsikal tanpa lesen. Rayuan OKT lebih menarik kerana beliau mendakwa; "kenapa polis tu ambil duit yang saya offer? Kalau tak, tidak jadi satu kesalahanlah". Pendakwa raya mempunyai kuasa segah namanya. Perlembagaan persekutuan yang memberikan kuasa dan disokong oleh CPC. Kuasa mendakwa, menarik balik dan membe

MEREKA YANG REBAH

Image
Salam, Saya masih teringat semasa zaman pra baligh di darjah 6 dahulu ada satu lagu yang berunsur keinsafan iaitu Mereka Yang Rebah berkisar mengenai manusia-manusia yang tewas angkara najis dadah. Lagu itu meniti di bibir anak-anak ketika itu. Satu lagi lagu yang juga saya ingat adalah Masih Aku Terasa nyanyian kumpulan Gersang yang tiada bersangkut paut langsung dengan entri ini. Beberapa hari yang lepas pasukan bolasepak harimau malaya juga telah rebah dirobek oleh sang singa berpura-pura. Memang perit untuk menelan kepahitan kekalahan itu. Apatah lagi rebahnya harimau malaya bukan sahaja dek kerana pasukan lawan diperkuatkan oleh awang import yang telahpun veteran dan berisi; malahan juga akibat kealpaan sendiri dan sedikit unsur kebodoh-sombongan di pihak jurulatih yang konsisten menurunkan pemain yang berstatus penumpang sahaja di atas padang. Begitulah hidup kita, ada harinya kita menggapai kemenangan. Maka moleklah kita beringat-ingat bahawa kemenangan itu bukan segalanya mahup

BERSIH, HARAM DAN KONOTASINYA

Image
Salam, 1) Pendakwaan ada kuasa untuk prefer apa-apa pertuduhan ke atas orang yang disyaki melakukan kesalahan. Kuasa ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah. Jadi bukanlah sesuatu yang pelik jika seseorang itu ditahan atas disyaki melakukan satu kesalahan (pakai baju Bersih) dan dituduh di bawah pertuduhan lain (menghadiri perhimpunan tiada permit). Tapi itu bukan bermakna pertuduhan itu tepat dan tidak boleh dicabar kesahihannya di mahkamah. 2) Pengalaman saya dan beberapa peguam Juham dalam beberapa minggu ini mengendalikan kes tangkapan pencegahan (pre-emptive arrest) oleh pihak polis nampaknya pihak pendakwaan memilih untuk menuduh samada dibawah Seksyen 47 atau 43 Akta Pertubuhan. Seksyen 43 adalah menjadi ahli pertubuhan haram (unlawful society) manakala Seksyen 47 pula adalah memiliki, mempromosi dan lai-lain apa-apa item berkaitan pertubuhan haram seperti pakaian, risalah dsb. 3) Memang bantahan awal ada

HEALTH IS WEALTH

Image
Salam, In the past week I have the privilege of conducting a trial in the judge's chamber. Kawtim involved? Definitely not. What happened was that the judge was too ill to proceed hearing the case in open court. She can barely walk to the majestic chair that we lawyers, DPPs and civilians alike, bow everyday as a matter of respect when we hear the magic word "bangunggggg!". So the judge declared her chambers as open court. Conducting a criminal trial in chambers whereby the judge is restless and not in the best of health is neither pleasant nor dramatic. It's so peaceful and surely I can't raise my voice against joker witness although I wish I had done so, upon hearing the investigation officer replying with a standardized answer; "saya kurang pasti pula". In the end what transpired was a civilized trial with parties giving utmost respect to each other. What really concern me is the way the pressure (read: KPI) has forced officers of the court to give pr

HUJAHAN KES 39B (COURT OF APPEAL)

Image
RINGKASAN HUJAHAN RESPONDEN Dengan izin Yang Arif, Izinkan kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu bertarikh 16 Oktober 2009. ALASAN NO. 2, 4 DAN 6 DALAM PETISYEN RAYUAN Yang Arif Hakim bicara adalah betul dan tidak khilaf dari segi fakta dan undang-undang dalam memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Responden di akhir kes pendakwaan atas alasan Responden tidak mempunyai “milikan” terhadap dadah-dadah tersebut. Tiada keterangan positif bahawa ekshibit P13A adalah ketulan yang dimaksudkan telah dilihat dicampakkan oleh Responden. Berkenaan ekshibit P14A pula wujudnya keterangan yang tidak dicabar daripada saksi pendakwaan sendiri iaitu SP4 yang tidak tercabar sekaligus menimbulkan inferens yang munasabah bahawa P14A diletakkan oleh lelaki Indonesia bernama Hendra. Inferens ini menimbulkan keraguan munasabah terhadap persoalan “milikan”. Gabungan keseluruhan keterangan menunjukkan keterangan gagal menunjukkan kaitan Responden dengan P13A dan P14

HUJAHAN KES FITNAH JENAYAH

Image
Pembuktian elemen pertuduhan. 1) Merujuk kepada “A Practical Handbook on Criminal Prosecution in the Subordinate Courts“ m/s 337 , intipati bagi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan ialah : 1) The accused made or published an imputation about a person. 2) It concerned the complainant or some other person thereby in whom the complainant was interested. 3) The said imputation must have been made by words either spoken or intended to be read or by signs or by visible representations. 4) Such imputation was made with the intention of harming or with knowledge or having reason to believe that it will harm the reputation of the person concerning whom it is made Analisa keterangan pendakwaan 1) Kami berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes “prima facie” terhadap OKS di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Ini memandangkan tidak ada sebarang keterangan langsung berkenaan