Posts

OUR PATHS WILL CROSS IN THE FUTURE

Image
Salam,   Insya Allah maybe our paths will cross in the future.  Itu kata-kata semangat yang saya titipkan untuk seorang bakal peguam. Seorang anak muda yang menulis secara peribadi, ingin menjadi anak didik saya. Menjadi seorang pelatih dalam kamar di dalam firma kecil saya. Ini bukan kali pertama saya menerima permohonan bersifat begini.    Namun, takdir dan  circumstances  terkini tidak menjadikan permintaan itu menjadi nyata. Saya agak tersentuh. Kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak muda ini begitu memukau. Bukan sekadar email biasa yang di  broadcast  kepada belasan firma semasa memancing firma mana yang hendak diceburi. Barangkali, nilai gaji paling tinggi menjadi kayu ukur utama, bagi bakal peguam yang memancing laut dalam begitu.    Tidak salah meletakkan asas wang ringgit sebagai kayu ukur utama. Sementelah zaman edan covid 19 yang tidak menentu ini. Ia menagih satu kepastian dalam kehidupan. Gaji atau elaun yang tinggi adalah salah satu daripada faktor yang bol

MA QALLA WA DALLA

Image
Salam,   Antara  jobscope  utama seorang peguam adalah berhujah. Ada yang berlaku di peringkat awal. Contohnya, hujahan membantah reman. Contoh yang lain adalah hujahan permohonan jamin. Ini antara misalan klasik hujahan peringkat awal bagi seseorang peguam.   Tapi, sebenarnya, ada lagi hujahan yang berlaku jauh lebih awal. Dengan kata lain; bertaraf  prequel.  Yang saya maksudkan ini adalah hujahan untuk meyakinkan anak guam atau ahli keluarga mereka. Hujahan untuk menoktahkan persetujuan mereka agar melantik kita.   Hujahan ini boleh menjadi yang paling penting bagi seseorang peguam. Ia bakal menentukan samada hujahan-hujahan susulan yang lain akan benar-benar wujud. Jika hujahan ini ditolak, ia bermaksud tiada rezki yang tertulis untuk peguam. Bolehlah dihalakan usaha ke arah kes-kes yang lain pula. Ada hujahan yang berlaku di pertengahan kes. Misalnya, hujahan bantahan. Mungkin membantah perihal pertuduhan yang defektif. Boleh juga bantahan atas cara pengendalian kes. Hujahan ini b

BUKU PEGUAM KRIMINAL

Image
 Assalam dan selamat sejahtera semua, Syukur ke hadrat Ilahi, buku sulung tulisan saya sudah diterbitkan. Buku "Peguam Kriminal" merupakan perkongsian kisah benar mengenai kehidupan seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah.  Buku ini sesuai dibaca untuk semua golongan samada pelajar undang-undang, peguam mahupun orang awam. Ia ditulis dalam bahasa yang santai dan mudah, namun penuh dengan mesej yang tersirat. Kandungan buku adalah 100% tulisan baru dan bukannya dikumpulkan daripada blog ini. Bagi yang berminat, bolehlah membuat tempahan dan pembelian melalui link di bawah; https://bukupeguamkriminal.brizy.site/ Selamat membaca buku ini. Semoga mendapat manfaat dan inspirasi. Terima kasih! !

SPEAKER

Image
Salam,               Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Setiap daripada kita ada ilmu tersendiri, pengalaman tersendiri dan imaginasi yang tersendiri juga. Tidak ada orang yang boleh mendabik dada mengetahui segala-galanya. Mesti ada pengalaman, ilmu atau imaginasi yang tidak akan dia miliki. Peguam contohnya, ada ilmu, pengalaman dan imaginasi yang berbeza antara satu sama lain. Walaupun peguam itu peguam jenayah yang mengendalikan kes yang sama sifat dan akibatnya.   Sebab itulah pada saya, semua orang boleh menulis. Pasti ada cerita, inspirasi hidup masing-masing yang boleh dikongsikan untuk kebaikan bersama. Yang tinggal hanyalah the  push factor . Kemahuan, sikap dan juga teknik yang betul untuk menulis agar apa yang kita miliki itu boleh dijadikan jariah yang berpanjangan. Bukannya terawang-awang di  media sosial  atau tersimpan kemas dalam minda separuh sedar sendiri saja.   Justru, bila ada peluang untuk menyedut ilmu dan pengalaman daripada tokoh-tokoh yang boleh menamb

PEGUAM DAN IBRAH COVID 19

Image
Banyak isu perundangan yang timbul akhir-akhir ini. Temanya pelbagai. Ada yang berkait rapat dengan integriti dan kebolehpercayaan rakyat terhadap wibawa pihak berkuasa. Pihak berautoriti di sini saya tidak maksudkan Menteri. Kerana, isu wibawa terhadap kredibiliti Menteri dewasa ini sudah acap kali disuarakan dengan sinis. Lagipun, ini bukan entri politik. Masih kekal sebagai tulisan perundangan diselit rencah kemanusiaan.   Isu acara lompat pagar di belakang bangunan SPRM Putrajaya antara yang mendapat perhatian ramai. Walau apapun penjelasan mahupun diagram yang dibentangkan kepada khalayak, isu ini nampaknya telah menghakis keyakinan masyarakat kepada pihak berkuasa dengan hebatnya.       Persepsi yang bermain di minda masyarakat kini tidaklah molek. Terlepasnya seorang Dato Seri daripada pagar serba canggih itu terlalu sukar untuk diterima. Walaupun, apa yang sebenarnya berlaku, berkemungkinan besar memang begitu.  Fly  daripada SPRM dengan dibantu kekuda dua orang pengawal perib

TANAM POKOK GANJA

Image
Hobi bercucuk tanam adalah satu hobi yang mulia. Ia jauh lebih baik daripada hobi ikut-ikutan. Contohnya  trend  berbasikal sebagai gaya hidup yang menjadi pilihan artis dan marhaen masa kini.   Trend  di mana pakaian yang ketat umpama disarung nangka menjadi pilihan. Aset dan juga  excess baggage  pada tubuh, samada secara sengaja atau tidak, turut dipertontonkan kepada khalayak. Hobi ikutan begini mencemarkan imej pengayuh basikal sejati seperti saya dan ramai lagi rakan-rakan. Yang mengayuh demi unt uk kesihatan.               Berbalik kepada hobi bercucuk tanam tadi, bukan saja kita akan ada peluang bercanda dengan alam, tubuh badan juga boleh mengeluarkan peluh jantan yang sepatutnya. Tapi awas! Bukan semua pokok kayu yang boleh ditanam. Dalam negara kita, pokok ganja atau nama Bahasa Inggerisnya  cannabis , dilarang sama sekali untuk ditanam.                          Ya, benar. Ganja di negara kita bukan setakat menyalahi undang-undang jika dihisap, dimiliki dan sudah tentu dieda

SAKSI TERLINDUNG

Image
         Selama dua hari berturut-turut kes bunuh yang sedang saya kendalikan terhenti momentumnya. Perjalanan kes yang agak lancar sebelum ini dikejutkan dengan satu pendedahan eksklusif pihak pendakwaan. Mereka ingin membuat satu permohonan. Dua daripada saksi awam yang akan dipanggil, tidak ingin dipanggil secara biasa. Pendakwaan ingin menukar status mereka kepada kluster lain; sebagai saksi terlindung.               Memanggil saksi secara biasa bermaksud, saksi akan masuk ke kandang saksi, mengangkat sumpah dan memperkenalkan diri. Saksi bakal disoal oleh timbalan pendakwa raya dalam pemeriksaan utama. Kemudian, beralih pula kepada acara cabar-mencabar daripada peguam bela dalam tempoh soal balas. Akhirnya, saksi boleh diperbaiki sebarang kerosakan yang terbit daripada soal balas tadi. Proses terakhir yang dipanggil pemeriksaan semula.               Begitulah cantiknya prosedur yang ditetapkan di dalam undang-undang. Semua pihak berpeluang mengutarakan kes masing-masing. Pihak pen