HUJAHAN MAHKAMAH RAYUAN (DOUBLE PRESUMPTION)


Alasan-alasan rayuan pihak Perayu

  1. Alasan nombor 2 Petisyen Rayuan

  1. Yang Arif Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menggunakan anggapan yang berganda (double presumption) ke atas Perayu semasa memutuskan adanya kes prima facie sehingga menyebabkan berlakunya kegagalan keadilan.

  1. Pada 15 Februari 2014, badan kehakiman telah menggubal Seksyen 37A Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) sekaligus menyebabkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammed Hassan lawan Pendakwa Raya pada 1998 tidak lagi boleh digunapakai. Seksyen 37A ADB ini telah membenarkan Mahkamah menggunakan anggapan berganda.

  1. Perayu telah ditangkap pada 5 Oktober 2014 dan dipertuduhkan di bawah Seksyen 39B(1) ADB kerana didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 1492.6 gram. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah mendapati Perayu bersalah di bawah Seksyen 39B ADB dan telah dijatuhi hukuman gantung di leher sampai mati pada 19 Januari 2018. Ini bermaksud kes kita pada hari ini berlaku semasa Seksyen 37A ADB berkuatkuasa.

  1. Namun, pada 5 April 2019 Mahkamah Persekutuan melalui panel sembilan hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum telah sebulat suara memansuhkan Seksyen 37A tersebut di dalam kes Alma Nudo Atenza v PP [2019] 4 MLJ 1 [TAG 1]. Mahkamah Persekutuan telah mengisytiharkan bahawa seksyen 37A ADB terbabit bercanggah dengan Perlembagaan kerana melanggar Perkara 5 (1) yang dibaca bersama Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.
 
  1. Pohon untuk merujuk Alasan Penghakiman Hakim Bicara di Rekod Rayuan di muka surat 16 dan 17 di mana Yang Arif Hakim telah menyatakan seperti berikut di akhir kes pendakwaan:

Whether the accused had possession of the dangerous drugs?

22.       It was not in dispute, and the evidence of PW1 established, that the accused had physical custody of the backpack and the backpack contained the drugs, the subject matter of the charge against him. Accordingly, this triggered the presumption under section 37(d) of the Act. By virtue of the presumption, the accused was presumed to have possession and knowledge of the nature of the drugs found in the backpack.”

“Whether the drugs were in possession of the accused for the purpose of trafficking?

23.       As the quantity of drugs found in the possession of the accused was well above the 50 grammes threshold that attracted the trafficking presumption under section 37(da)(xvi) of the Act which was in these terms :


“In all proceedings under this Act or any regulation made there under:

(da)     any person who is found in his possession of :
                        (xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine;

Otherwise than in accordance with authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug”

24.       The accused was thus presumed to have the drugs in his possession for the purposes of trafficking.”

  1. Oleh itu, dihujahkan bahawa Yang Arif Hakim dengan secara jelasnya telah menggunapakai Seksyen 37(d) ADB iaitu anggapan pertama bahawa memandangkan dadah jenis Methamphetamine tersebut dijumpai di dalam beg yang digalas oleh Perayu; Perayu dianggap memiliki dan mempunyai pengetahuan bahawa terdapat dadah di dalam beg galas tersebut.

  1. Hujahkan selanjutnya, Yang Arif Hakim telah sekali lagi membuat anggapan kedua mengenai jumlah berat dadah jenis Methamphetamine yang berada di dalam beg galas tersebut dengan menggunapakai Seksyen 37(da) ADB di mana jumlah dadah yang ditemui adalah melebihi jumlah yang diperuntukan dalam Seksyen 37 (da) (xvi) ADB sekaligus menyebabkan Perayu dianggap terbabit dalam pengedaran dadah.

  1. Di akhir kes pembelaan, Yang Arif telah menyatakan di Rekod Rayuan Jilid 1 di muka surat 27 seperti berikut pula;

“46.     For these reasons, I found the accused had failed to rebut on a balance of probabilities, the statutory presumptions that operated against him. I also found that the accused had not raised any reasonable doubt in my mind as to his guilt. I was satisfied that the prosecution had proved beyond reasonable doubt the case of the trafficking against the accused as charged.”

  1. Dihujahkan, di akhir kes pembelaan, Yang Arif Hakim telah membuat dapatan bahawa Perayu telah gagal untuk mematahkan pada imbangan kebarangkalian anggapan-anggapan statutori (statutory presumptions) yang berbangkit..

  1. Hujahkan lanjut, jelas sekali lagi anggapan berganda telah digunakan oleh Yang Arif Hakim di peringkat pembelaan. Tiada sebarang keraguan samada Yang Arif menggunakan anggapan berganda atau tidak kerana penggunaan perkataan Yang Arif Hakim di dalamkedua-dua peringkat alasan penghakiman adalah jelas.

  1. Pohon rujuk sekali lagi kes Alma Nudo Atenza v PP and another appeal [2019] 4 MLJ 1 [TAG 1].

“[46]    The Federal Court also went on to express the view that the use of presumption upon presumption would be harsh and oppressive. The court said this at p 291:

In our view, on the wording of s 37(da) as it stands, to read the presumption of possession (ie possession as understood in criminal law, with knowledge) provided in s 37(d) into s 37(da) so as to invoke against an accused a further presumption of trafficking (ie presumption upon presumption) would not only be ascribing to the phrase ‘found in possession’ in s 37(da) a meaning wider than it ordinarily bears but would also be against the established principles of construction of penal statutes and unduly harsh and oppressive against the accused.

……….

[129]   Anyway, even if Parliament had amended the wording in sub-s (da) in accordance with the judgment in Muhammed Hassan, the fundamental question of constitutionality remains. It is for the court to determine whether the substance and effect of the legislation in permitting the use of double presumptions is in line with the fundamental liberties provisions of the FC. It is to this central issue that we now turn.”

  1. Pohon juga merujuk kes M.Gunalan A/L Muniandy v PP [2019] 1 LNS 800 [TAG 2].

“151.   Accordingly, we hold that section 37A is unconstitutional for violating
Article 5(1) read with Article 8 of the Federal Constitution. The impugned section is hereby struck down.”


  1. Oleh yang demikian, kami menjemput Mahkamah Yang Mulia ini untuk mengikut kes Alma Nudo Atenza dan M. Gunalan A/L Muniandy di mana kedua-dua kes ini telah merujuk dan menghargai (appreciate) prinsip bahawa anggapan berganda di dalam Seksyen 37A banyak menyimpang dari kelaziman umum yang tidak dapat dijustifikasi dan tidak bersesuaian dengan objektif perundangan.

  1. Hujahkan lanjut, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum turut menyatakan bahawa penggunaan apa yang disebut ‘anggapan berganda’ di bawah kedua-dua sub seksyen itu menimbulkan risiko nyata bahawa seseorang Perayu boleh disabitkan dengan pengedaran dadah dalam keadaan apabila keraguan yang munasabah wujud.

  1. Hujahkan, keputusan di dalam kes Alma Nudo Atenza ini dibuat berdasarkan keseriusan kesalahan dan hukuman yang diperuntukkan. Melalui kes ini, Mahkamah Persekutuan telah mendapati bahawa terdapat perlanggaran serius terhadap hak Perayu di bawah Perkara 5(1) yang gagal memenuhi keperluan perwakilan berkadar (proportionality) di bawah Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

  1. Namun kami akui bahawa dapatan Yang Arif Hakim mengenai pemilikan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya adalah bersesuaian dengan fakta dan hal keadaan di dalam kes ini, di mana dadah ditemui di dalam seluar-seluar jeans yang dibawa di dalam beg galas oleh Perayu.

  1. Kesimpulannya, kami dengan rendah diri menghujahkan rayuan Perayu adalah bermerit dan wajar diterima kerana Yang Arif telah menggunakan anggapan berganda dalam mensabitkan Perayu. Sabitan terhadap Perayu tidak lagi selamat dan pohon Mahkamah Yang Mulia ini mengenepikan sabitan tersebut dan menggantikan dengan satu kesalahan memiliki sahaja di bawah Seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sekian, terima kasih.

Comments

  1. Assalam, saya nak tanya mak saya dituduh penipuan duit dan perlu pergi ke mahkamah. Perlu ke ibu saya mengaku bersalah dan jika ibu saya tidak mengaku bersalah apakah prosedur yg seterusnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA