MURAHNYA HARGA SEBUAH KEBEBASAN




Salam,

Ramai antara kita tidak pernah dipenjarakan. Ramai juga tidak pernah dilokapkan. Tetapi malam ini di Balai Polis Bukit Jalil, berpuluh2 warga Malaysia dinafikan hak kebebasan mereka dan dibajuungukan (baju lokap). Mereka juga disuruh mencangkung dan digari seperti penjenayah tersohor lagaknya.

Cubalah hadiri prosiding reman, apatah lagi yang membabitkan mereka yang sudah berumur dan kanak2. Fikirkan perasaan mereka yang sudah 24 jam dikurung di belakang jeriji besi dengan status sebagai saspek tetapi sudah dicop sebagai penjenayah di mata masyarakat. Fikirkan pula perasaan ahli keluarga mereka yang setia menanti di luar pagar balai polis sepanjang hari menantikan bilakah wajah orang kesayangan akan muncul dibebaskan.

Sebagai peguam yang sering ke kem motivasi Sungai Buloh dan lokap2 untuk prosdiding reman, saya dapat merasai sikit sebanyak perasaan hati kecil mereka yang ditahan. Ingatlah, ia boleh terjadi kepada diri kita dan mungkin ahli keluarga kita yang sudah dianggap sebagai penjahat hanya kerana mereka sudah ditangkap. Hey, mereka belum disabitkan lagi dan belum tentu juga mereka akan dituduh.

Lantas, perlunya ada peguam hadir di prosiding reman bagi check and balance kepada permohonan IO. Undang2 adalah jelas di mana beban untuk justifikasi keperluan extension of remand terletak di bahu IO. Malah Seksyen 117 telah dipinda bagi menghadkan jumlah hari untuk reman bagi kategori kes berlainan dan mengelakkan berlakunya road show yakni upacara mengarakkan saspek ke balai2 yang pelbagai.

Malam ini, IO yang nampaknya juga kepenatan dan penuh stress telah memberikan beberapa alasan yang mencuit hati dan menggelikan hati. Antaranya, kerana hari ini Ahad maka mahkamah tutup dan tidak boleh dituduh. Juga alasan ramai saspek alamatnya jauh dan tak ada jaminan untuk mereka hadir semula jika dituduh. Satu lagi alasan yang seperti kata hakim coklat hacks (tak relevan!) adalah kerana hendak mengambil keterangan saksi polis. Kalau begitu reman sahajalah saksi2 itu apa kena mengena dengan saspek pula?

Alhamdulillah, majistret dengan tenang dan rasional selepas mendengar hujahan kedua2 pihak, menghayunkan tukul keadilan memihak kepada saspek2 ini. Lantas diluar bilikl okap hanya bacaan doa, iringan air mata dan ucapan terima kasih kepada peguam2 daripada saspek2 yang dapat memancarkan cahaya kesyukuran di wajah masing2. Gema takbir juga menggegarkan balai beberapa kali (ada polis yang bertakbir juga!).

Benarlah, mudah sekali liberty seseorang itu hendak dicurtailkan hanya semata2 untuk facsilitate pihak polis untuk melengkapkan penyiasatan mereka. Tetapi pada malam ini, kebanyakan daripada tahanan telah diberikan kebebasan kembali oleh majistret yang bijaksana, hasil kerja keras peguam2 dan sudah tentu doa seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebebasan. Dan saya sebagai peguam akan terus berusaha menunaikan tanggungjawab memulangkan kembali kebebasan yang cuba dirampas secara terhormat melalui alasan reman ini. Wassalam.

Comments

  1. salaam imam

    benda2 mcm ni la yg buat kawe phobia polis nih?bab2 tahan org sesuka hati nih? tu blum bab soal siasat lagi... he he he bukan kita x penah dgr kena balun sampai suspect setuju ngaku salah. alih2 bila pi court tukar pengakuan! padan muka. nak pulak kalau dpt loyar ultraman taro mcm imam, huh selamat dunia akhirat ha ha ha. well keep up the goodwork bro!

    ReplyDelete
  2. Saudaraku doremon,

    Terima kasih atas kata2 peniup semangat, jika kita benar kita tak perlu gentar, InsyaAllah selamat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA