Posts

Showing posts from November, 2017

PARTNERS IN CRIME

Image
Assalam, Saya ada terbaca perkongsian seorang rakan peguam bahawa ada kajian yang menunjukkan antara lainnya, bahawa mereka yang hidup solo lebih cepat membawa kepada kematian sebanyak 50%. Benar atau tidak kajian itu bukan isunya, tapi saya tertarik untuk mengaitkannya dengan karier seorang peguam. Ada peguam yang lebih suka berkerjaya solo dan menjadi lone ranger. Pada saya tidak salah. Mungkin lebih kurang peningnya atau risikonya jika kita adalah our own boss. Saya lebih cenderung untuk memilih bahawa adalah lebih baik jika kita mempunyai rakan kongsi dalam karier kepeguaman. Mempunyai rakan kongsi bukan hanya diukur ketika senang, yakni berapa bahagian masing-masing akan dapat. Ia juga dinilai lebih dari itu terutamanya ketika kita susah dan perlukan bantuan. Ini termasuklah ketika sakit demam kita atau anak-anak kita, masa kita perlu break dan bercuti dari tekanan kerja dan macam-macam lagi yang sebenarnya lebih baik tidak ditanggung seorang diri. Perlu disedari, men

KECENDERUNGAN MENGHASUT

Image
Assalam, Akhir-akhir ini saya agak cenderung dan condong dengan hasutan. Seolah-olah hasutan itu agak dekat di hati saya. Pertamanya saya dihasut oleh beberapa orang sahabat peguam untuk kembali aktif menulis. Lebih tepat lagi saya inspired by beberapa sahabat peguam yang sudah sampai mempunyai buku tulisan mereka sendiri. Sahabat Z mengatakan dengan adanya buku ianya menjadi nilai tambah dalam karier kepeguaman kita dan satu kepuasan yang tidak boleh dinilai. Pabila ditanya orang, apa keistimewaan peguam itu berbanding yang lain? Beliau bukan saja menjadi pengurus futsal yang berkaliber bahkan juga seorang penulis buku. Begitulah agaknya mesej yang cuba disampaikan beliau. Sahabat H pula sambil menunjukkan buku terbitan beliau sendiri (yang kedua rupanya) di Mahkamah, telah memberikan cabaran kenapa kita peguam tidak boleh menulis sedangkan ramai penulis di luar sana adalah orang-orang biasa saja sebenarnya, namun mereka berjiwa besar. Sempat lagi beliau menghasut saya dengan m