GOODWILL
Salam,
Saya seringkali diajukan persoalan oleh rakan-rakan samada peguam-peguam baru mahupun rakan-rakan di dalam kerajaan yang senantiasa tertanya-tanya bagaimana formula terbaik untuk peguam memperolehi sesuatu kes. Adakah melalui kontek yang ramai? Atau 'kaki' yang ligat? Atau pun komisyen yang tinggi? Atau mungkin sessi memancing di mahkamah?
Jawapan saya mudah sahaja. Rezeki memang sudah tersurat untuk setiap diri kita. Namun, dalam bidang yang serba mencabar, persaingan 'cah keting' yang kuat, jumlah pemburu yang mungkin melebihi buruan; maka tidak dapat tidak 2 perkara yang saya percaya boleh menjana sumber rezeki yang tidak berkesudahan; pertama 'goodwill' dan kedua 'attitude'.
Hari ini saya berkesempatan berada di Mahkamah Rayuan menyaksikan seorang peguam yang agak berusia dibelasah right, left and center oleh korum hakim kerana gagal bersedia dan mewakili anak guam dengan sebaiknya. Kesilapan berbentuk 'mistakes' boleh dimaafkan tetapi 'blunders' hanya menunjukkan kita sebagai peguam yang tidak bersedia, dan lebih buruk lagi peguam yang tidak mampu (leweh). Hasilnya peguam lantikan mahkamah itu dibatalkan lantikannya serta-merta kerana anak guamnya sendiri bersuara meminta mahkamah melantik peguam baru. Ini adalah perkara yang sangat memalukan dan merupakan titik hitam dalam karier seorang peguam.
Episod-episod sebegini (dimarah, dicerca mahupun diherdik) di dalam mahkamah adalah biasa. Tiada yang tidak biasa melainkan biasa belaka. Namun, adalah mustahak agar kemarahan itu bukan disebabkan kesilapan bodoh kita mahupun kecuaian kita dalam persediaan kes. Semua orang pernah menjadi junior. Semua orang pernah menjadi budak baru belajar. Jika hakim meloncat kerana beliau memang jenis yang tidak penyabar atau suka membebel dalam semua keadaan, itu tidaklah perlu dirisaukan kerana pengalaman sebegini akan meningkatkan maqam seseorang peguam itu. Kalau tak pernah dimarah itu bukan peguam namanya.
'Goodwill' atau nama baik akan terbentuk apabila kita menjalankan tugas dengan baik, profesional dan kompeten. Buah mulut orang yang menceritakan kebagusan seseorang peguam samada bekas client, hakim, kakitangan mahkamah dan lain-lain adalah promosi percuma paling potent untuk mendapat kes-kes yang selanjutnya. Tak perlu anda memasang kaki mahupun tangan di mana-mana kerana 'goodwill' andalah yang akan membuka pintu rezeki yang tak disangka-sangka.
Sebaliknya masalah 'attitude' akan menjauhkan rezeki daripada mendekati kita. SIkap-sikap buruk seperti gagal hadir ke mahkamah, mengendalikan kes dengan acuh tak acuh, angkuh dengan anak guam serta sering bergaduh dengan pihak lawan akan membina satu persepsi buruk terhadap peguam. Apabila nama anda sudah busuk kerana perangai buruk anda, sukarlah sumber rezeki untuk masuk ke dalam poket. Jika sudah dicop (oh my English!) sebagai contohnya peguam yang sentiasa lambat, peguam tarik diri atau peguam kecoh, sudah tentu karier kepeguaman kita tidak ke mana.
Sememangnya tugas sebagai peguam yang saban hari berhadapan dengan makhluk yang sukar diramal dan ditangani (baca: manusia) adalah sangat mencabar dan menuntut seribu kesabaran, skil dan hikmah. Anak guam yang menyerabutkan akan muncul sekali-sekala dalam hidup peguam. Itulah kemanisannya hidup seorang peguam yang tidak mungkin ditempuhi seorang doktor mahupun perdana menteri. Setiap hari di mahkamah peguam bakal menempuh perkara yang berlainan dan berbeza (kecuali bab menunggu). Wassalam.
menarik tulisan L.Abby hari ini
ReplyDeleteSetuju
ReplyDeleteAAR
Terima kasih kerana sudi membaca saudara king dan AAR
ReplyDeleteindeed =)..saya sendiri tertanya2 bagaimana cara nak attract client..tp betullah rezeki itu dtgnya dari ALLAH..kita perlu berusaha
ReplyDeleterezki kita sudah tertulis, hanya menunggu kita mencungkilnya saja
ReplyDelete