TRIAL BY AMBUSH




Salam,

Di dalam sistem keadilan kita yang bertunjangkan prinsip melawan (adversarial), banyak daripada kemenangan di mahkamah bergantung kepada strategi yang dipakai oleh pihak2 selain daripada faktor2 seperti pengalaman, skil, kekuatan kes sendiri dan kelemahan kes pihak lawan.

Saya terpanggil untuk menitipkan persoalan di atas kerana antara strategi yang terbaik yang biasa digunakan di dalam perbicaraan di mahkamah adalah penggunaan taktik "ambush" atau serang hendap. Sebenarnya bagi saya ada banyak lagi strategi2 lain yang saya tahu atau yang pernah saya gunakan seperti strategi2 yang dipanggil license to grill, memancing saksi (fishing), playsafe, sniper (penembak tepat), menangguk di air keruh, touch n go, taktik gasing (memeningkan saksi) dan banyak lagi istilahnya yang saya reka sendiri. Mungkin saya akan postkan di post2 akan datang jika berkesempatan.

Trial by ambush bermaksud pihak2 yang terlibat tidak menyatakan atau menzahirkan apakah strategi mereka kepada pihak lawan sehingga di saat2 akhir contohnya ketika hujahan. Tujuannya adalah untuk menangkap pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia (caught your opponent off guard). Sesetengah pihak menganggap taktik ini tidak gentleman dan seolah2 pihak itu hendak menang kes at all cost.

Contoh yang mudah adalah di pihak pendakwaan contohnya tidak memberitahu siapa saksi hendak dipanggil, apa dokumen hendak ditender dsb. Manakala di pihak pembelaan juga tidak mengemukakan pembelaan secara spesifik untuk mengelakkan dibaiki oleh dpp semasa re exam. Contoh yang lain adalah untuk tidak mencabar langsung keterangan pendakwaan yang cacat atau bercanggah tetapi semasa peringkat hujahan pula bammm! ketika itulah serang hendap dilakukan sehingga pihak lawan terduduk.

Tepuk dada tanya selera atau tanya iman. Terpulang pada masing2 samada gentleman atau tidak..wajar atau tidak dilakukan. Saya berpendapat strategi amat penting untuk memenangi sesuatu kes tetapi perlu ada batasnya, tidak perlulah sehingga masuk ke tahap misleading pihak lain. Pernah berlaku terhadap saya yang dimaklumkan saksi tidak dapat dikesan tetapi pada saat untuk menutup kes tiba2 bammm! saksi itu terpacul di mahkamah.

Pada saya juga, jika kita yakin kita ada kes yang kuat dan juga ada skil yang hebat; maka strategi trial by ambush ini tidaklah perlu. Dengan pengenalan Seskyen 51A CPC (pre-trial discovery) diharap kadar penggunaan taktik ini dapat diminimumkan melainkan anda sudah desperado. Peguam yang hebat adalah peguam yang dihormati lawan dan kawan bukan kerana kehebatan tetapi kerana kegentlemannya. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA