Posts

Showing posts from March, 2012

HUJAHAN PENUH KES BUNUH

Image
PEMBUKAAN 1) Orang kena tuduh pertama (OKT) dalam kes ini telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dikatakan telah melakukan satu pembunuhan iaitu menyebabkan kematian kepada si mati sepertimana dalam pertuduhan. 2) Seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180 (1) KAJ, pada penutup kes pendakwaan, Mahkamah perlu menimbangkan samada satu kes prima facie terhadap tertuduh telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. 3) Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperincikan dalam kes Balachandran v. P.P [2005] 1 CLJ 85 (m/s 87)[TAG 1]. PERTUDUHAN YANG DIKEMUKAKAN 1) Hujahkan pertuduhan yang dikemukakan adalah cacat dan defektif. Tarikh 31hb April 2011 bukanlah tarikh kejadian mahupun kematian yang dikemukakan melalui keterangan iaitu masing-masing pada 31 Mac 2011 dan 3 April 2011. Hujahkan kesilapan ini bukan semata-mata kesilapan menaip. Berdasarkan Seksyen 153 (1) Kanun Prosedur Je