HUJAHAN APPEAL v SENTENCE (HIGH COURT)


PEMBUKAAN

1) Rayuan oleh pihak Perayu adalah terhadap keputusan Tuan Majistret, Mahkamah Majistret XXX yang telah menjatuhkan hukuman Perintah Kerja Wajib selama 3 bulan di bawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 dan denda RM XXX terhadap Responden.
 
2) Responden dalam kes ini telah mengaku salah untuk suatu kesalahan di bawah Seksyen415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Akta yang sama.

HUJAHAN RESPONDEN

Alasan para (a) ke (c) Petisyen Perayu dihujahkan serentak.

1) Tuan Majistret telah memperturunkan Alasan Penghakiman yang lengkap dengan alasan-alasan serta justifikasi-justifikasi dengan panjang lebar pada m/s 6 hingga 11 Rekod Rayuan.

2)  Hujahkan Mahkamah di peringkat rayuan ini sewajarnya perlahan untuk mengganggu (slow to interfere) dalam keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah, melainkan keadaan yang khas sahaja wujud.

3) Rujuk kes PP v Mohamed Nor & Ors [1985] 2 MLJ 200 [TAG 1]. Dihujahkan Mahkamah Yang Mulia ini hendaklah berpandu kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Agung;

“The question now remains whether we should disturb the sentence in the instant case.
In this regard we would observe that it is the established principle that an appellate court should be slow to interfere or disturb with a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the proved facts and circumstances.And the mere fact that another court might pass a different sentence provides no reason for the appellate court to interfere if the court below applies the correct principles in the assessment of the sentence.

For reasons we have stated above it is our view that although a more severe sentence would have been appropriate, we do not feel disposed to interfere with the sentence imposed by the learned Judge in this particular case. However, as we stated earlier, this is not a mere technical offence and for this reason we wish it to be known that we fail to see any reason why the commission of other offences of this nature should not attract a more severe sentence including custodial sentence, in appropriate cases.”

4) Untuk sesuatu hukuman diubah, perlulah wujud keadaan samada manifestly wrong (illegal atau unsuitable), erred in principle atau sentence inappropriate. Rujuk kes Bhandulananda Jayalatike v PP [1982] 1 MLJ 83 [TAG 2]. Mahkamah Persekutuan menjelaskan;

“Is the sentence harsh and manifestly excessive? We would paraphrase it in this way. As this is an appeal against the exercise by the learned judge of a discretion vested in him, is the sentence so far outside the normal discretionary limits as to enable this court to say that its imposition must have involved an error of law of some description? I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] AC 525, 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court's interference.”

5) Hujahkan juga tiada apa-apa substancial miscarriage of justice berlaku. Rujuk kes Ramli bin Kechik v PP [1986] 1 CLJ 308 [TAG 3]. Mahkamah Agung telah menjelaskan;

“Thus, before the Court will interfere it must be shown that an essential principle of justice has been infringed in such circumstances as to occasion a substantial miscarriage of justice. The Court need not interfere if it considers that no substantial miscarriage of justice has occurred although the issue raised in the appeal might be decided in the appellant’s favour.”

6) Hujahkan tidak wujud apa-apa kekhilafan yang jelas dalam Alasan Penghakiman Majistret. Tiada apa-apa perlanggaran pada mana-mana prinsip yang mewajarkan interference daripada Mahkamah Yang Mulia ini, berlaku dalam kes ini.

7)  Hujahkan alasan petisyen Perayu untuk mengenakan hukuman berat tidak disokong oleh apa-apa. Tiada apa-apa pada fakta yang khusus dikemukakan di peringkat Mahkamah Majistret untuk memberatkan hukuman. Pihak pendakwaan juga hanya memberikan hujahan ringkas untuk memberatkan hukuman seperti yang tertera di m/s 25 Rekod Rayuan.

8)  Hujahkan alasan Perayu bahawa adanya kerugian berjumlah RM XXX juga tidak berasas. Tiada apa-apa fakta atau dokumen dikemukakan untuk menyokong hujahan ini semasa hujahan pemberatan hukuman. Jika diteliti fakta kes juga pada m/s 27 Rekod Rayuan, hanya fakta ringkas dikemukakan dan tidak menunjukkan wujudnya kerugian berjumlah RM XXX seperti yang didakwa.

9)  Perbandingan hendaklah dibuat dengan hujahan mitigasi Responden pada m/s 8 & 9 Rekod Rayuan. Jelas telah dihujahkan bahawa tidak wujud kerugian pada mana-mana pihak kerana subjek utama kes (kereta) telah diambil semula oleh pihak bank. Responden juga tidak pernah missed payment ansuran kereta tersebut sepanjang masa beliau memilikinya.

10) Apatah lagi Responden dalam kes ini dituduh memperdayakan pengadu untuk menyerahkan dokumen peribadi pengadu untuk membeli kereta tersebut, dan bukannya dituduh memperdayakan pengadu untuk menyerahkan sejumlah wang RM XXX yang didakwa. Jumlah ini adalah jumlah loan amount pembelian kereta oleh Responden yang tertera pada m/s 34 Rekod Rayuan.

11) Oleh itu dihujahkan alasan petisyen Perayu berkenaan isu kerugian ini adalah tidak tepat. Walau apapun, dihujahkan lanjut bahawa isu ini bukannya sole criteria dalam menentukan quantum hukuman.

12) Hujahkan alasan petisyen Perayu bahawa Majistret terlampau melebihkan kepentingan Responden juga tersasar. Majistret telah mempertimbangkan kepentingan kedua-dua pihak. Ini jelas pada para 12 dan 13, m/s 11 Rekod Rayuan di mana Majistret telah direct his mind terhadap kepentingan tertuduh dan juga kepentingan masyarakat.

13) Hujahkan Responden juga mempunyai alasan-alasan mitigasi yang kuat seperti yang telah disenaraikan pada m/s 8 & 9 Rekod Rayuan.

14) Hujahkan hukuman berbentuk Perintah Kerja Wajib ini juga adalah hukuman yang sah (legal) dan boleh menggantikan hukuman penjara mandatori di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Ini adalah jelas di bahagian pembukaan dan juga di Seksyen 5 (1) Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 [TAG 4].

15) Hujahkan lanjut kedudukan hukuman Perintah Kerja Wajib ini sama dengan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 173A atau Seksyen 294A Kanun Acara Jenayah. Pohon merujuk kepada kes PP v Bahar bin Abu [2007] 4 CLJ 604 [TAG 5].

16) Majistret juga telah memberikan justifikasi kenapa hukuman berbentuk penjara tidak sesuai. Majistret juga telah menambah hukuman denda RM XXX kepada Responden sebagai tambahan kepada hukuman Perintah Kerja Wajib tersebut. Oleh itu tidak timbul isu hukuman yang dijatuhkan manifestly inadequate.

17) Responden juga telah selesai menjalani perintah tersebut. Dihujahkan tiada remedy kepada Responden jika Mahkamah Yang Mulia ini menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman penjara. Dilampirkan di sini pengesahan akuan selesai pelaksanaan daripada Jabatan Penjara Malaysia [TAG 6].

C.         PENUTUP

1)     Berdasarkan keseluruhan hujahan dan alasan penghakiman, dihujahkan bahawa rayuan oleh pihak Perayu adalah tidak bermerit langsung dan wajar ditolak oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

2)     Dengan rendah diri, pohon keputusan Majistret dikekalkan.


Sekian, terima kasih,

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA