LOYAR JADIAN?




Salam,

Kita seringkali mendengar mengenai harimau jadian dan serigala jadian (werewolf). Maksud mudahnya adalah kedua-duanya bukanlah harimau atau serigala tulen tetapi berhasrat hendak menjadi yang tulen itu. Justru, apabila ada orang yang hendak asalnya dicanangkan sebagai loyar yang tulen tetapi sebenarnya sudah distruck-off daripada senarai peguam; bolehlah kita memanggilnya loyar jadian.

Hari ini 25 Ogos 2009 atau 4 Ramadhan adalah hari penduduk Permatang Pasir (yang menjadi anak emas sekarang) akan membuang undi. Saya harap masih tidak terlambat untuk saya memberi komentar mengenai calon UBN saudara Rohaizat yang mana status keloyarannya dipertikaikan. Lets just strict to the facts here and I'll be commenting from the perspective of a fellow lawyer (loyar tulen bukan jadian).

Pertama-tamanya, to reveal a candidates background is not character assasination. Dalam kes saudara Rohaizat ini, pihak beliaulah yang menggembar-gemburkan mengenai kelayakan beliau sebagai peguam untuk dijadikan jurus berkempen. Itu tidak salah, malahan satu tindakan bijak dalam mempotray bahawa beliau seorang yang profesional (tidak seperti tindakan memperlekehkan golongan peraih ikan). Jadi, apa yang berlaku iaitu penjelasan daripada Bar Council adalah sebagai respon mengenai kedudukan status sebenar beliau samada loyar tulen atau loyar jadian. Dan apabila ex-partner beliau Yusri berespons dengan tegas, itu juga adalah untuk membersihkan nama beliau daripada cuba dikambinghitamkan oleh kem Rohaizat.

Baik, keduanya, penting sangat ke beliau dah dilucuthak sebagai peguam? Apa isu yang besar sangat? Jawapannya ada dua. Pertamanya, beliau menawarkan diri untuk memegang jawatan awam yang sangat besar, berkuasa dan yang jarang difikirkan adalah sangat berat sekali amanah yang akan dipikul. Ini bukan jadi calon pelajar AF atau calon pemain bola My Team. Menjadi wakil rakyat memerlukan seorang yang berbakat, berkakilebar (kaliber) dan paling mustahak bersih latar-belakang dan rohani sekali.

Jawapan kedua adalah, sebagai seorang loyar, untuk distruck-off daripada roll of advocates and solicitors adalah the worst case scenario yang boleh berlaku dalam karier keloyaran. Menjadi loyar anda bergantung kepada 2 perkara utama; performance dan goodwill (nama baik). Melainkan anda mempunyai kabel (broadband, wi-fi atau blue tooth) dengan pihak atasan; maka goodwill inilah yang mendapatkan client kepada anda. Maka apabila loyar disabitkan oleh Disciplinary Board dengan kesalahan menyalahgunakan wang client; reputasi seorang loyar itu hancur berderai, remuk seperti kaca yang pecah seribu tak mungkin dapat dicantum kembali kepercayaan (trust) that was betrayed.

Di dalam prosiding disiplin Bar Council juga terdapat beberapa hukuman lain seperti amaran, denda, digantung dsb. tetapi tiada yang lebih berat daripada apa yang telah Rohaizat terima. Beliau telah merayu ke mahkamah tinggi yang telah menolak rayuan beliau itu. Bekas partner beliau juga telah menjelaskan dengan terperinci peranan beliau dan juga ke mana wang tersebut beralih, namun tiada jawapan tegas yang dijawab melainkan gesaan supaya berhenti memburukkan nama beliau dan berlindung di sebalik beberapa pembesar UBN sebagai perisai. Sedih dan menyedihkan sungguh. No wonder even the respected Dr. M doubts his selection and his former nemesis Ku Li also gave a cynical remark "is he the best you can do?".

Tidak timbul isu beliau telah membayar balik wang tersebut (swindled money), damage has been done. Jika diteliti, elemen criminal breach of trust (CBT) juga wujud (tak percaya rujuk Mallal, Ratanlal dan buku Teoh). Cuma, mungkin tiada laporan polis dibuat oleh mangsa dalam kes tersebut menyebabkan tiada penyiasatan dilakukan oleh pihak polis. Dan statement daripada pembesar UBN bahawa apa yang berlaku adalah masalah peribadi Rohaizat dan bekas partnernya sahaja dalam urusan business; adalah sangat dangkal dan menunjukkan ketidakcerdikan pembesar tersebut. Cmon, you can't be that low (I won't use stupid here).

Akhirul-kalam, saya berasalah bahawa pemilihan seseorang bakal pemimpin ni sangat penting (the vetting process). Seharusnya ada proses tapisan, pentarbiyahan, pengujian kesetiaan utnuk menghasilkan calon yang the best of the best. Saya kurang pasti samada pihak yang memilih Rohaizat telah melakukan yang terbaik kerana it must have been only one out of two inferences; they did a lousy job in picking Rohaizat or they are running out of credible candidates despite knowing Rohaizat's tainted background. Mesej yang sama juga untuk pihak PKR yang kecurian seorang lagi adun (yang tak sedar diri untuk bertahan dengan status exco). Pemimpin perlu dididik untuk memimpin bukannya dipetik di tepi jalan.

As for Rohaizat's candidancy in Permatang Pasir; what is my personal vote for him? A resounding NO. You are just not qualified whether you win or not simply because as a lawyer, you live and die based on your reputation and goodwill. Wassalam.

Comments

  1. kalu lagu ni jadinyo 'tuan loyar',lagi mulia peraih ikan lah. walaupun jawatan tak profesional, kerja tak seberapa, duit tak banyak tapi tak pernah distruck off dari Persatuan Penjual Ikan Malaysia...

    ReplyDelete
  2. Saudara anonymous,

    Saya tidak dapat bersetuju lebih dengan saudara (can't agree more).

    ReplyDelete
  3. salam imam

    ha ha ha cakap pun tak guna imam. last night yusri (the ex partner) buat statement defend rohaizat. yang kelakarnya the defending statement (ada ka pekataan ni) yang dibuat tu was read out from a text ha ha ha. isap gagap gagap n teketar2 lagi.

    camon la, baru je dua tiga malam lepas i attended the ceramah kelompok where yusri was there giving his talk heart out and semuanya taruk itu Rohaizat. segala mak nenek cerita keluar. alih2 he said dia dipergunakan oleh PAS. Bulldunk! everybody know la, u ve been dikamuntingkan! sudah terang lagi bersuluh bulan purnama.

    terlanjur cerita pasal Pmtg Pasir ni, awal2 lagi BN canang tak nak kempen attack peribadi, sahsiah orang. True enough sbb they know rohaizat akan kena teruk. to add it up one old minister keep saying that PAS resort to politik tohmah orang. wake up la grand pa. u tak lalu pmtg Pasir ka? tak nampak ka all those BN banners yang maki hamun orang??? tak manis kalau nak tulis di sini kot banner2 tu. tapi cukuplah dgn cth banner ni yang berbunyi "DULU TAKBIR, SEKARANG TAKE BEER!" dan takperlu la diberitahu gambar apa yang terpampang disebelah ayat itu.

    tadi imam ada kata pasal other candidate beside him. well actually ada sorang lagi yang dicanang akan naik ari tu tapi tak jadi. dalam paper star pun ada keluar. he is an ex cikgu, better known as cikgu zaidi. tapi this fellow kalau naik jugak ha ha ha ha PAS tak payah kempen pun tak pa, puak dia jugak nanti pelingkup dia. hak ni lagi teruk background! hmm mungkin betul la BN dah takdak calon.

    so lepas ni kalau kepala penyamun, perogol, pembelit dan segala jenis "pe" lagi nak jadik calon, dipersilakan la sbb what happen in the past is peribody punya hal and we cannot attack on his sahsiah. let focus on pembangunan! Huh sebodoh itukah rakyat malaysia???

    ReplyDelete
  4. Salam Doremon my great friend,

    Komentar saudara sangat jitu, saya rasa inilah luahan hati seorang rakyat yang sudah muak diperbodohkan oleh rejim UBN, its an insult to our intelligence if we still listening to all the tunes played by the ministers who defended Rohaizat. Mengenai ex-partner beliau, mungkin beliau juga diugut atau digula2kan untuk berubah 360 darjah, nasib baik tak ghaib terus macam Bala. Walau apapun, Allah maha Adil dan maha kaya, keputusan hari ini mengesahkannya..Takbirrrr!

    ReplyDelete
  5. salam imam

    Takbirrr.... alhamdulillah ustaz salleh man dah jd YB baru Pmtg Pasir. semalam ada ceramah (or better called thank you speaches) by almost ten PR leaders from all parties. Md Sabu as always is the most awaited figure. starting his speach with a catchy pantun as always, he then discribed the 7-1 by elections' result as a badminton score. Funny enough this old man. DSAI is not available as he and DSWA is on their way to makkah for umrah. Both came early to poll and leave headed back to KL on the same morning.

    And as usual it is not easy for UBN (to borrow your term) to admit defeat. A sore looser, our DPM said that voters of Pmtg Pasir do not want "pembangunan" bla bla bla ghost voters (the funniest accusation ever!) bla bla bla BN voters been blocked to come out and vote bla bla bla blah la woi. But the best part is the news title "PAS majority declined" ha ha ha abis undi kau tak turun ke bang???

    ReplyDelete
  6. Salam Doremon,

    Truth prevails however hard they tried..wamakaru wamakarallah wallahukhairulmaakiriin...all sorts of excuses came out from funny one to ridiculous ones, but none that shows that UBN has repented and realised that their existence is moving towards extinction. Allahuakbar!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA