Posts

CERAMAH SOSMA 2012 DAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

Image
           Talk on SOSMA&PAA-kedahbar.pptx                   

EMOSI DAN KEMANUSIAAN

Image
Assalam, Sebagai seorang peguam kita selalu dinasihati supaya menjadi seorang yang profesional. Profesional bagaimana? Maksudnya tidak boleh mencampur adukkan diantara kerjaya dengan perasaan atau pandangan peribadi sebagai manusia. Seperti apa yang diungkapkan dalam kes PP v Krishnan Ramar; "however heinous the crime that the accused is charged, he is entitled to be represented". Au kama qaal. Namun bolehkah peguam terutamanya peguam jenayah mempersempadankan diri dalam melaksanakan tugas; bersikap profesional dan tidak dipengaruhi emosi? Peguam juga adalah manusia. Peguam juga ada hati dan perasaan. Peguam juga dicabar emosi saban hari. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan dengan kerenah anak guam, kerenah mahkamah dan yang lebih mencabar adalah harapan yang diberikan oleh anak guam serta keluarga. Dengan kata lain peguam sudah menjadi seperti seorang penyelamat dunia bagi mereka di mana nyawa dan kebebasan diri disandarkan kepada peguam untuk diselamatkan...

KEHIDUPAN YANG HIDUP

Image
Assalam, Agak lama saya tidak menintakan sesuatu di blog ini. Semoga idea dan pandangan saya masih tidak kemarau. Bukan tidak ada isu yang boleh ditaipkan di sini, cuma terlalu ramai keyboard warriors yang hebat memberikan fatwa dan menjatuhkan hukum terhadap musuh masing-masing menyebabkan saya pun menjadi  sedikit enggan untuk join the bandwagon. Cuma selepas berlaku beberapa episod yang menyedarkan diri ini betapa hidup ini terlalu singkat seperti kematian bapa saudara, adik sendiri diserang stroke serta pemergian adik Ahmad Ammar di Turki; menyebabkan diri ini terjemput untuk berkongsi sesuatu yang penting dalam hidup kita iaitu kehidupan itu sendiri. Sebagai pemilik FB yang berstatus pembaca senyap and pengelike kepada status-status kawan-kawan FB; ada saya bertembung dengan status-status yang mempersoalkan kehidupan empunya diri yang dilalui. Contohnya; bangun pagi balik petang, masuk gaji habis bayar hutang, sampai bila hidup begini? Ada juga sahabat yang saya bertu...

BUKAN KU TAK SUDI

Image
Assalam, Saya terbaca tulisan di alam cyber berkenaan 10 sebab utama mengapa seorang peguam tidak menjawab panggilan telefon dari seseorang anakguam. Ini juga merupakan komplen utama anakguam terhadap peguam beliau, iaitu sukarnya menjawab panggilan telefon. Menarik tulisan itu kerana ada yang sama dengan pengalaman saya dan ada juga yang tidak sama malahan yang agak kasar juga. Biar saya kongsi apa pula sebab saya sendiri tidak menjawab panggilan telefon anakguam. Walaupun saya akui komunikasi dengan anakguam sangat mustahak, terkadang tidak terangkat juga dek sebab-sebab tertentu. Inilah alasan-alasannya; Pertamanya, saya berada dalam mahkamah. Tidak kiralah samada saya sedang berhujah, sedang menunggu sampai kematu kes dipanggil atau sedang mengisi masa berFB, hakikatnya saya dalam mahkamah. Ini bermakna 100% panggilan anda tidak akan diangkat. Tidak mungkin saya memberi isyarat tunggu sebentar kepada hakim dan menjawab serta-merta panggilan tersebut. Apatah lagi jika pangg...

DI PERSIMPANGAN DILEMA

Image
Salam, Saya dihubungi oleh salah seorang pembaca blog ini berkenaan dilema yang beliau hadapi. Saya rasa selain saya menjawab secara personal, elok juga saya titipkan di sini barangkali ada manfaat yang boleh dikongsikan kepada umum. Dilema yang dihadapi adalah samada lebih sesuai terus meneruskan karier di   perkhidmatan awam, atau sebaliknya keluar dan menjadi peguam di medan di luar ini. Saya rasa dilema ini bukan sahaja berlaku kepada rakan-rakan yang berkhidmat dalam perkhidmatan perundangan atau kehakiman. Sudah tentu mereka yang menjadi kakitangan awam di mana-mana sektor sekalipun, mungkin akan didatangi pilihan ini. Teruskan di dalam atau sahut cabaran untuk mencari rezki di luar. Sedikit pengalaman saya yang pernah mengalami dilema ini beberapa tahun dahulu diharap dapat memberi sedikit panduan. Pertamanya, haruslah disedari bahawa skrip hidup kita semua ini tidak sama. Cabaran dan dugaan mahupun ujian semuanya berbeza dan tahapnya juga berlainan. Oleh i...

HUJAHAN KES 39B (ISU PERCANGGAHAN BERAT DAN IDENTITI)

Image
  Isu discrepancy  mengenai berat. 1)     SP7 sebagai IO kes langsung tidak membuat timbangan berat kasar dalam kes ini. Bahkan beliau mengatakan tidak perlu. Beliau hanya bergantung kepada timbangan yang dibuat oleh anggota-anggota sentry sahaja. 2)     Namun, jika dilihat dalam borang bongkar dan serah menyerah, hanya SP2 yang membuat timbangan. SP4 sebaliknya mendakwa ada membuat timbangan tetapi terlupa mencatatkannya dalam borang bongkar. Ini jelas dalam P9, P10, P11, P14 dan P15 dan disahkan sendiri oleh SP7. SP7 juga tidak membuat catitan jumlah berat ini di mana-mana. 3)     Dalam soal balas, SP7 menyatakan berat kasar dalam pertuduhan asal adalah 1357 gram dan beliau memperolehi figure ini berdasarkan laporan polis yang d ibuat oleh SP2 dan SP4. Pertuduhan ini ditandakan dengan D41. 4)     Namun bila dirujuk kepada satu lagi pertuduhan asal melibatkan berat kasar 990 gram , SP7 menyatakan ...

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

Image
Salam, Representasi adalah satu perkataan keramat yang selalu diungkapkan dalam arena kepeguaman jenayah. Terkadang, ia umpama satu penawar atau antidot yang teringin sangat didengar oleh telinga sang tertuduh yang saban hari dicengkam jeriji besi. Mereka yang tertekan samada tekanan kehidupan penjara yang serba menyesakkan itu, ataupun tekanan akibat ketidakpastian dalam hidup mereka. Berapa lamakah lagi aku akan hidup, adakah cahaya di hujung terowong ataupun adakah nyawaku akan berakhir di tali gantung. Representasi sudah menjadi common word dan judicial notice bahkan di kalangan orang awam. Walaupun kadang-kadang sebutannya silap seperti ada yang menyebutnya lepresentasi atau represent atau lebih canggih lagi rap sahaja. Pokok pangkalnya, harapan yang disandarkan pada keajaiban representasi oleh seorang peguam jenayah begitu tinggi, bahkan dianggap boleh menyelamatkan nyawa. Let's get the record straight. Pertamanya, menulis surat representasi samada memohon pertud...