PERGI TAK KEMBALI




Salam,

Hari ini insan seni/pendakwah yang dikenali ramai, Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani telah dijemput kembali menghadap penciptanya. Sejak dari zaman Nadamurni lagi arwah telah berdakwah dengan konsisten melalui nasyid. Masih segar diingatan kita lagu-lagu seperti Sunnah Orang Berjuang, Munajat dan Ibu Mithali. Manakala di era Rabbani, lagu-lagu seperti Kerlipan Cinta, Anak Soleh dan Pergi Tak Kembali sudah tentu akan menggamit memori kita semua.

Sesungguhnya mati itu benar, sakaratul maut itu benar, soal jawab kubur itu benar, seksaan kubur juga benar. Tapi adakah kita benar-benar bersedia atau dilihat bersedia (ready and seen to be ready) untuk menghadapi semua ini? Memanglah iman kita ini ada pasang surutnya, hati kita pun berbolak-balik, sekejap menghala ke syurga sekejap menghala ke neraka, tapi takkanlah asyik surut sahaja iman sampai kemarau, kering-kontang hati kita?

Iman ini diterjemahkan melalui amalan. Berapa ramai antara kita yang muhasabah diri setiap malam? Yang berFB setiap malam memang ramai (termasuklah saya). Atau adakah di kalangan kita yang masih gah dengan kata-kata keramat; "life begins at 40". Dah lupakah kita pada hadith nabi (betulkan saya jika silap) yang mengatakan jika sudah masuk ke umur 40, kita sudah boleh nampak samada orang itu ahli syurga atau ahli neraka. Sampai umur dah tua gerda (bahasa ore kalate) pun masih nak enjoy lagi?

Berapa peratus masa kita habiskan seharian untuk ibadat? Atau masa kita tersangkut jem dan menunggu di mahkamah itu lagi lama? 17 minit sahaja sehari untuk ibadat sebab 17 rakaat solat setiap hari? Berapa baris ayat al-Quran yang kita baca setiap hari? Bukankah ayat-ayat ini akan menjadi peneman kita di dalam kubur nanti, memberikan cahaya dan kenyamanan dari azab kubur? Berapa harikah dalam sebulan kita memijak kaki ke masjid? 4 kali sahaja sebab solat Jumaat? Bila pula kali terakhir kita solat tahajjud, puasa sunat, bersedekah dan beramal ibadah yang lain? MASYAALLAH, banyaknya yang kita tak buat, sedikitnya amalan kita, tergamakkah kita hendak mengharapkan syurga Allah dalam kekerdilan kita ini?

Ini belum dikira dengan kezaliman yang kita lakukan terhadap keluarga kita. Masa-masa yang dicantas dan ditrengkaskan oleh kerja duniawi kita, aktiviti2 kita dan segala macam kesibukan duniawi. Adilkah kita meluangkan masa beberapa jam sehari untuk anak-anak dan isteri? Bila kali terakhir kita bawa mereka ke masjid berjemaah? Bila pula kita solat berjemaah di rumah dengan mereka? Bila pula kita mengajar anak-anak mengaji secara personal dan bukannya mengharapkan ustaz/ustazah semata-mata. Banyak soalan yang tidak terjawab? Saya pun begitu. Ini baru soalan saya, belum soalan malaikat di alam barzakh, belum lagi menghadap Allah di mahkamah mahsyar. ASTAGHFIRULLAH kerdil sungguh kita semua, banyaknya dosa kita, cukupkah persediaan kita untuk berlayar ke negeri akhirat?

Kawan-kawan, live life to the fullest. Spend quality time (and upgrade the quantity part as well) with your loved ones. Always improve on our ibadah, quantity wise or quality wise. Sampai bila nak bekerja untuk dunia semata-mata? Takkanlah sampai nak menongkat langit? Beringatlah, mungkin kita pula yang akan dijemput pulang nanti, sooner or later. Ketika itu pemergian kita sudah menjadi "pergi tak kembali". Wassalam.



Comments

  1. Nampaknya untuk Ustaz Asri, life begins at 40 tu betul... eternal life.

    ReplyDelete
  2. Saudara Universal Cynic,

    Masa beliau telah diketahui, kita?

    ReplyDelete
  3. thaks for the reminders imam

    "wa tawasau bil haq"

    ReplyDelete
  4. Saudara doremon,

    Itu tugas kita semua, saudara pun sudi2lah menegur saya jika ada tergelincir dari allignment kebenaran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA