POLICE STATE?




Salam,

"Police state!". Itulah yang dijeritkan oleh seorang wanita semasa "perhimpunan haram" di perkarangan Parlimen pada tahun 2007 kepada pihak polis yang cuba menangkap sekumpulan orang yang berkumpul untuk masuh ke parlimen. Untuk makluman, perempuan ini tidak dituduh di mahkamah sebaliknya beberapa pemimpin "pembangkang" (satu istilah yang sudah fused di Malaysia) pula yang dituduh dan dibela oleh saya dan beberapa rakan peguam yang lain.

Itu bukan isunya di sini. Isunya adakah negara kita menuju ke arah apa yang ditermakan sebagai "police state" itu? Pada fahaman dangkal saya, "police state" bermakna pihak polis yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara' telah bertindak dalam "mode gear reverse" yakni menguatkuasa undang-undang untuk tujuan lain serta bertindak melebihi batasan yang normal. Ini membawa saya kepada "penembakan mati" (saya tidak ingin guna perkataan pembunuhan atau penghapusan penjenayah di sini) ke atas remaja berusia 15 tahun di Seksyen 11 Shah Alam, arwah Aminulrashid. Arwah ditembak dengan 4 das tembakan sehingga mati (dikatakan di kepala dari belakang) atas alasan cuba melanggar polis dengan cara reverse kereta (reverse lagi!).

Mari kita bersikap terbuka di sini dan tidak "take side" awal-awal atau "jump the gun" pada peringkat pra-siasatan ini. Jangan menjadi seperti Ketua Polis Selangor yang dengan seberapa pantas telah memberikan insinuasi dan "verdict" beliau sendiri tanpa menyiasat terlebih dahulu. Ayat simplistik beliau adalah remaja ini disyaki terlibat dengan kegiatan samun dan ada sebilah parang dijumpai di dalam kereta yang dipandu remaja itu. Tindakan memberikan tindakan "memejakan" atau "desk bound" job kepada anggota yang terlibat juga memberikan mesej bahawa beliau sudah menyalahkan yang ditembak dan menyokong yang menembak. Ini yang membuat saya terfikir tidakkah "top brass" ini pernah mengikuti kursus PR dan sebagainya?

Tidak bolehkah beliau menunjukkan sedikit simpati dan sikap telus tanpa berpihak dengan menyatakan contohnya siasatan menyeluruh akan diadakan tanpa menuding jari terus kepada yang ditembak sebagai penyamun, penjenayah tegar dan sebagainya yang sesuai dan patut ditembak mati? Tak bolehkah anggota yang menembak itu ditahan atau digantung kerja sementara bagi menunjukkan keseriusan tindakan untuk menyiasat, tindakan yang sama jika kejadian melibatkan orang biasa atau kakitangan awam lain yang menembak bukan?

Kedua-dua pihak memberikan versi yang berbeza di mana versi polis menggambarkan seolah-olah remaja ini adalah penjenayah tegar, tindakan menembak adalah wajar dan tiada pilihan lain seperti antara hidup dan mati. Sebaliknya, pihak keluarga dan rakan arwah mendakwa remaja ini seorang yang baik dan tidak wajar dimatikan (saya tak guna perkataan dibunuh di sini) di tangan polis seperti Bentong Kali. Di mana arwah dikatakan memang hendak menyerah diri dan tidak pada bila-bila masa bersenjata atau cuba menyerang polis (satu lawan empat!?).

Let me make something clear here. Pihak polis memang patut membawa senjata dan menggunakannya jika keadaan terdesak dan ekstrem berlaku. Tanpa senjata, bagaimana polis hendak menguatkuasakan undang-undang. Tidak ada sesiapa yang menjadikan itu sebagai isunya. Namun, tindakan menggunakan pistol oleh pihak polis hanya patut dalam keadaan ekstrem sahaja. Wujudkah keadaan ekstrem itu dalam kes ini jika sekalipun versi polis diterima bulat-bulat?

Adakah wujud remaja itu menggunakan senjata seperti pistol menembak terlebih dahulu? Adakah wujud mereka cuba menyerang polis dengan parang yang didakwa ditemui itu? Soalan paling mudah adalah tidak ada cara lainkah untuk polis menahan "penjenayah tegar" berusia 15 tahun ini? Tidakkah boleh memukulnya atau kalau hendak menembak sekalipun tidak bolehkah ditembak ke langit atau ke bahagian yang tidak fatal seperti kaki? Selepas ditembak adakah ada apa-apa senjata pada remaja ini? Apa mesej yang hendak disampaikan dengan menembak 4 das ke arah "unarmed teenager" ini di kepala? Bahawa anda boleh ditembak jika anda keluar malam, bawa kereta tanpa lesen dan cuba melarikan diri dari polis? Itu versi polis, bagaimana pula jika versi kawan arwah yang mengatakan mereka hendak menyerah diri dan ditembak dan dipukul beramai-ramai?

Ada yang dengan mudah menyalahkan ibu-bapa remaja itu kenapa tidak menjaga anak, kenapa biarkan anak berkeliaran waktu malam dan sebagainya. Pada saya perkataan sebegini menunjukkan kehatibatuan orang itu. Tidakkah anda fikir betapa hancurnya hati seorang ibu yang menerima mayat anaknya yang diperlakukan seperti penjenayah nombor satu negara? Memanglah bukan anak kita atau saudara mara kita yang kena kan? Saya tidak marah di sini. Saya cuma geram memikirkan apakah jaminan keselamatan jika segelintir pihak polis (emphasis added : segelintir sahaja) ingin menjadi Sheriff Lobo atau cenderung untuk "trigger free"?. Tambah geram dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari kepada si mati dan keluarga dan menyalahkan ahli politik yang cuba memanaskan kejadian yang cuba disejukkan pihak-pihak tertentu (kalau orang politik tak buat apa-apa dikata tidur pula).

Walau sejahat manapun orang itu, walau setegar manapun kepenjenayahan beliau, walau sepanjang manapun rekod kesalahan seseorang itu; beliau hanya patut dihukum atau dicabut nyawanya melalui proses perundangan yang sah (walau betapa tidak sempurnanya sistem kemahkamahan kita). Apa jaminan yang perkara sebegini tidak akan berlaku kepada kita atau saudara mara kita? Adakah ketika itu baru kita hendak meratap dan meraung akan kezaliman yang terjadi dan mendakwa betapa jahatnya pihak yang melakukannya? Having said that; jika keadaan ekstrem memang wujud seperti adanya tembak menembak berlaku, adanya ancaman kepada nyawa termasuk nyawa anggota polis yang bertugas itu; maka mungkin tindakan menembak sehingga mati penjenayah itu menjadi wajar.Tapi biarlah itu menjadi exception kepada general rule dan bukan standard procedure pula.

Sesungguhnya seperti juga dalam profesion yang lain; terdapat ramainya pihak polis yang berdedikasi, bersih dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan saya secara peribadi mengenali ramai kalangan polis yang sebegini. Namun, untuk membiarkan beberapa kerat "bad apples" ini terlepas dari tindakan mereka dan menyalahkan si mati juga adalah zalim dan bertentangan dengan prinsip keadilan dan kemanusiaan. Harapan saya, panel penyiasat yang akan ditubuhkan benar-benar bebas dan berani membuat keputusan dan bukannya sebagai PR exersice semata-mata untuk menyejukkan hati-hati pembenci kezaliman yang membuak-buak kemarahan di dada masing-masing. Wassalam.

Comments

  1. sekarang,kawan arwah adalah aset paling bernilai untuk semua pihak!

    ReplyDelete
  2. Madaniahismail,

    Bukan sahaja aset tapi mungkin satu2nya orang yang boleh membela si mati di saat semua pihak berwajib mencuci tangan.

    ReplyDelete
  3. Bro,

    Tembakan kemaian ini di buat setelah di kejar polis bermotosikal dan cubaan langgar kenderaan polis yang lain. Polis telah memberi amaran tetapi tidak di endahkan seperti kawan si mati kata si mati hanya akan berhenti apabila tiba di rumah. Kejadian malang ini berlaku kerana Polis tidak ketahui bahawa pemandu berusia 15 tahun. Polis melepaskan tembakan kerana telah yakin bahawa pemandu tersebut telah melanggar arahan polis dan memandu dalam keadaan yang membahayakan orang awam. Untuk mematikan kenderaan tembakan bertalu talu di buat. Kenderaan berhenti dan pemandu nya turut mati. Sekiranya kenderaan ini di biarkan memandu dalam keadaan bahaya, mungkin pula akan melanggar apek tua yang sedang jogging atau mamat yang berjalan kaki pulang dari surau. Fikirkan bro...

    ReplyDelete
  4. Salam bro anonymous,

    Terima kasih kerana sudi memberi komen yang kontra. Ada benarnya juga pandangan saudara. Mari kita lihat keterangan unfold di mahkamah kelak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA