Posts

Showing posts from 2013

KEHIDUPAN YANG HIDUP

Image
Assalam, Agak lama saya tidak menintakan sesuatu di blog ini. Semoga idea dan pandangan saya masih tidak kemarau. Bukan tidak ada isu yang boleh ditaipkan di sini, cuma terlalu ramai keyboard warriors yang hebat memberikan fatwa dan menjatuhkan hukum terhadap musuh masing-masing menyebabkan saya pun menjadi  sedikit enggan untuk join the bandwagon. Cuma selepas berlaku beberapa episod yang menyedarkan diri ini betapa hidup ini terlalu singkat seperti kematian bapa saudara, adik sendiri diserang stroke serta pemergian adik Ahmad Ammar di Turki; menyebabkan diri ini terjemput untuk berkongsi sesuatu yang penting dalam hidup kita iaitu kehidupan itu sendiri. Sebagai pemilik FB yang berstatus pembaca senyap and pengelike kepada status-status kawan-kawan FB; ada saya bertembung dengan status-status yang mempersoalkan kehidupan empunya diri yang dilalui. Contohnya; bangun pagi balik petang, masuk gaji habis bayar hutang, sampai bila hidup begini? Ada juga sahabat yang saya bertugas

BUKAN KU TAK SUDI

Image
Assalam, Saya terbaca tulisan di alam cyber berkenaan 10 sebab utama mengapa seorang peguam tidak menjawab panggilan telefon dari seseorang anakguam. Ini juga merupakan komplen utama anakguam terhadap peguam beliau, iaitu sukarnya menjawab panggilan telefon. Menarik tulisan itu kerana ada yang sama dengan pengalaman saya dan ada juga yang tidak sama malahan yang agak kasar juga. Biar saya kongsi apa pula sebab saya sendiri tidak menjawab panggilan telefon anakguam. Walaupun saya akui komunikasi dengan anakguam sangat mustahak, terkadang tidak terangkat juga dek sebab-sebab tertentu. Inilah alasan-alasannya; Pertamanya, saya berada dalam mahkamah. Tidak kiralah samada saya sedang berhujah, sedang menunggu sampai kematu kes dipanggil atau sedang mengisi masa berFB, hakikatnya saya dalam mahkamah. Ini bermakna 100% panggilan anda tidak akan diangkat. Tidak mungkin saya memberi isyarat tunggu sebentar kepada hakim dan menjawab serta-merta panggilan tersebut. Apatah lagi jika pangg

DI PERSIMPANGAN DILEMA

Image
Salam, Saya dihubungi oleh salah seorang pembaca blog ini berkenaan dilema yang beliau hadapi. Saya rasa selain saya menjawab secara personal, elok juga saya titipkan di sini barangkali ada manfaat yang boleh dikongsikan kepada umum. Dilema yang dihadapi adalah samada lebih sesuai terus meneruskan karier di   perkhidmatan awam, atau sebaliknya keluar dan menjadi peguam di medan di luar ini. Saya rasa dilema ini bukan sahaja berlaku kepada rakan-rakan yang berkhidmat dalam perkhidmatan perundangan atau kehakiman. Sudah tentu mereka yang menjadi kakitangan awam di mana-mana sektor sekalipun, mungkin akan didatangi pilihan ini. Teruskan di dalam atau sahut cabaran untuk mencari rezki di luar. Sedikit pengalaman saya yang pernah mengalami dilema ini beberapa tahun dahulu diharap dapat memberi sedikit panduan. Pertamanya, haruslah disedari bahawa skrip hidup kita semua ini tidak sama. Cabaran dan dugaan mahupun ujian semuanya berbeza dan tahapnya juga berlainan. Oleh itu untuk

HUJAHAN KES 39B (ISU PERCANGGAHAN BERAT DAN IDENTITI)

Image
  Isu discrepancy  mengenai berat. 1)     SP7 sebagai IO kes langsung tidak membuat timbangan berat kasar dalam kes ini. Bahkan beliau mengatakan tidak perlu. Beliau hanya bergantung kepada timbangan yang dibuat oleh anggota-anggota sentry sahaja. 2)     Namun, jika dilihat dalam borang bongkar dan serah menyerah, hanya SP2 yang membuat timbangan. SP4 sebaliknya mendakwa ada membuat timbangan tetapi terlupa mencatatkannya dalam borang bongkar. Ini jelas dalam P9, P10, P11, P14 dan P15 dan disahkan sendiri oleh SP7. SP7 juga tidak membuat catitan jumlah berat ini di mana-mana. 3)     Dalam soal balas, SP7 menyatakan berat kasar dalam pertuduhan asal adalah 1357 gram dan beliau memperolehi figure ini berdasarkan laporan polis yang d ibuat oleh SP2 dan SP4. Pertuduhan ini ditandakan dengan D41. 4)     Namun bila dirujuk kepada satu lagi pertuduhan asal melibatkan berat kasar 990 gram , SP7 menyatakan pertuduhan ini juga melibatkan kes ini. Pertuduhan ini selanjutn

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

Image
Salam, Representasi adalah satu perkataan keramat yang selalu diungkapkan dalam arena kepeguaman jenayah. Terkadang, ia umpama satu penawar atau antidot yang teringin sangat didengar oleh telinga sang tertuduh yang saban hari dicengkam jeriji besi. Mereka yang tertekan samada tekanan kehidupan penjara yang serba menyesakkan itu, ataupun tekanan akibat ketidakpastian dalam hidup mereka. Berapa lamakah lagi aku akan hidup, adakah cahaya di hujung terowong ataupun adakah nyawaku akan berakhir di tali gantung. Representasi sudah menjadi common word dan judicial notice bahkan di kalangan orang awam. Walaupun kadang-kadang sebutannya silap seperti ada yang menyebutnya lepresentasi atau represent atau lebih canggih lagi rap sahaja. Pokok pangkalnya, harapan yang disandarkan pada keajaiban representasi oleh seorang peguam jenayah begitu tinggi, bahkan dianggap boleh menyelamatkan nyawa. Let's get the record straight. Pertamanya, menulis surat representasi samada memohon pertud

HARAPAN RAMADHAN

Image
Salam, Banyak lagu bertema raya mahupun puasa berkumandang saban hari apatah lagi Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita lagi. Harapan Ramadhan adalah antara lagu moden yang tidak bertaraf sampah atau menyakitkan hati untuk didengar, selain lagu seperti Ku Pohon Restu Ayah Bonda dan Pertama Ramadhan ini. Lagunya menginsafkan, mendamaikan dan menenangkan jiwa. Dalam bulan puasa tahun ini saya berhadapan dengan beberapa situasi yang memerlukan harapan. Insan-insan yang begitu berharap untuk mendapat kebebasan, pembebasan mahupun kepastian dalam hala-tuju hidup mereka.  Situasi ini sering berlaku kepada tahanan reman yang dituduh dengan pertuduhan melibatkan hukuman mati (capital punishment) seperti kes bunuh, 39B dan sebagainya. Manakan tidak mereka begitu mengharap. Hidup di penjara Sungai Buloh begitu menyeksakan. Sebagai peguam yang hanya ke sana dalam 2-3 jam mungkin 2-3 kali sebulan pun setiap kali terasa begitu sesak nafas dan meronta-ronta hati ingin segera keluar da

REMAN OH REMAN

Image
Salam, Semalam saya bergegas ke Balai Polis Ampang Jaya kerana diminta untuk menjenguk keadaan Datuk Husam Musa yang baru sahaja ditahan pihak polis beberapa jam sebelumnya. Namun, kejanggalan berlaku kerana sesampainya saya di sana, DHM telah pun dibawa secara tergesa-gesa oleh pihak polis ke IPD Kota Bharu pula yang jaraknya menjangkau 500 km atas alasan report asalnya dibuat di sana. Aneh tapi benar, yang janggal bukan lagi mengejutkan di negara kita yang tercinta. Lantas saya tertarik untuk mengetuk keyboard sedikit menukilkan perihal reman, sifat dan akibatnya. Banyak sebenarnya perkara menarik mengenai reman yang boleh dikongsikan. Pertamanya, reman ini tidak wajar dianggap sebagai satu rutin semata-mata. Kenapa? Kerana ia melibatkan persoalan kebebasan diri seseorang. Percayalah, nikmat kebebasan diri adalah sesuatu yang amat jarang dihargai, melainkan selepas ianya direnggut legally or otherwise, barulah terasa begitu bernilai sekali apa yang dipanggil kebebasan itu.

CRIMINAL SUBMISSION (WRITTEN) MADE EASY

Image
Salam, Saya dihubungi oleh salah seorang pengunjung blog saya ini berkenaan panduan dan cara-cara untuk membuat hujahan kes-kes jenayah dengan berkesan. Pasca PRU13 ini dalam ketika ramai masih berkobar-kobar menjadi penganalisa politik jadian dan segera; maka ada eloknya saya mencuri sedikit masa sibuk (dan menyibuk) saya untuk menintakan sedikit setelah sekian lama blog ini kemarau idea. Awas! Tulisan ini bukan untuk abang-abang otai peguam jenayah yang lebih mahir dan berpengalaman dari saya. Juga mungkin bukan sesuai untuk kakak-kakak DPP yang garang dan bersemangat berkobar-kobar mengendalikan kes mereka. Mungkin untuk para pelajar di peringkat universiti ataupun peguam-peguam muda yang masih segar, lebih bertepatan. To begin with, tidak ada satu rules yang standard bagaimana mencapai piawaian hujahan yang bergaya, bermutu dan berkeunggulan. Hujahan yang bagus bukanlah kayu ukurnya berapa tebal mukasurat, berapa besar font yang digunakan atau betapa banyak case laws y

BORJOUIS ATAU MARHAEN

Image
Salam, Dalam dunia materialistik hari ini tidak dapat lari dari kita memperkatakan mengenai syiar, first impression atau gaya. Dunia kepeguaman juga tidak dapat lari dari dijerat oleh pandangan atau persepsi material ini. Keberjayaan atau kehebatan seorang peguam diukur daripada apa yang dapat dilihat pada mata kasar. Nampaknya 'nahkum bozzhowaahir" sangat dipratikkan di alam serba hitam putih ini. Pernah saya ditanya oleh rakan-rakan adakah perniagaan firma guaman saya sedang bermasaalah atau di tahap defisit lantaran saya downgrade kereta dari jenama Jepun bercc 2.0 kepada jenama Malaysia bercc 2.0 juga. Mungkin mereka mengambil berat akan hal ehwal saya. Namun, itulah realitinya yang begitu pahit hendak ditelan. Bukannya 'don't judge a book by its cover" sebaliknya "judge (and prejudge) a lawyer by its buroq". Apa yang disebalik yang tersurat jarang difahami lantaran prejudis material ini. Keberangkalian peguam itu cuba berjimat atau be