HUJAHAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN (SEMI-PRO LEVEL)
RINGKASAN
HUJAHAN PERAYU
Dengan
izin Yang Arif, 
Izinkan
kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu.
- ALASAN NO. 1 DAN 2 DALAM
     PETISYEN RAYUAN
- Pertamanya,
     Hakim khilaf apabila memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap Perayu.
- Hakim
     telah gagal untuk mengambilkira bahawa beg berisi dadah (P19) tidak pernah berkunci langsung pada mana-mana bahagian.
     Malahan beg P19 hanya berzip sahaja tanpa apa-apa jenis kunci atau mangga.
     Tiada juga penemuan apa-apa kunci pada badan Perayu. Rujuk m/s 10 Rekod Rayuan JIlid 1 dan m/s 32 Rekod Rayuan Jilid 1.
- Adalah
     tidak munasabah untuk Perayu tidak mengunci beg P19 dan membiarkannya
     begitu sahaja tanpa apa-apa precaution.
     Ini menunjukkan Perayu tiada usaha untuk menyembunyikan dadah dan tiada pengetahuan
     berkenaan kandungan beg P19 kerana beg tidak “carefully concealed”.
- Hujahkan
     ini bermakna Hakim telah gagal membuat penilaian maksimum di akhir kes
     pendakwaan. Dalam keadaan beg tidak berkunci dan tiada kunci dijumpai pada
     Perayu; tidak ada inferens yang kuat boleh dibuat bahawa Perayu memiliki
     pemilikan sebenar mahupun “mens rea
     possession”. Rujuk kes PP v Suzie
     Adrina Ahmad [2006] 3 CLJ 889 [TAG 1];
“Held
(allowing the appeal and remitting the case to the court below with a direction
to call for the defence)
Per
Gopal Sri Ram JCA:
(1)  On
the facts, firstly, the respondent had
actual physical possession of the bag ('exh. P4(2)') in which the drug was
found. Exhibit P4(2) was locked at the material time and the respondent had the
key to it which, prima facie, meant that nothing could be placed into
exh. P4(2) or taken out of it without her assent. This led to the strong
inference that she had mens rea possession of the drug. Secondly,
the respondent had appeared shocked when she was stopped by a police officer,
which was evidence that was clearly relevant and admissible by virtue of s. 8 of the Evidence Act
1950. Lastly, the respondent had travelled from Kota Kinabalu to
Penang and returned within a period of less than 24 hours; thus, it was
unlikely that she went to Penang for leisure. These circumstances when taken
together led to the irresistible inference that the respondent was trafficking
in the drug in question. It was then for her to rebut this inference by
offering a plausible explanation. (para 6)”
- ALASAN NO. 3 HINGGA 5 DALAM
     PETISYEN RAYUAN
- Keduanya,
     isu identiti melibatkan gangguan ke atas barang kes dadah. Hakim khilaf
     apabila gagal memutuskan bahawa wujud gangguan pada barang kes dadah
     dengan adanya keratan pada P10.
- SP2
     tidak pernah ditanya di dalam pemeriksaan utama berkenaan keadaan P10 yang
     mana adanya kesan pelekat di salah satu bucunya. Oleh itu jelas dari
     keterangan SP2 bahawa beliau tidak memeriksa pelekat di P10. Apakah
     jaminan bahawa pelekat ini berupaya menghalang bahan Kristal dalam bentuk
     bercerai daripada keluar? 
- Daripada
     keterangan SP4 pula, jelas bahawa beliau tidak ingat mengenai tampalan
     pada P10. Malah dalam pemeriksaan semula, sekali lagi beliau mengatakan
     tidak ingat samada ada dibuat ujian setelah ia dijumpai.
- Oleh
     itu inferens yang memihak kepada Perayu wajar dipilih iaitu kesan keratan
     pada bucu P10 tidak wujud semasa SP4 mula-mula membongkar beg P19.
     Tiada keterangan langsung untuk suggest
     bahawa secara tidak sengaja berlakunya kesan keratan ini semasa proses
     mengumpil beg.
- Juga
     adalah salah untuk suggest bahawa kesan potongan mungkin berlaku (secara
     tidak sengaja) semasa plastik kuning P21 dibuka oleh SP4. Ini kerana jelas
     SP4 menggunakan perkataan “koyak” terhadap P21 yang semestinya berbeza
     dengan kesan “potong” atau “kerat” yang mana Mahkamah sendiri meneliti
     secara fizikal sifat potongan itu. 
- Inferens
     yang memihak kepada Perayu iaitu asalnya P10 itu tidak ada sebarang
     kecacatan mestilah dipilih oleh Mahkamah.
     Tiada penjelasan memuaskan diberikan oleh SP4. Tambahan pula, ekshibit
     dokumentari terutamanya gambar P5(16) yang dirakamkan di KLIA tidak
     menunjukkan kesan potong itu sudah wujud.
- Apabila
     dibandingkan pula dengan keterangan IO (SP5) jelas beliau dapati bucu P10
     telah koyak semasa beliau membukanya di Nilai. Persoalannya, bilakah
     keratan ini wujud? Hujahkan ia berlaku antara tempoh selepas SP4 membuat
     pembongkaran di KLIA sehinggalah tempoh P19 dibuka semula oleh SP5 di
     Nilai. Ini adalah konsisten dengan gambar P5(16) dan P5(25) yang mana beza
     waktu keduanya adalah lebih kurang 2 jam. 
- Wujud
     juga masa di mana P10 hanya ditinggalkan dalam kawalan SP5 dan SP1 sahaja
     tanpa kehadiran SP4 semasa SP4 membuat laporan polis dan ini berlaku sebelum penyerahan rasmi dibuat. Tempoh ini
     menurut SP5 adalah kurang daripada satu jam. 
- Dihujahkan sebarang gangguan kepada P10 mesti
     berlaku antara tempoh SP4 selesai membongkar hingga masa SP5 mendakwa
     wujudnya keratan di Nilai.
- Penjelasan
     SP5 dalam pemeriksaan semula lebih mengukuhkan telahan bahawa beliaulah
     yang membuat gangguan ke atas barang kes dadah. Beliau pasti juga ketika
     SP4 menjumpai P10, tiada pelekat (bermakna tiada juga keratan). Fakta
     bahawa SP5 boleh sahkan tiadanya pelekat ketika itu menunjukkan beliaulah
     yang membuat keratan dalam keadaan SP4 tidak ingat apa-apa.
- Hujahkan
     benefit of the doubt iaitu berlakunya gangguan ke atas P10 dalam
     tempoh ini hendaklah diberikan kepada Perayu. Banyak persoalan gagal
     diperjelaskan. Bagaimana ia boleh berlaku? Apa keperluan keratan dibuat?
     Kenapa tampalan dibuat oleh SP5? Adakah ada perubahan berat yang wujud?
     Kesannya telah timbul satu keraguan serius atas identiti barang kes yang
     fatal kepada pendakwaan.
- Sebarang
     discrepancies dan doubts yang wujud dalam satu kes capital offence mestilah ditutup
     dan diperjelaskan melalui keterangan oleh pihak pendakwaan. Kegagalan
     melakukannya adalah fatal kepada kes pendakwaan. Rujuk kepada kes Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 CLJ
     364 [TAG 2].
- Hakim
     juga khilaf apabila gagal memutuskan bahawa tindakan IO kes memindahkan
     barang kes dari plastik asal ke tiga plastik berasingan terjumlah kepada gangguan kepada barang kes.
- Keadaan
     asal apabila SP4 menjumpai barang kes dadah di dalam P19 adalah satu
     plastik kuning (P21) yang mana ada dadah di dalamnya. Manakala di dalam
     P21 ada satu lagi plastik lutsinar (P10) yang turut mengandungi bahan
     disyaki dadah seperti dalam P21.  
- Menurut
     SP5, beliau tuang serbuk Kristal dalam P21 ke dalam 3 plastik lutsinar
     lain yang beliau bekalkan (P11, P12 dan P13). Alasan beliau kerana bahan
     ini bertaburan dalam P21 itu yang telah koyak. 
- Persoalan
     pertama, mengapakah SP5 bertindak mengalihkan
     bahan disyaki dadah dari dalam P21 ke dalam 3 plastik yang beliau bekalkan
     sendiri? IO kes bukanlah orang yang sepatutnya melakukannya, sebaliknya
     ahli kimia lebih sesuai. 
- Tambahan
     pula, SP5 melakukannya secara manual memindahkan bahan dari P21 ke 3 plastik
     lain itu. Dalam keadaan sifatnya yang berbentuk serbuk dan SP5 sendiri
     kata bertaburan, apa jaminan bahawa cara manual ini memastikan keseluruhan
     bahan berjaya dipindahkan? 
- Persoalan
     keduanya, cara bagaimana pemindahan tersebut
     dibuat juga sangat meragukan dan menimbulkan syak wasangka. Sebelum
     mengalihkannya, SP5 tidak menimbang berat kandungan dalam P21, tiada
     gambar diambil menunjukkan proses pemindahan dan SP5 juga melakukannya
     seorang diri. 
- Persolan
     ketiganya, 3 plastik P11 hingga P13 tersebut
     dibekalkan sendiri oleh SP5. Sedangkan plastik asal P21 pula tidak
     dihantar ke Jabatan Kimia. Mana mungkin satu kes melibatkan hukuman mati
     dikendalikan dengan cara begini di mana alteration dibuat sesuka
     hati ke atas dadah oleh pihak yang menyiasat kes? SP5 juga mengatakan
     beliau heat seal P11 hingga P13
     sendiri. 
- Jelas
     ini satu pencabulan serius ke atas rantaian keterangan barang kes dadah
     yang wajar diberi perhatian berat oleh Mahkamah. Jika pihak IO boleh
     mengubah bentuk, sifat dan komposisi dadah yang dirampas, apa jaminan
     tiada perubahan pada berat dadah? Sudah tentu identiti barang kes sudah
     tidak sama lagi antara yang dirampas dengan yang akhirnya diubah dan
     dihantar ke ahli kimia, seterusnya dikemukakan di mahkamah.
- Tiada
     juga penjelasan memuaskan mengapakah plastik asal P21 tidak dihantar
     bersama kepada ahli kimia walaupun didakwa sudah dikosongkan. Bukankah P21
     itu plastik asal dijumpai dadah di dalamnya? 
- Persoalan
     keempatnya, SP5 mendakwa ada maklumkan pemindahan
     ini kepada SP2 secara lisan. Namun, tiada keterangan dari SP2 bahawa
     beliau telah dimaklumkan hal ini. Tiada juga dinyatakan dalam borang
     permohonan (D18).
- Hujahkan
     tindakan SP5 memindahkan kandungan dadah dari P21 ke 3 plastin P11 ke P13
     adalah satu gangguan (tampering)
     kepada barang kes. Tidak mungkin bahan serbuk yang bertaburan dapat
     dipastikan dihantar ke SP2 dalam bentuk, komposisi dan berat yang sama
     dengan yang asalnya dijumpai oleh SP4. Ini adalah fatal kepada kes
     pendakwaan.
- ALASAN NO. 6 HINGGA 8
     DALAM PETISYEN RAYUAN
- Ketiganya,
     Hakim khilaf apabila gagal untuk “appreciate”
     kes pembelaan. Hakim telah gagal membuat analisa yang adil dan saksama
     berkaitan seluruh aspek pembelaan. Rujuk kes Rozmi bin Yusof v PP [2013] 5 MLJ 66 [TAG 3] dan kes Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137
     [TAG 4].
- Tidak ditunjukkan di
     mana-mana di dalam alasan penghakiman bahawa Hakim telah mengambilkira
     kewujudan percakapan beramaran Perayu (D45). Bahkan tiada rujukan langsung
     dibuat kepada D45 samada ianya bermerit atau tidak, sedangkan ianya dikemukakan
     seawal kes pendakwaan lagi melalui IO kes. 
- Penolakan
     Hakim terhadap pembelaan Perayu telah tidak mengambilkira keterangan yang crucial ini. Ini bermakna Hakim
     telah gagal untuk address his
     lordship’s mind atas kewujudan D45. Hujahkan ini adalah satu salah arah yang serius (misdirection by way of non-direction)
     dan perlanggaran kepada tanggungjawab statutori di bawah Seksyen 182A Kanun Acara Jenayah. Ini
     mewajarkan satu “appellate
     interference” daripada Mahkamah Yang Mulia ini.
- Rujuk
     kes Prasit Punyang v PP [2014] 1
     MLRA 387, [2014] 7 CLJ 392 [TAG 5];
“[8] On the facts of the present case, we
find there is merit in the contention of learned counsel for the appellant. In
accordance with the provisions of s. 182A(1) of the
Criminal Procedure Code, it is the duty-bound of learned JC, at the
conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and
shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable
doubt. The legislature has advisedly used the term "all the
evidence". The emphasis must be on the word "all". In the
context of the present case, the cautioned statement tendered by the appellant
is one of the evidence which learned JC should take into consideration in order
to make a finding whether or not the prosecution has proved its case beyond
reasonable doubt. The aim of this provision is obviously to make certain that
an accused person gets a fair trial. In the recent case of Ahmad Mukamal Abdul Wahab
& Ors v. PP [2013] 4 CLJ 949, Hamid Sultan Abu Backer, JCA
in delivering the judgment of this court has explained that the trial court has
a duty and obligation to fairly and justly weigh the defence version and
evidence (including the cautioned statement of the accused) or for that matter
a story by the accused to reach a just result.
[11] It is true that generally a
self-serving or exculpatory cautioned statement is not in itself evidence of
the truth asserted therein. But then, it is the duty of learned JC to consider
and to analyse the cautioned statement that has been tendered as evidence by
the appellant in support of his defence, that he had no prerequisite knowledge
about the impugned cannabis found in the boat. Learned JC must consider
carefully whether the cautioned statement is capable of raising a reasonable
doubt on the prosecution case. The appellant's cautioned statement was recorded
a day after the arrest of the appellant. It is important, therefore, to point
out that the appellant had mentioned the basic facts of his defence at a very
early stage of the police investigation against him. It follows from this that
the defence of the appellant in the present case was not something that was
sprung for the first time in the defence case (see: Public Prosecutor v. Lin
Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086; [1992] 1 CLJ (Rep) 285; [1992] 2
MLJ 561). The impact of the totality of the cautioned statement on the
prosecution case or innocence of the appellant has to be kept in mind in coming
to the conclusion as to the guilt of the appellant. However, in this case, learned JC in his judgment merely said
"semasa di lokap OKT memberi percakapan beliau kepada polis yang
dimasukkan sebagai DI" (see p. 529 appeal record). Tellingly, however,
learned JC had failed to adequately direct his mind as to the truth of the
appellant's version as stated in the cautioned statement (see: Tan Ewe Huat v. PP [2004]
1 CLJ 521).
- Kedudukan
     dalam kes Perayu adalah lebih buruk kerana Hakim tidak merujuk langsung
     ekshibit D45 pada mana-mana bahagian di dalam Alasan Penghakiman beliau.
- Rujuk
     juga kes Azmer bin Mustafa v PR
     [2014] 3 MLJ 616 [TAG 6].
“[27] We have perused through the written
grounds of judgment of the learned High Court Judge and we detected that his
Lordship did not consider the defence raised by the appellant in his cautioned
statement as alluded to by SP7 in his cross-examination. Such failure
constituted an appealable
error. A classic example would be the case of Er Ah Kiat v. Public
Prosecutor [1965] 1 LNS 37; [1965] 2 MLJ 238 where the trial
judge did not consider the defence and the Federal Court allowed the appeal and
set aside the conviction and sentence.
[28] Here, the learned High Court Judge did
not judicially appreciate the defence of the appellant as stated in his
cautioned statement. In our judgment, it was the bounden duty of the learned
High Court Judge to consider that defence. Such failure amounted to a
non-direction by his Lordship. And that non-direction amounts to a
misdirection. In Joseph Bundy [1910] 5 Cr App R 270,
Pickford J held that a misdirection as to the evidence of identification of the
defendant may be a ground for quashing a conviction.
[29] A weak or an unreasonable defence must
be considered and appreciated judicially. It should not be brushed aside
without giving it due consideration. This is the law and it is entrenched in
the following authorities:
(a) Ganapathy a/l Rengasamy
v. Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1; [1998] 2 MLJ 577;
(b) Alcontara a/l Ambross
Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705; [1996] 1 MLJ 209,
FC;
(c) Chan Chor Shuh v. Public
Prosecutor [2003] 1 CLJ 501; [2003] 2 MLJ 26, CA; and
(d) Pendakwa Raya lwn. Mohd
Zulkifli bin Abdul Ghani dan satu lagi [2003] 1 LNS 55; [2003] 5
MLJ 337.
[30] The trial judge in R v. Emmanuel
[1998] Crim LR 347 refused to put to the jury the weak defence advanced by the
appellant. The appellate Court allowed the appeal and their Lordships held that
no matter how weak the defence was, it must be left to the jury to consider and
decide. In all the circumstances, the conviction was held to be unsafe and it
was quashed.”
- Hakim
     juga tersalah arah apabila menolak pembelaan Perayu sebagai pembelaan
     berbentuk penafian kosong dan tidak disokong. Walhal, pembelaan Perayu
     adalah konsisten dengan percakapan beramaran D45. OKT telah memberikan “Alcontara Notice” seawal kes
     pendakwaan lagi.
- Asas pembelaan
     Perayu seperti kewujudan Afam, tujuan sebenar kedatangan ke Malaysia,
     penafian pengetahuan mengenai dadah dan lain-lain telahpun dinyatakan
     seawal semasa Perayu direman lagi melalui D45. Rujuk m/s 282-285 Rekod
     Rayuan Jilid 2.
- Ini
     bermakna penemuan Hakim bahawa pembelaan Perayu tidak disokong adalah bertentangan dengan keterangan.
     Pembelaan Perayu juga telah memberikan penjelasan mengenai isu yang
     dibangkitkan iaitu isu pekerjaan dan return
     ticket. Rujuk m/s 57 & 59
     Rekod Rayuan Jilid 1.
- ALASAN NO. 9 DALAM
     PETISYEN RAYUAN
- Keempatnya,
     Hakim gagal ambilkira bahawa pendakwaan gagal untuk mencabar pembelaan
     Perayu pada aspek yang crucial.
     Ini terjumlah kepada penerimaan pembelaan Perayu. 
- Pihak
     pendakwaan telah gagal untuk menyoal-balas atau mencabar keterangan Perayu
     dengan secukupnya semasa kes pembelaan antara lainnya dalam aspek berikut;
a)    Fakta
bahawa beg P19 tidak berkunci,
b)    Kandungan
kad perniagaan yang dirampas bersama Perayu,
c)    Kandungan
percakapan beramaran D45,
d)    Keadaan
P10 semasa mula-mula dibuka di KLIA,
e)    Isu
keratan pada P10.
- Kegagalan
     pendakwaan mencabar keterangan-keterangan ini secara kolektifnya memberi
     maksud pendakwaan gagal untuk menunjukkan bahawa keterangan Perayu tidak
     boleh dipercayai. 
- Rujuk
     kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1
     MLJ 212 [TAG 7].
Oleh yang
demikian kami dengan rendah diri memohon agar Mahkamah Rayuan yang Mulia ini
mengganggu keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan menggantikan dengan
satu perintah perlepasan dan pembebasan terhadap pertuduhan.
Sekian, terima
kasih.



 
 
 
Kemahs
ReplyDeleteMinta tolong tel saya di no : 0132489278..... Sy nk tel opis awak takde no..
ReplyDeleteAnonymous,
ReplyDeleteBoleh email saya di imazaffira@gmail.com. Maaf lambat menjawab. Atau boleh telefon pejabat 03-55244848.