CRIMINAL SUBMISSION (WRITTEN) MADE EASY
Salam,
Saya dihubungi oleh salah seorang pengunjung blog saya ini berkenaan panduan dan cara-cara untuk membuat hujahan kes-kes jenayah dengan berkesan. Pasca PRU13 ini dalam ketika ramai masih berkobar-kobar menjadi penganalisa politik jadian dan segera; maka ada eloknya saya mencuri sedikit masa sibuk (dan menyibuk) saya untuk menintakan sedikit setelah sekian lama blog ini kemarau idea.
Awas! Tulisan ini bukan untuk abang-abang otai peguam jenayah yang lebih mahir dan berpengalaman dari saya. Juga mungkin bukan sesuai untuk kakak-kakak DPP yang garang dan bersemangat berkobar-kobar mengendalikan kes mereka. Mungkin untuk para pelajar di peringkat universiti ataupun peguam-peguam muda yang masih segar, lebih bertepatan.
To begin with, tidak ada satu rules yang standard bagaimana mencapai piawaian hujahan yang bergaya, bermutu dan berkeunggulan. Hujahan yang bagus bukanlah kayu ukurnya berapa tebal mukasurat, berapa besar font yang digunakan atau betapa banyak case laws yang dispoonfeed kepada mahkamah. Begitu juga dalam sesuatu hujahan lisan, penanda arasnya bukanlah berapa kuat suara sang penghujah mahupun betapa dramatik konotasi bahasa yang digunakan ataupun berapa jam yang dibuang untuk berhujah secara berjela-jela.
Namun, dalam sedikit keterbatasan ilmu dan pengalaman saya, berikut adalah beberapa panduan atau saranan yang mungkin berguna untuk dipertimbangkan. Entri kali ini saya fokuskan kepada hujahan bertulis dalam mana menjadi obsessi mahkamah sekarang menukarkan kes jenayah menjadi persis kes sivil menyebabkan advocacy skills yang mampu dijana melalui hujahan lisan; makin terhakis.
1) Mulakan hujahan seawal mungkin. Awal bila? Boss pertama saya di dalam service pernah mengajarkan jika boleh hujahan kita hendaklah siap sebelum bicara bermula lagi. Agak sukar dan terlalu pro-aktif bunyinya. Namun sekurang-kurangnya kita sudah ada hujahan berbentuk skeleton apakah isi hujahan yang hendak kita hujahkan di akhir kes nanti. Persediaan begini juga memandu arah kita dalam sessi soal balas terhadap saksi di samping mengelakkan kita menggunakan jurus machine gun atau jurus memukat di laut dalam semata-mata.
2) Elakkan copy and paste. Percayalah bahawa tidak ada dua kes yang 100% sama. Repetiton dalam hujahan mungkin boleh dibenarkan dari aspek perundangan, burden dan sebagainya. Tetapi tidak sama sekali untuk fakta dan inferens yang kita boleh hujahkan dari fakta. Adalah menjadi habit saya untuk memulakan setiap hujahan dengan attitude to start afresh. Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama namun kepuasan dan kualiti yang lebih baik akan dicapai berbanding bergantung pada kemahiran copy and paste. Terasa setiap hujahan yang anda buat adalah original.
3) Jangan tukar hujahan menjadi nota keterangan. Pemerhatian saya mutaakhir ini ramai yang membuat hujahan kes jenayah dengan memasukkan petikan keterangan saksi di dalamnya. Ini langkah yang bagus jika apa yang dirujuk itu sangat crucial dan perlu untuk dizoomkan perhatian hakim kepadanya. Tetapi janganlah memindahkan majoriti keterangan di dalam hujahan pula. Tindakan ini hanya menunjukkan anda tidak tahu apa hendak dihujahkan atau lebih teruk, anda sebenarnya tersilap memilih kerjaya dalam hidup anda.
4) Jaga standard seorang legal practitioner. As a legal practitioner, sudah tentu kita dituntut untuk mencapai certain level of quality. Sama juga di dalam hujahan bertulis. Hujahan yang kosong yakni tidak ada benda pun yang dihujahkan adalah a big no. Begitu juga hujahan yang terjumlah kepada "hujahan saya adalah as per evidence" mencerminkan sikap kita yang tidak bersedia dan yakin bahawa kita akan kalah dalam kes kita. Janganlah sampai anak guam memprotes dengan mengatakan; saya pun boleh buat hujahan yang lebih baik dari itu. Alasan tidak cukup masa adalah terlalu remeh kerana semua manusia dikurniakan 24 jam sehari.
5) Time is money. Dalam menyediakan hujahan bertulis ala kes sivil dewasa ini, mahkamah akan menetapkan beberapa tarikh untuk pihak-pihak memasukkan hujahan serta membuat balasannya. Seboleh-bolehnya patuhi time frame ini. Saya akui ada ketikanya saya juga terbabas dan melanggar due date yang diberikan. Cuma jangan dibiarkan ianya menjadi maha lewat seperti di pagi bicara itulah baru hujahannya muncul. A simple covering letter menyatakan kemaafan kita atas kelewatan yang berlaku will do.
6) Quote autoriti secukup rasa. Nas-nas undang-undang ini umpana perencah dalam masakan. JIka tidak dimasukkan, masakan mungkin hambar. Jika berlebihan atau tersilap perencahnya maka hilanglah keenakan untuk merasa makanan. Justru, pilih autoriti yang betul-betul menyokong point anda. Bagi satu point, tidak perlulah sampai memasukkan berbelas kes sedangkan satu kes yang straight to the point, yang terkini dari mahkamah tertinggi adalah mencukupi. Seperkara lagi tidak perlulah quotation kes yang bermuka-muka ke dalam hujahan bertulis. Para yang berkaitan memadai dan sebarang ulasan nasi tambah boleh dibuat dalam hujahan lisan.
7) Kualiti bukan pada timbangan kati. I have to admit, saya pernah menerima hujahan dari rakan DPP yang melebihi 100 muka surat. Minta maaflah saya hanya membaca di muka depan sahaja dan ignore mukasurat yang lain. Kualiti bukan terletak pada panjangnya hujahan. Sudah tentu hujahan yang terlalu pendek mungkin menyebabkan tidak sampai maksud; tapi berpada-padalah. Sebab itu hujahan berbentuk skeleton seperti di Mahkamah Rayuan (mungkin maksima 5 muka), pada saya adalah yang terbaik dari ladang. Di samping kita mendapat skil untuk fokus kepada point terkuat kita, kita juga mampu develop advocacy skills kita dalam hujahan lisan.
8) Pulun dan gomo point terkuat. Dalam sesuatu kes sudah tentu ada point yang terkuat untuk kes kita. Point ini perlu dihighlightkan, diberi ulasan mencukupi dan disokong dengan autoriti yang sama gagah juga. Teknik untuk boldkan atau higlightkan point tertentu bagi menunjukkan kepentingannya adalah teknik yang menarik untuk digunakan. Bahkan ada sesetengah rakan DPP membesarkan font ke saiz 14 dan triple spacing, untuk menarik minat hakim membacanya. Pokok pangkalnya, fokus yang utama perlu dihalakan untuk point terkuat kita. Usah membuai hakim dengan kandungan yang meleret-leret dan kurang material dan mengharapkan mata hakim masih segar untuk membaca hujahan terkuat kita di akhir rancangan.
9) Kelemahan perlu diperjelaskan bukan disembunyikan. On the other side of the coin, dalam sesuatu kes juga sudah pasti ada point yang detrimental kepada kes kita. Oleh itu a balance between two extremes perlu dibuat. Pertamanya, janganlah terlalu naif sehingga mendedahkan kelemahan kita untuk pihak lawan capitalise. Sebaliknya, adalah lebih berkesan dan menguntungkan jika kita mampu memperjelaskan percanggahan yang wujud, distinguih autorities yang tidak memihak serta mampu meyakinkan mahkamah bahawa kes kita masih selamat in spite of wujudnya kelemahan-kelemahan ini. Cara ini lebih gentleman dan dihormati rakan dan lawan.
10) Insist on oral submission. Perlulah disedari bahawa skil peguam jenayah dan sivil ada bezanya yang nyata. Tanpa peguam jenayah menghujah secara lisan, dengan penuh drama dan intonasi yang menarik; sudah tentu perbezaan nyata ini sudah menajdi kabur. Nikmat menjadi peguam jenayah di mana every day in the court is never the same, sudah lagi tiada. Sebolehnya, bertegas untuk menghujahkan secara lisan juga untuk mengasah advocacy skill kita dan sudah tentu untuk membuktikan kita bukan hanya mampu berhujah on paper dengan baik; malah mampu menyampaikannya secara lisan dengan kualiti yang sama hebat. Apa ada pada loyar jenayah tanpa sedikit drama?
Wassalam.
Comments
Post a Comment