Posts

Showing posts from January, 2016

BRANDING v IDENTITI

Image
Assalamualaikum, Akhir-akhir ini dunia bolasepak tempatan menerima satu kesegaran baru oleh selebriti yang diberi nama Dato Vida. Maaf, saya tidak kenal beliau mahupun produk beliau. Tidak pula saya menonton apa-apa rancangan tajaan beliau seperti Gegarvaganza dan sebagainya. Namun, kehangatan dan minat peminat bolasepak tempatan terutamanya peminat The Red Warriors kembali memuncak selepas 2-3 tahun arena bolasepak TRW menuju jalan belakang di saat pesaing lain seperti JDT sudah 50 langkah ke depan. Salahkah wanita atau produk kecantikan menaja pasukan bolasepak? Tidak ada salahnya kerana bolasepak moden yang profesional memerlukan dana untuk maju. Bandingkan noisy neighbours Man City dengan Red Devils Man United; sudah tentu anda boleh tentukan pasukan mana lebih berjaya sekarang (dan lebih menarik ditonton juga). Sedikit kontroversi timbul gara-gara beberapa syarat yang diletakkan kepada pasukan TRW. Antaranya mengubah warna rasmi kepada pink, mengubah nama pasukan dari

KEMBALI DI SINI

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini yang sudi menerjah, menanyakan  soalan mahupun memberi komentar walaupun sudah hampir setahun saya tidak menukilkan apa-apa di sini. Insya Allah jika Allah beri kekuatan dan ilham, saya akan kembali menulis, berkongsi dan membantu sekadar sedikit ilmu dan pengalaman yang Allah pinjamkan kepada saya. Maaf juga jika ada persoalan yang tidak terjawab samada di blog ini ataupun di email saya. Menulis dari hati untuk berkongsi bukan untuk duniawi. I'm back!