HUJAHAN SEKSYEN 39B DI MAHKAMAH RAYUAN



  1. Alasan nombor 5 dan 6 Petisyen Rayuan.

  1. Kami menghujahkan bahawa Yang Arif Hakim telah khilaf apabila gagal mendapati wujudnya keraguan yang serius terhadap identiti barang kes dadah.

  1. Barang kes yang dirampas adalah merupakan 5 ketulan mampat ganja. Menurut SP5 (pegawai serbuan), beliau telah menjumpai 5 ketulan berbalut kertas timah dan plastik lutsinar dalam beg berwarna pink.SP5 selanjutnya telah membuat torehan kecil pada bahagian penjuru kelima-lima ketulan.Rujuk keterangan SP5 di m/s 77 baris 2280-2283 Jilid 2 Rekod Rayuan. 

  1. Keterangan SP6 (pegawai penyiasat) pula mengatakan beliau menerima 5 ketulan mampat berbalut plastik dan alumunium foil sahaja. Menurut SP6 juga telah ada kesan torehan kecil secara menyerong di bucu ketulan-ketulan.SP6 tidak membukamana-mana ketulan. Rujuk keterangan SP6 di m/s 92 baris 2717-2721 dan m/s 104-105 baris 3086-3106 Jilid 2 Rekod Rayuan.

  1. Keterangan SP3 (ahli kimia) pula mengatakan semasa beliau menerima barang kes iaitu 5 ketulan mampat; beliau dapati ia dibalut dengan pita pelekat dan kertas alumunium. Menurut SP3, keadaan pita pelekat dan kerta alumunium adalah baik dan tiada kesan koyakan.SP3 juga menegaskan beliau bahawa barang kes tidak pernah dibukakecuali beliau sendiri yang membukanya. Rujuk keterangan SP3 di m/s 42 baris 1238-1249 Jilid 2 Rekod Rayuan.

  1. Sedangkan, apabila SP6 dirujuk dengan ekshibit IDD22 (laporan sidang akhbar yang dibuat berkaitan kes ini), beliau mengesahkan kandungan IDD22 dan gambar barang kes di dalam IDD22. Di dalam IDD22 ini, jelas ditunjukkan gambar 2 daripada 5 ketulan tersebut telah dibuka/terkoyak yang bukannya kecil atau di bahagian bucu/penjuru.Rujuk ekshibit IDD22 di m/s 38-40 Jilid 3 Rekod Rayuandan keterangan SP6 di m/s 105-106 baris 3112-3142 Jilid 2 Rekod Rayuan.

  1. Pertamanya,dihujahkan wujud percanggahan yang amat serius antara deskripsi barang kes dadah dalam naratif kes pendakwaan sendiri. Perbezaan adalah sangat jelas antara “torehan kecil di bucu” dengan keadaan 2 bungkusan yang terbuka/terkoyak seperti di dalam IDD22. Tidak ada penjelasan yang memuaskan daripada mana-mana saksi berkenaan percanggahan ini.

  1. Penjelasan tunggal yang wujud datang daripada SP6 di dalam pemeriksaan semula di m/s 113 baris 3338-3346 Jilid 2 Rekod Rayuan, di mana SP6 menyetujui soalan pendakwaan bahawa maksud torehan kecil pada kelima-lima ketulan adalah sebagaimana dalam gambar IDD22.

  1. Hujahkan penjelasan ini adalah tidak memadai kerana jelas percanggahan tersebut adalah irreconcilable.Sudah tentulah maksud torehan kecil di bucu tidak sama dengan keadaan terbuka/terkoyak yang wujud dalam IDD22. Tambahan pula, torehan kecil di bucu yang dikatakan oleh SP5 dan SP6 adalah pada kelima-lima ketulansedangkan hanya 2 ketulan sahaja yang kelihatan dibuka dalam IDD22.

  1. Hujahkan jika Mahkamah Yang Mulia ini menerima sekalipun penjelasan SP6 di dalam pemeriksaan semula; ia jelas menunjukkan ketulan tersebut telah diganggu sebelum tiba di tangan SP3.

  1. Keduanya,lebih memburukkan keadaan adalah penegasan daripada SP3 bahawa keadaan kesemua ketulan adalah berbungkus baik semasa beliau terima dan tidak ada sesiapan yang membukanya sebelum beliau terima. SP3 menerima barang kes dadah pada 8 Januari 2016 jam 10.51 pagi. Rujuk resit JKM ekshibit P13 di m/s 23 Jilid 3 Rekod Rayuan.

  1. Manakala sidang akhbar di mana IDD22 dirakamkan diadakan sehari sebelum SP3 menerima barang kes iaitu pada 7 Januari 2016. Rujuk keterangan SP6 di m/s 106 baris 3129-3133 Jilid 2 Rekod Rayuandan ekshibit IDD22 di m/s 38 Jilid 3 Rekod Rayuan.

  1. Hujahkan jelas wujud keraguan yang serius berkenaan identiti barang kes dadah. Jika keterangan SP3 adalah benar yakni barang kes tidak dibuka sebelum beliau terima pada 8 Januari 2016; ini bermakna barang kes dadah yang terbuka pada sidang akhbar sehari sebelumnya iaitu pada 7 Januari 2016 sudah pasti bukan ekshibit yang sama.

  1. Sebaliknya jika keterangan saksi-saksi polis berkenaan deskripsi barang kes adalah benar (wujudnya torehan kecil di bucu atau keadaan terbuka), ini bermaksud keterangan SP3 pula menjadi meragukan samada barang kes yang dianalisa adalah yang sama. Sebagai ahli kimia yang menjalankan analisa terperinci ke atas barang kes; sudah tentu apa-apa kesan torehan atau bukaan jika ianya wujud, dikesan dan direkodkan oleh SP3.

  1. Hujahkan Hakim bicara juga tidak mengarahkan pemikiran beliaukepada percanggahan ini yang telah wujud semasa kes pendakwaan lagi. Tidak ditunjukkan di mana-mana dalam alasan penghakiman bahawa beliau telah mempertimbangkan isu ini semasa memanggil Perayu-perayu membela diri. Ini jelas adalah salah arah yang serius dan bukanlah maximum evaluationyang dituntut di akhir kes pendakwaan. Rujuk Alasan Penghakiman di m/s 21 baris 300-301 Jilid 1 Rekod Rayuan.

  1. Rujuk kes Mahkamah Rayuan, Lim Pah Soon v PP [2013] 6 MLJ 252 [TAG 1].

“[13] It is well settled rule that the onus of proving everything essential to the establishment of a charge is upon the prosecution. Now, in the context of the present case, it is trite law that one of the essential ingredients of the offence which the prosecution must proved is that the offending drugs exhibits that were actually seized from the car were the very same exhibits that were analysed by SP1 and confirmed to be dangerous drugs and it was for the trafficking of the same drugs that the appellant was charged with (see Gunalan a/l Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 4 MLJ 489; [2004] 4 CLJ 551). This is a question of fact. Ultimately, for the purpose of s 180(1) and (4) of the CPC, the learned judge was under a legal obligation to arrive at, and make the necessary finding on this factual issue on the basis of the evidence tendered and the submissions made by the parties before him. It follows from this that once the evidence had been place and submissions made, there was a statutory duty cast on the learned judge to make a specific finding of facts on the material discrepancy issue raised by the appellant. These are deep-seated expectations not only from the appellant but also from the prosecution before the learned judge. This is acutely important in a case that attracts the mandatory death penalty prescribed by the DDA as in the present case. For that reason, the duty of the learned judge as a trial judge is to ensure that this legal obligation is complied with so as to avoid 'failure of justice' situations. However, as we indicated earlier, the learned judge never addressed or commented on this issue in his judgment. This was never considered by the learned judge and he failed to direct his mind on this point. 

In our judgment,the failure on the part of the learned judge to take the evidence regarding the material discrepancy into consideration amounted in effect to a failure to consider a defence which had been put forward (see Er Ah Kiat v Public Prosecutor [1965] 2 MLJ 238).It was the duty of the learned trial judge to consider that defence, no matter how weak it may be (see Davendar Singh a/l Sher Singh v Pendakwa Raya [2012] MLJU 321; [2012] 3 AMR 489). In our view, this is a serious non-direction which amounts to a misdirection by the learned trial judge warranting appellate intervention(see Gooi Loo Seng v Public Prosecutor [1993] 2 MLJ 137; [1993] 2 AMR 1135). The learned judge misdirected himself in that he overlooked and failed to appreciate the importance of this issue as it could raise a reasonable doubt on the identity of the offending drugs and hence could consequently raise a reasonable doubt on the prosecution's case.

  1. Hujahkan dapatan Hakim Bicara bahawa pihak pembelaan tidak pernah mencabar tentang identiti barang kes dadah adalah bertentangan dengan keterangan.Walhal cabaran terperinci telah diajukan kepada setiap saksi material tentang identiti iaitu kepada SP3, SP5 dan SP6. Ini juga adalah satu salah arah yang serius.

  1. Ketiganya,selain percanggahan ketara berkenaan deskripsi, wujud juga keraguan tentang jumlah ketulanyang gagal diperjelaskan oleh mana-mana saksi mahupun dipertimbangkan oleh Hakim Bicara. Daripada keterangan semua saksi pendakwaan, ketulan barang kes dadah yang dirampas adalah sebanyak 5 ketulan.

  1. Sedangkan, di dalam gambar barang kes yang dirakamkan oleh SP4 (ekshibit P9C-L), jelas adanya 10 ketulan barang kes dadah. Rujuk ekshibit P9C-L di m/s 10-14 Jilid 3 Rekod Rayuan.Tidak ada sebarang penjelasan diberikanoleh mana-mana saksi pendakwaan berkenaan percanggahan ini. Bahkan semua saksi pendakwaan hanya setakat mengecamkan gambar P9C-L sebagai barang kes. Rujuk keterangan SP5 di m/s 62 baris 1833-1835 Jilid 2 Rekod Rayuan dan keterangan SP6 di m/s 89 baris 2622-2623 Jilid 2 Rekod Rayuan.

  1. Memburukkan keadaan lagi adalah tidak kelihatan sebarang penandaan mahupun kesan torehan/bukaan yang nyata pada kesemua 10 ketulan yang dirakamkan di dalam ekshbit P9C-L. Mahkamah Yang Mulia ini tidak boleh assumebahawa barang kes di dalam gambar adalah barang kes yang sama tanpa sebarang penjelasan dikemukakan.

  1. Hujahkan percanggahan mengenai jumlah ketulan ini juga adalah serius dan gagal diperjelaskan. Ia juga menyentuh isu identiti barang kes sekaligus terputusnya rantaian keterangan barang kes. Hakim Bicara juga gagal mengarahkan pemikiran beliauke atas percanggahan ini.

  1. Hujahkan adalah menjadi tugas pendakwaan untuk membuktikan tiadanya gaps in chain of evidence.Rujuk kes Mahkamah Persekutuan, Sia Pang Liong v PP [2013] 2 MLJ 490 [TAG 2].

“[10] In this case, it is not true that the identity of the drug exhibits was not disputed by the defence. PW7 was cross-examined on this issue. At p 84 of the record of appeal, PW7 was asked:

Saya cadangkan barang-barang kes yang dirampas daripada OKT jika ada bukanlah barang-barang yang ada di Mahkamah hari ini.

[11] Thus, the identity of the drug exhibits was being challenged by the appellant. Once there is such a challenge, the prosecution bears the burden of proving beyond reasonable doubt that there are no gaps in the chain of evidence.It is the burden of the prosecution to adduce evidence that the drug exhibits that were recovered from the appellant and that were sent to the chemist for analysis were the same drug exhibits that the appellant was charged with.”

  1. Hujahkan jika sekalipun kesemua saksi-saksi iaitu SP3,SP5 dan SP6 mengecam penandaan pada barang kes dadah; dihujahkan rantaian keterangan masih terputus. Kesan torehan menurut SP5 dan SP6 atau kesan terbuka di dalam IDD 26 langsung tidak dilihat oleh SP3. Jika benar barang kes adalah sama, sudah pasti SP3 sebagai ahli kimia akan mengesahkan kewujudan kesan torehan atau terbuka ini. 

  1. Mohon dibezakan dengan apa yang wujud di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Loh Kah Loon v PP [2011] 4 MLJ 260 [TAG 3]di mana rantaian barang kes tidak terputus walaupun ada percanggahan berat kerana pengecaman yang positif ke atas penandaan barang kes dadah.

  1. Hujahkan telah wujud a reasonable defectterhadap identiti barang kes yang merupakan subject matterpertuduhan. Ia adalah sesuatu yang serius dan on this ground alonePerayu sewajarnya berjaya di dalam rayuannya. Rujuk kes Mahkamah Persekutuan, Yusri Pialmi v PP [2011] 4 MLJ 533 [TAG 4].

“[11] We would like to categorically state here that the evidence adduced by the prosecution in the present case showed there is a reasonable defect in the identity of the case exhibit which is the subject matter of the prosecution against the appellant. In a criminal trial an accused person is permitted to take every available opportunity to reveal any defect in the prosecution's case (see the case of Yeong Kia Heng v Pendakwa Raya[1992] 1 MLJ 327). A defect with regard to the identity of the case exhibit in the present case to us is a serious matter. On this ground alone the appellant would succeed in his appeal.”

  1. Hujahkan break in chainyang wujud di dalam kes ini adalah begitu serius sehingga tidak ada apa-apa statutory cureyang boleh membantu. Rujuk kes Mahkamah Agung, Teoh Hoe Chye v PP [1987] 1 MLJ 220 [TAG 5].

“Supt. Lum would clearly have been able to provide the missing link in the chain of evidence if he had been called to give evidence for the prosecution. For some unknown reasons he was not called. In our view, it was clear that in the particular circumstances of this case, the failure to call this witness had caused a serious break in the chain of evidence relating to the identity of the exhibits.

The break was so serious that we do not think there is any statutory cure. We would add that any attempt in such a case to apply the provisions of section 60(1)of the Courts of Judicature Act,1964, would amount to a relaxation of the law of criminal procedure to such an extent as to deprive an accused person of his right. In this regard, it behoves us to reiterate that "the requirement of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence.Irrespective of whether the Court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else and therefore the appeal must be allowed and the conviction quashed." (Sia Soon Suan v Public Prosecutor [1966] 1 MLJ 116.

  1. Hujahkan lanjut benefit of the doubtwajar diberikan kepada Perayu dan sabitan yang diasaskan tidak lagi selamat untuk dipertahankan.


Comments

  1. I have read so many posts about the blogger lovers however this paragraph is
    in fact a nice article, keep it up.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI