MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA




Dengan izin Yang Arif,

Hujahkan mahkamah yang mulia ini perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil.

1. Pengakuan salah
  • Pengakuan salah ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah, juga pihak-pihak lain iaitu pendakwaan dan saksi
  • Walaupun pengakuan ini dibuat di peringkat pembelaan, masih lagi perlu dipertimbangkan kerana ia dibuat "at the earliest opportunity" dan dalam keadaan berat dadah yang bukan "substantial"
  • PP v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45
2. Latar belakang OKT

  • Semasa ditangkap berusia 34 tahun dan bersekolah sehingga darjah 6 sahaja
  • Belum berkahwin dan merupakan anak ke 3 dari 7 orang adik-beradik
  • Sebelum ditangkap bekerja sebagai peniaga pasar dengan upah harian sebanyak RM 30
  • Ibu dan bapa masih hidup dan sudah uzur
3. Fakta kes

  • Daripada fakta kes yang telah sedia ada di hadapan mahkamah yang mulia ini, OKT telah memberikan kerjasama kepada pihak polis sehingga membawa kepada perjumpaan dadah
  • Terdapat 5 lagi tangkapan di dalam rumah tempat kejadian
  • Dadah tidak dijumpai pada milikan fizikal OKT dan tiada juga "direct evidence of trafficking"
  • Rujuk kes PP v Jamaluddin Mokhtar [2006] 6 CLJ 288 yang mana Yang Arif Hakim telah mengambilkira fakta kes yang terlibat dan tidak "rule out" kemungkinan OKT hanyalah sentri atau pemegang sementara sahaja kepada dadah dan ini "goes to reduce the quantum of sentence imposed"
4. Pesalah pertama

  • OKT adalah pesalah pertama yang wajar diberi peluang dengan tempoh penjara serendah mungkin
  • Saya percaya pendakwaan bercadang mengemukakan rekod tahanan OKT di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam
  • Walaubagaimanapun saya hujahkan rekod ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ia bukanlah satu sabitan dan hanya satu hukuman berbentuk "administrative" dan tidak melalui satu proses sabitan yang sempurna di mahkamah
  • Rujuk kes Surentheran Selvarajoo v PP [2005] 2 CLJ 264

5. Character dan antecedent OKT

  • OKT telah insaf dan bersedia mengaku salah "at the earliest opportunity" dan bertanggungjawab atas kesalahan beliau
  • Tempoh reman selama 2 tahun 4 bulan sejak tarikh tangkap sudah cukup menyedarkan beliau akan keperitan hidup di penjara
  • Rujuk kes Lian Kian Boon v PP [1991] 1 MLJ 51

6. Jenis dan berat dadah

  • Dadah yang dipertuduhkan adalah dari jenis ganja. Walaupun diakui tetap dadah yang berbahaya; namun ia tidak seberbahaya dadah lain seperti heroin, morphin dan MDMA. Ini dimanifestasikan dengan wujudnya perbezaan berat statutori minima antara jenis-jenis dadah yang berlainan ini
  • Rujuk kes PP v Mohd Abbas Said [2006] 6 CLJ 579 di mana Yang Arif Hakim memutuskan berdasarkan berat dan jenis dadah, ia bukanlah keadaan "worst case scenario" yang saya hujahkan juga sama keadaannya dalam kes kita
  • Berat dadah juga hanyalah 513.8 gram yang saya percaya tidaklah "substantial" dan bersifat "borderline" sahaja. Kesan dari faktor berat ini membawa kepada pengurangan jumlah hukuman yang bakal dijatuhkan
  • Rujuk kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 MLJ

7. Kepentingan awam

  • Adalah diakui kepentingan awam adalah "paramount consideration" di dalam menjatuhkan hukuman; namun kepentingan awam juga menuntut supaya pesalah yang telah insaf diberi peluang meneruskan hidup selepas mereka menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka
  • Pohon mahkamah juga memberikan pertimbangan kepada aspek "reformative" selain faktor "deterrent" semata-mata dalam menjatuhkan hukuman
  • Rujuk kes PP v Hairul Din bin Zainal Abidin [2001] 6 CLJ 480

Sebagai penutup, dikemukakan beberapa kes untuk panduan mahkamah yang mulia ini berkenaan "quantum" yang sesuai bagi jenis dan berat dadah yang bersamaan dengan kes kita. Rujuk kes PP v Baharudin Mustaffa [2005] 8 CLJ 445 dan PP v Jamaluddin Mokhtar yang dirujuk tadi. Hujahkan wajar memberi tumpuan kepada kes-kes terkini dan di Shah Alam bagi mengelakkan "disparity" daripada wujud. Hujahkan juga kes-kes yang bakal dirujuk oleh pihak pendakwaan yang mana kebanyakannya adalah melibatkan kes yang telah melalui bicara penuh serta adalah di peringkat mahkamah rayuan; tidak sesuai untuk diambilkira.

Hujahkan walaupun terdapat sedikit variasi di antara keputusan mahkamah sebelum ini, hukuman yang adil dan wajar untuk kes ini adalah 8 tahun penjara dari tarikh tangkap dan sebatan minima 10 rotan. Hukuman yang melebihi 10 tahun hanya sesuai untuk berat dadah yang melebih 1 kg dan telah sampai ke peringkat mahkamah rayuan sahaja. Sekian terima kasih.

Nota; Yang Arif Hakim menjatuhkan hukuman penjara 9 tahun dari tarikh tangkap dan sebatan minima 10 rotan. Pihak pendakwaan telah memohon hukuman penjara sekurang-kurangnya 12 tahun dikenakan.







Comments

  1. Thanks bro for the sampel. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Salam saudara/i anonymous,

    Thanks for visiting, please keep the knowledge flowing to others too.

    ReplyDelete
  3. boleh sesiapa di sini jawab pertanyaan saya?
    Benarkah tertuduh di bawah seksyen 39A(2) ni tidak boleh dijamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul 39 A (2) tidak boleh di jamin, yakni jika persalah tertangkap dgn dadah melebihi 50g biase pesalah yg memiliki dadah jenis ganja, dan jika melebihi dari 100 g pesalah akan dikenekan atas seksyen 39 (B) ya itu hukum gantung mandatori, dan jika kurang dari 50 g pesalah akan dikenakan atas seksyen 39 A (1) tetapi boleh dijamin di mahkamah sebanyak 5k

      Delete
  4. Salam Ieda,

    Tertuduh di bawah Seksyen 39A(2) memang tidak boleh dijamin dan termasuk di bawah kategori 'unbailable' yakni kesalahan2 yg mana undang2 itu sendiri secara specific (dlm konteks ini Akta Dadah Berbahaya) telah menafikan jamin.

    Contoh kes2 kategori 'unbailable' yg lain adalah seperti kes2 senjata api di bawah Akta Senjatapi (penalti lebih berat).

    Ini hendaklah dibezakan dengan kesalahan2 di bawah Kanun Keseksaan yg mana samada boleh dijamin (bailable) atau tidak boleh dijamin (non-bailable). Kategori non bailable ini boleh dijamin jika pra-syaratnya dipenuhi sehingga ke yg serius seperti kes bunuh sekalipun terdapat keputusan2 mahkamah dlm kes2 yg khas membenarkan jaminan. Begitulah secara ringkasnya.

    ReplyDelete
  5. saya ada satu masalah la kat 39a2 ni.abg saya telah di perangkap,dan di dakwa sbgai pengedar.dia telah di paksa untuk meletakkan ganja itu pada celah sluar dalam nya.....jika tidak di ikuti,maka segala beg dan dokumen keja abg saya tidak akan diberi.blh ka saya ingin memohon ikat jamin terhadapnya?

    ReplyDelete
  6. Anonymous,

    Pertuduhan Seksyen 39A(2) adalah kesalahan memiliki dadah dan bukannya mengedar (39B). namun, seperti saya tulis sblm ini, seksyen 39A(2) menafikan jamin disebabkan undang2 dadah itu sendiri digubal secara khusus untuk menafikannya. Oleh itu, sehinggalah kes selesai atau pertuduhan diringankan, jaminan tidak boleh dipohon.

    ReplyDelete
  7. boleh saya tanya,
    bolehkah hukuman 39A diringankan hingga 5 tahun atas faktor kesalahan pertama/dianiaya.

    ReplyDelete
  8. Anonymous,

    Seksyen 39A mempunyai 2; 39A(1) dan 39A(2). mungkin saudara bermaksud 39A(2) yang hukumannya 5 ke 20 tahun. walaupun undang-undang membenarkan minima 5 tahun, pengamatan saya mahkamah kurang memberikan hukuman minima kecualilah kes mengaku salah dan adanya alasan mitigasi yang kukuh.

    ReplyDelete
  9. salam boleh tolong perjelaskan lagi pasal akta ney?

    Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952- akta ney pasal memiliki kan?

    Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952-akta ney memasuki dadah dalam badan kan?

    Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952- tak boleh jamin, boleh x kalau kimia balik pecah seksyen jd 39A (1) OR 39B (2)
    Contoh tertuduh bersalah kerana memiliki ekstasi seberat 180.3 gram harap sesiapa yang tahu boleh jelaskan lagi.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Anonymous July 17,

    Seksyen 12(2) dan 15(1) adalah betul seperti tulisan anda.

    Perttuduhan Seksyen 39B dituduh dengan berat kasar terlebih dahulu. Sebab itulah pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret sementara laporan kimia siap dan menunggu izin dan rekuisisi daripada Pendakwa Raya.

    Apabila laporan kimia diperolehi, maka kes boleh turun ke pertuduhan lebih ringan mengikut berat malah ada yang dilepaskan kerana didapati bukan dadah. Pengalaman saya jika melibatkan extacy biasa berat akan turun dalam jumlah yg signifikan cuma ke tahap mana sahaja. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.Apa yang saya dpt tahu kimia untuk extacy ney hanya turun 20-40% sahaja n kalau melibatkan kes extacy sekiranya kes itu ada 3 atau 4 orang ditangkap n kimia balik contohnya berat setelah dicuci adalah 100g maknanya semua terpaksa menerima sorang 100g untuk dihukum salah adakah betul fakta ini sebab saya baru dapat tahu.Selalunya berat boleh dibahagi antara sama rata kalau ada kes sekirannya ditangkap melebihi 1 orang. Minta maaf sebab bertanya terlalu banyak.

      Delete
  11. Salam,

    Tiada masalah saya sudi menjawab setakat kepakaran saya. Dalam penyediaan laporan kimia, apa yang menjadikan hasilnya menjadi berat bersih adalah berat sebenar substance dadah setelah ditolak elemen2 lain.

    Contohnya dlm kes ganja, selepas ditolak pembalut, foil alumunium dan bendasing. Sebab itulah biasanya kes2 ganja beratnya akan turun sangat sedikit kerana ketulan tersebut memang adalah ganja.

    Berbeza dengan kes2 melibatkan serbuk atau ketulan (termasuk ecstasy, kandungan sebenar substance dadah berbeza antara satu sama lain. Ada yg pure sehingga lebih 80%. Cuma biasanya dadah jenis begini dicampur dengan bahan2 lain spt paracetamol, kafein, pewarna dsb. Sebab itulah berat bersih selalunya turun agak banyak.

    Oleh itu, tak tepat jika ada yg beritahu berat akan turun dengan tepat sebanyak mana. Begitu juga tidak tepat jika dikatakan berat bersih ini akan dibahagi setiap sorang antara OKT lebih seorang. Jika ada 10 OKT sekalipun, masih lagi akan ditanggung bersama jika pertuduhan dibuat dengan niat bersama.

    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. contoh lah sekirannya 3 OKT lain cakap 1 okt 2 xde kena mengena n xtahu apa2,, boleh x undang2 yg ada mlepaskan 1 okt tu?? perlu x lantik lawyer ataupun 3 okt sendiri yang ckp yg 1 okt tu xtaw r apa2...

      Delete
  12. salam,sekiranya kimia belum sampai/dh sampai dye nya result, contohnya dalam 4 orang yg ditangkap salah seorang mengaku salah segala hukuman, boleh jadi 3 orang yg lain tu terlepas atau ada hukuman lain ke?

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Izinkan saya menjawab kedua2 soalan sekaligus kerana agak berkait. Kebiasaannya dalam pertuduhan kes dadah di mana keterangan menunjukkan pemilikan bersama cthnya jumpa dalam rumah atau dalam kereta, semua yg ditangkap biasanya akan dituduh kesemuanya.

    Ini termasuklah yg mungkin tidak bersalah yakni kebetulan saja ada di situ. Dari segi prosedur, biasanya rayuan utk menarik balik boleh dibuat tanpa seorang mengaku terlebih dulu, tetapi alasan2 kukuh mestilah diberikan dalam surat tersebut.

    Jika salah seorang atau sebahagian mengaku, untuk melepaskan yg lain bolehlah alasan ini dimasukkan utk menyokong rayuan tarik balik. Namun, ia juga tak automatik akan berjaya.

    Oleh itu, untuk melantik peguam menngendalikan proses rayuan dan perbicaraan adalah lebih baik. Wassalam.

    ReplyDelete
  14. salam..kalau seseorg itu dituduh mgikut seksyen 39a(2) tp okt tdk mggaku smpai bila2..adakah okt itu akan dijatuhkan hukuman jgk..

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Setiap kes akan ada pengakhirannya. Jika tidak mengaku, di akhir kes mahkamah akan putuskan samada sabit bersalah atau lepas dan bebas. NAsihat terbaik dari peguam diperlukan agar pilihan terbaik untuk anakguam dicapai.

    ReplyDelete
  16. Salam...saya nak tny sekiranya 2 atau 3 org ditangkap bersama-sama dan pertuduhan di bawah 39A 2, salah seorg dri mereka telah mengambil khidmat peguam..apakah kemungkinan yg terjadi terhadap kes ini..adakah tertuduh yg mengambil peguam td kemungkinan boleh bebas dgn ikat jamin..

    ReplyDelete
  17. Salam...

    maaf mengangu sy nak tny.. bagi kes

    situasi : keluarga A mahukan pihak polis menangkap salah seorg ahli keluarga kerana menagih dadah(kemungkinan ice) dan mahukan si penagih dimasukkan ke pusat pemulihan/ serenti utk pemulihan.. tangkapan yg dibuatkan hendaklah yg xboleh dijamin keluar sehingga sebut kes dan terus dimasukkan ke pusat pemulihan... ini kerana dikhuatiri si penagih akan lari menghilangkan diri kerana tidak mahu dibantu utk dipulihkan...

    soalan: seksyen berapa yg harus dikenakan ke atas penagih dadah mengikut permintaan keluarga... adakah seksyen 6, 15, blh digunapakai dlm situasi nie.. atau perlu merujuk ke AADK. kerana keluarga telah merujuk ke AADK dan pihak AADK mensyorkan seksyen 6.. tetapi pihak polis tidak membenarkan... blh tlg terangkan... terima kasih kerana mbantu..

    ReplyDelete
  18. Salam Mohd Shafie,

    Walaupun dengan khidmat peguam, tertuduh kes Seksyen 39A(2) ADB tidak dapat dijamin kerana undang2 sendiri menghalangnya. Melainkan pertuduhan diringankan ke Seksyen 39A(1) atau Seksyen 6 contohnya, jadi kesemua tertuduh akan ditawar jamin samada ada peguam atau tidak.

    ReplyDelete
  19. Salam Anonymous,

    Sekiranya laporan polis dibuat, polis akan menuduh di bawah Seksyen 15 ADB iaitu memasukkan dadah ke dalam tubuh badan. Hukuman yang menanti samada penjara, denda ditambah pengawasan polis. Jadi saya berpendapat lebih elok rujuk ke AADK untuk dihantar ke pusat pemulihan.

    ReplyDelete
  20. salam,
    apakah hukuman bg 39A(1)

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Hukuman adalah penjara minima 2 tahun dan 3 sebat

    ReplyDelete
  22. salam,

    sy nak bertanya jika seseorg di tangkap nak memiliki 25gm dadah dan hukumannya adalah 39a(1) setelah di bawa ke makmal beratnyer tlh turun ke 15.5gm. apakah hukumannya.

    ReplyDelete
  23. Salam,

    Soalan saudara kurang jelas kerana penentuan peruntukan mana dan hukuman mana bergantug kepada jenis dadah kerana jenis dadah berbeza mempunyai had minimum utk setiap jenis kesalahan yang berlainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh x tmpang tnye.,sekiranya seseorang 2 ditngkap dan ditduh oleh polis dibwah seksyen 15(1)iaitu memasukkn dadah dlm tbuh badan nie dijamin ngan jaminan pgawai polis iaitu (buka mulut)..??

      Delete
  24. salam, saya nak tanya jika seseorang di tangkap memiliki 598biji methapetamin seberat 59gm. adakah ia akan turun setelah di bawa ke makmal dan apakah seksyen hukuman nya?

    ReplyDelete
  25. salam,

    saya nk tanya jike seseorang di tangkap memiliki 598 methapetamin seberat 59gm. adakah ia akan akan turun setelah dibawa ke makmal dan apakah seksyen ynag akan di kenakan?

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Sila encik ajukan pertanyaan di email saya tq.

    ReplyDelete
  27. Saya ada satu kemusykilan...ada kes okt kna dakwa bwah seksyen 15(1) dan 12(2) pada tahun 2007,tapi pada tahun 2010 mahkamah dah melepas tanpa membebaskan okt..jadi bolehkah okt bekerja di sektor awam?

    ReplyDelete
  28. Asalamualaikum tuan loyar berjurus, saya nak bertanya pada tuan, sekiranya telah dituduh memasukkan dadah ke dalam badan sendiri, dan okt tidak mengaku salah atas pertuduhan, apakah hukuman bagi pesalah tersebut sekiranya die disabitkan kesalahan?

    ReplyDelete
  29. Salam,

    Jika seseorang itu telah dilepas dan bebas, seolah-olah beliau tidak pernah dituduh. Ini bermakna rekod beliau bersih dan boleh bekerja di sektor awam.

    ReplyDelete
  30. Salam anonymous feb 1,

    Hukuman bagi kesalahan seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya jika sabit boleh dipenjara dan denda. Tetapi biasanya mahkamah memberikan hukuman denda bagi pesalah pertama.

    ReplyDelete
  31. Salam..sy nk bertanya,adik sy tlh ditngkp baru2 ini,apa yg sy dpt tahu beliau telah Disabitkn Memiliki Dn Memasuk kn Ketulan Ganja(dlm Rm50.)katanya.dn Kes ke2 Memiliki Dn memasukkan dadah Ke Tubuh iaitu syabu.utk Kes Ke2 beliau Jga Disabitkn salah Mengedar.apa Yg beliau Maklumkn Kpda Sy Kes Ke2 dikira Dlm Akta 39a(1).dn Skrg mnggu pecah Kimia.ketika Ditahan Beliau Ada Berdua di Dlm Sebuah rumah.bole Tlg Terangkn apa Maksud Dn Hkman Yg Bakal Diterima.t.kasih.

    ReplyDelete
  32. salam..sy ingin btya ttg bbrpa soaln:-
    1) jika 3 org pesalah ditgkp memiliki 48gram dadah ttpi tdak diketahui milik siapa,apakah hukuman dan bagaimanakah proses seterusnya ke atas mereka bertiga?
    2) boleh kah rayuan dibuat kpda hakim trhadap hukuman yg akn dilaksanakn?
    # minta pnjlasan... thnksss

    ReplyDelete
  33. salam..ingin mgetahui sekiranya hukuman 6 tahun penjara dan 10 sebatan telah dijatuhkan..bilakah hukuman itu akan dijalankan?

    ReplyDelete
  34. Salam widuri,

    Berdasarkan soalan puan, nampaknya adik puan dituduh di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan juga Seksyen 39A(1) ADB. Kedua-duanya di bawah bidang kuasa mahkamah majistret. Mungkin puan boleh email saya di imazaffira@gmail.com jika perlukan penerangan lanjut. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..sye nk tye..adkh pslh yg d hntr d pust muar johor dpt d kurngkn penhanan nya sbb smsa pslh d thn.pslh x d cek air kncg..dhtu trs d lokap 60hr...mse 60 hr..pslh byk d srh tnda tngn srt tp d blh d tgk apa yg tertulis d srt itu...mcm mne erk?

      Delete
  35. Salam anonymous,

    Maaf lambat respons. Soalan puan agak kurang jelas, mungkin boleh email saya di imazaffira@gmail.com untuk lebih detail. Biasanya hukuman akan berjalan dari tarikh hukuman melainkan mahkamah mengarahkannya bermula dari tarikh tangkapan dibuat.

    ReplyDelete
  36. salam..sy nak tnye..baru2 ni..adik sy dipergkap oleh kwn2 beliau ketika.beliau lepak bersama dlm rumah kwn adik sy..ketika beliau tgh lepak bersama kwn..polis ada buat serbuan..tp kwn2 adik sy sempat melarikan dri..dan.adik sy xtahu ape2..tp ditgkp sb dlm bilik tersebut didpti ada pil kuda bwh bantal..adik sy dibawa kebalai dan dipaksa utk mngaku bersalah. dan pihak polis telah membuat satu laporan palsu mengatakan pil kuda itu dr dlm poket seluar adik sy..dan positif urine..pdahal urine adik sy adalah negatif..skrg adik sy dh dijamin sbnyk 4k dan menunggu tarikh perbicaraan 22julai nanti..pertanyaan sy..apakah yg perlu sy lakukan utk menang kes sb adik sy xbersalah..hrp blh bntu sy..tm ksh..

    ReplyDelete
  37. Salam Puan Aien Damia,

    Apa yang berlaku pada adik puan biasa berlaku. Mungkin puan boleh hubungi saya di email saya imazaffira@gmail.com untuk saya berhubung terus dengan puan untuk membantu memberikan nasihat sewajarnya. Agak panjang jika saya hendak jawab di sini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  38. salam. sekiranya seorang okt telah dilepaskan dan dibebaskan dpd dua pertuduhan berkaitan dadah. tetapi Peg Pendakwaraya telah membuat rayuan ke mahkamah tinggi untuk kes ini. soalan saya, berapa lama kah proses yg akan berjalan di mahkamah tinggi? apakah perkara seterusnya yg akan berlaku di mahkamah tinggi? adakah proses perbicaraan semula akan dilaksanakan? terima kasih bebanyak ye.

    ReplyDelete
  39. Salam...

    Situasi:suami dtangkp bersama kwn2 d rumah.djumpai dadah jns heroin sebYk 8pkt(rm50).skrg dpnjara sg bulh mentara tgu laporan kimia(26.7.2013).suami tdk mgaku besalh.3dr kwn nye tdk mgaku.seorg dr tu yg nk mgaku.tp brg tu mmg kepunyaan kwn die.suami ade mmpunyai rekod psl ddh,awl thn ini.tp da bya denda.

    Soalan:adakh suami sy akan dtudh bersama.jika d dapati beslh ape hukumn.blh rayuan ke.klau sorg tu yg mgaku bgaimn dgn suami sy.dr kes ni adekah peluang tuk suami sy.

    ReplyDelete
  40. Slm...reply email sy ye...frontispiece_gurlz@yahoo.com

    ReplyDelete
  41. Slm...reply email sy ye...frontispiece_gurlz@yahoo.com

    ReplyDelete
  42. Slm...reply email sy ye..frontispiece_gurlz@yahoo.com

    ReplyDelete
  43. Salam Anonymous June 21,

    Biasanya tempoh menungu ke rayuan di Mahkamah Tinggi akan memakan masa 3 ke 6 bulan kerana alasan penghakiman dan rekod rayuan perlu disiapkan. Peringkat mahkamah tinggi adalah perbicaraan semula di mana kemungkinan keputusan mahkamah rendah kekal atau boleh diubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. o ok. trime kasih bebanyak. cume sy tidak jelas dgn peringkat mhkmh tgi adalah perbicaraan semula? maksudnya proses perbicaraan sama seperti proses perbicaraan di mahkmh majistret? sebutan akhir di mahkamah tgi merujuk kpd sebutan semula kes utk bicara atau terima alsan penghakiman? tq bebanyak. segala budi baik tuan sgt dihargai krn menjwb pertanyaan sy. tq10000x.

      Delete
    2. Salam Zul Man,

      Maksud perbicaraan semula di mahkamah tinggi bukanlah saksi akan dipanggil. Tidak ada keterangan baru juga boleh dikemukakan. Maksud sebenar adalah Mahkamah Tinggi perlu meneliti kesemua keterangan semula dan tidak bergantung pada alasan majistret atau hakim sesyen yang mendengar bicara di mahkamah rendah sahaja. Sekian.

      Delete
  44. Salam Anonymous June 29,

    Biasa berlaku dalam kes dadah semua yang ada dalam rumah akan dituduh dahulu sementara menunggu laporan kimia. Kebiasaannya juga kesemua akan kekal dengan samada pertuduhan asal atau pertuduhan pindaan yang lebih ringan jika berat bersih turun.

    Selalunya, representasi atau rayuan dari peguam diperlukan untuk dihantar kepada pihak pendakwaraya agar pertuduhan ke atas suami puan digugurkan. Untuk maklumat lanjut puan boleh email saya di imazaffira@gmail.com TQ

    ReplyDelete
  45. Salam Aein Poyo,

    Saya tak menerima apa-apa email yang agak terkini dari puan, mungkin masuk ke spam. Boleh puan resend kepada saya terima kasih.

    ReplyDelete
  46. Salam Anonymous July 24

    saya ingin bertnya bbrapa solan

    1) 12(2) brpa ikat jamin kategori heroin
    2) Berpa kuantiti heroin bru dijadikan 39(a) jika 4g belum dtolak kimia adakah ia 39(a)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mas,

      1) biasanya ikat jamin untuk seksyen 12(2) adalah sekitar 1500 ke 3000 kerana merupakan kes mahkamah majistret.

      2) untuk heroin, berat bagi seksyen 39a(2) ialah melebih 5 gram manakala 39a(1) antara 2 ke 5 gram

      Delete
  47. hi there,

    I've been charged under section 6 with the weight of 18g of ganja and another section 15 (1). I was detained with 2 others a urine sample was taken but the police asked me to throw it away after putting a paper strip. and the drugs was not in my possession during the police arrested me. I am British citizen and during I was detained I was not allowed to contact my embassy. question is can I be free from these charges?

    many thanks
    ac

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anonymous,

      Normally under any criminal charge, there will always be at least 2 options available; one is to plea guilty which entails punishment up to 20k fine or jail up to 5 years.

      Secondly, is to claim trial and fight the preferred charge against you. The best option varies between cases and depends on its own peculiar facts and circumstances. Do email me at imazaffira@gmail.com should you need further assistance. TQ.

      Delete
  48. salam.
    saya tak berapa pasti seksyen yg jatuhkan pada saya, kemungkinan Seksyen 15 (1).
    saya telah d tahan d dlm satu operasi d sebuah pusat hiburan.
    d mana semua kad pengenalan pengunjung telah d ambil. dan saya adalah salah seorang yang d bawa oleh polis secara rambang ke IPD untuk d ambil ujian air kencing.
    dalam ujian air kencing yang dilakukan, air kencing saya didapati mengandungi kandungan Ais. saya d tahan sehingga esoknya d bebaskan dengan seorang penjamin (jamin mulut)
    dalam surat dari pihak polis menyuruh saya untuk datang semula ke IPD pada tarikh yang telah d tetapkan untuk membawa saya ke makamah.
    d dalam surat tersebut ada tercatat jumlah RM.2000 sekiranya saya tidak menghadirkan diri seperti tarikh yang d minta.
    soalan saya bolehkan saya cuma membayar RM.2000 tersebut tanpa pergi ke makamah,
    harap pihak tuan dapat memberikan panduan dan jalan yang terbaik buat saya. terima kasih.

    ReplyDelete
  49. salam.
    saya d kenakan seksyen 12 (1)
    apakah saranan yang perlu saya buat tanpa menghadiri kes ini d makamah.
    bolehkan saya cuma membayar denda seperti yg tertulis dlm surat jaminan RM.2000 sekiranya saya tidak dapat menghadirkan diri ke IPD pada tarikh yang d tetapkan untuk d bawa ke mahkamah.
    t.kasih

    ReplyDelete
  50. Salam Encik Zul Jamal,

    Maaf kerana lambat respons kerana agak lama cuti raya. Menurut cerita ringkas encik, nampaknya encik belum dituduh lagi di mahkamah dan dibebaskan dengan jaminan mulut sahaja oleh pihak polis.

    Jaminan mulut ini bukanlah sama dengan denda jika encik dituduh di mahkamah kelak. Nasihat saya adalah pada tarikh yg dinyatakan dalam surat jaminan tersebut, hadirlah ke mahkamah untuk menjawab pertuduhan.

    Barulah encik akan dijamin oleh mahkamah pula (kali ini wang kena didepositkan ke mahkamah) dan sekiranya mengaku salah, boleh dikenakan denda. Cuma tidak semua kes sesuai untuk mengaku salah kerana ada kesan buruknya juga. Setiap kes ada penyelesaiannya yang tersendiri.

    Saya harap boleh membantu setakat ini. Encik boleh email saya di imazaffira@gmail.co jika masih perlu bantuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  51. Hi,
    Kesalahan dibawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya bagaimana pulak risikonya?

    Paling tinggi & paling rendah?

    Apa yang situduh patut buat?

    Sila bantu. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  52. Hi anonymous,

    Kesalahan di bawah Seksyen 12(3) ADB membawa hukuman denda tidak melebihi 100 ribu atau penjara tak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

    Kebiasaannya jika pesalah pertama, hukuman denda akan dijatuhkan. Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada keadaan setiap kes dan faktor peringanan hukuman yang ada pada setiap tertuduh. TQ.

    ReplyDelete
  53. slm..minta check email

    ReplyDelete
  54. Salam sy seorang isteri yang baru berkahwin pada 14/4/13.Malang nasib saya pd 07/6/13 suami sy tertuduh ketika pergi ke rumah kwn utk repair kereta.kebetulan pagi itu die bersarapan dulu dlm rumah kwn.mereka bertiga.Tibe2 polis buat serbuan dan jumpa dadah di rumah kwnnye.Kwnnye mengaku dadah itu milik die tapi polis tetap tahan dan buat pertuduhan 39b(heroin 434gm dan ganja 348gm)dan sekarang suami ditahan di sg buloh sehingga kini laporan kimia blm keluar dan dianggarkn keluar pd 23/9 ini.Minta pendapat yg lebih arif utk fahamkan sy apakah pertuduhan akan diturunkan?Masalah sekarang kawan yg mengaku tu dah tak nak mengaku mungkin dah rasa perit di penjara.saya dah psg peguam.dan peguam kata makan masa tetapi klu kwnnye sedia mengaku senang.saya nak fight kes.,.masalah dlm3 org tu..kwn die tak ada lawyer..apekah senang untuk saya menang kes ini..dan agak2 brapa lama peruntukann masa

    ReplyDelete
  55. 1) 12(2) brpa ikat jamin kategori syabu
    2) Berpa kuantiti syabu bru dijadikan 39(a) jika 11g belum dtolak kimia adakah ia 39(a).

    ReplyDelete
  56. 1) 12(2) brpa ikat jamin kategori syabu
    2) Berpa kuantiti syabu bru dijadikan 39(a) jika 12g belum dtolak kimia adakah ia 39(a)...

    ReplyDelete
  57. Salam saya ingin bertanya, bolehkah saya terus email untuk penjelasan berkaitan kes suami saya...saya xtau nak buat apa

    ReplyDelete
  58. salam..saya nak tanye..

    ReplyDelete
  59. apakah hukuman yg selalu di berikan kepada pesalah 12(3) bagi kesalahan pertama.. jika denda,dalam berapa linkungan nya? ditangkap memiliki 2biji pil disyaki estacy 2.50g..didalam poket seluar.dan positif amphetamin.. harap makmulan..terima kasih

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum..apakah hukuman yg selalu dberikan bagi pertuduhan 12(3)? bagi kesalahan pertama.jika denda berapakah lingkungan nye yg selalu d berikan?
    ditangkap memiliki 2biji pil disyaki estacy seberat 2.50g.didalam poket seluar dan positif amphetamine..untuk makluman. tqvm

    ReplyDelete
  61. Salam semua,

    Maaf sedikit lambat utk reply. Mohon saudara/saudari terus email saya di imazaffira@gmail.com untuk jawapan yang lebih cepat. Insyaallah saya cuba menjawab setiap persoalan dengan segera. Terima kasih semua.

    ReplyDelete
  62. maaf ye sy 1st time jmpe link ni. mitigasi kes seksyen 39b xde ke..

    ReplyDelete
  63. Saudara doubled,

    Tidak ada mitigasi untuk kes seksyen 39b kerana hukumannya hanya satu iaitu gantung sampai mati. Walaupun ada sesetengah peguam turut membuat rayuan mitigasi di mahkamah tinggi.

    ReplyDelete
  64. Salam.. Apakah hukuman terhadap pesalah memiliki syabu seberat 0.4gram? Adakah boleh dibebaskan dengan bayaran denda. Kesalahan adalah yang pertama kali.

    ReplyDelete
  65. Assalammualaikum w.b.t izinkan sy brtanya..shabat sy dia tlh dtngkap smasa sdang mghsap syabu dan bsmanya trdpt juga dadah jnis syabu dlm lngkungn 0.6gram..bolehkah sy nak menjamin shabat sy e2??please rply scpat mgkn kat my gmail akaun.. abdyazidhalim@gmail.com
    trma ksh..

    ReplyDelete
  66. Assalammualaikum w.b.t
    Kawan saya telah ditangkap semasa dia sedang menghisap syabu dan bersamanya waktu tangkapan itu terdapat dalam 0.6gram syabu..bolehkah saya menjamin kawan saya itu dan berapakah yang saya perlukan untuk menjaminnya??kawan saya adalah seorang anak yatim piatu..bolehkah tuan membalas pertanyaan saya ini secepat mungkin di akaun gmail saya..
    abdyazidhalim@gmail.com
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  67. Sy ingin bertanya tunang saya telah ditangkap bawah akta 39b adb dan masih menunggu laporan kimia, soalan sy disini ialah ketika tangkapan dibuat tiada barang berada di badannya dan polis menjumpai dadah agak jauh jarak dalam 2 rumah kampung apakah kemungkinan untuk menang jika tidak mengaku bersalah? saya masih dalam proses mencari peguam dan ingin dapatkan pendapat anda terlebih dahulu...harap dapat reply secepat mgkin kerana akan ke makhmah bulan 11 ini..

    ReplyDelete
  68. Salam anonymous oct 12,

    Peruntukan bagi kesalahan memiliki syabu (atau nama saitifiknya meth) adalah di bawah Seksyen 12 (2) ADB. Walaupun ia memperuntukkan penjara sehingga 5 tahun, kebiasaannya hukuman berbentuk denda sahaja diberikan oleh mahkamah, bergantung kepada faktor mitigasi masing2.

    ReplyDelete
  69. Salam Abdul Yazid,

    Kemunginan sahabat saudara dituduh atas kesalahan memiliki dan/atau memasukkan dadah ke dalam tubuh. Kedua-dua seksyen ini boleh dijamin dan biasanya jumlah jaminan tidak melebih 5k di mahkamah majistret.

    ReplyDelete
  70. Salam kacies88,

    Setiap kes mempunyai fktanya yang sendiri yang unik. Agak sukar untuk menasihati samada kes itu boleh menang atau tidak melainkan setelah keseluruhan fakta diperolehi dari tertuduh dan juga dari pihak pendakwaan. Apabila ditimbang kedua-dua belah pihak barulah kita boleh tentukan kebolehmenangan kes itu.

    Saudari boleh email saya di imazaffira@gmail.com jika ada pertanyaan lanjut TQ.

    ReplyDelete
  71. Salam sy ingin brtanya..tunang sy telah ditahan bwh akta 39b ketika dia berkunjung ke rumah kwn nya..ketika serbuan tunang sy tak tahu manahu psl dadah tersebut dan ujian urine juga negatif..tunang sy percaya dia telah dperangkap..skrg dia msih dlm tahanan reman..sy buntu xtau nk bt apa dan minta pendapat anda...

    ReplyDelete
  72. Salam Mong Frenemies Mong,

    Sila email saya di imazaffira@gmail.com utk lebih mudah berinteraksi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  73. .salam saya nak tanya tunang saya ditangkp krne dadah jenis ganja.saya da ikat jamin 3k.nak tanya nti naik makamah kimia akan terus keluar ke?and apa yang ptut buat semasa dimakamh nti?kena ngaku ke?klau ngaku adakah hkuman nye cume byr denda sahaja?

    ReplyDelete
  74. Salam anonymous 6 Dec,

    Boleh email saya di imazaffira@gmail.com untuk lebih mudah berinteraksi terima kasih.

    ReplyDelete
  75. Abang saya ditahan dibawah 39b kerana mengedar 145g dadah. 3 org ditangkap. Abang saya mengaku bila ditang yg 2 org kawan x mengaku. Jika dia tidak mengaku di makhamah tinggi apa yg akan berlaku? Dia tiada lawyer.

    ReplyDelete
  76. Nk tya tuan dadah jenis heroin selalunya selepas ujian kimia,brp peratus berat yg akan hilang..sebagai contoh,heroin berat 5.9g..terima kasih

    ReplyDelete
  77. Salam anonymous feb 16,

    Bagi pertuduhan kes 39B, laporan kimia perlu untuk mengesahkan samada kes kekal seksyen 39B atau tirun ke pertuduhan yang lebih ringan. hak untuk mengaku atau tidak di mahkamah adalah pilihan yang tertuduh sendiri.

    ReplyDelete
  78. Assalam anonymous feb 18,

    Tiada formula tepat berapa peratus penurunan berat dadah dari berat kasar ke berat bersih sebanr. Namun kebiasaannya bagi dadah jenis serbuk seperti heroin memang berat akan turun dengan kadar yg banyak.

    ReplyDelete
  79. Salam.. sy ingin bertanya adik sy d thn kerana memiliki 213 gm heroin. skrg ni dia msh tggu kptsn kimia, d jangka bicara akhir 26/3 & kptsn kimia akn dpt.. dia didakwa d bwh seksyen 39b.. Adakah kemungkinn berat akn turun dan apkh hukuman yg akn d kenakan.. baru2 ni adik sy mengatakn polis tdk ada bukti dadah itu milik dia dan saksi.. mohon penjelasan utk kami... T.kasih

    ReplyDelete
  80. Kesalahan seksyen 39a1 dadah jenis syabu berat 5g. Dadah dijumpai dalam rumah dan semua dlm rumah tersebut di tahan reman. Brapa kos lowyer n jamin.?

    ReplyDelete
  81. Assalam anonymous march 7,

    Kebiasaannya bagi kes melibatkan dadah jenis serbuk, berat akan turun dengan kadar yang signifikan. Cuma ke takat mana ia akan turun perlulah laporan kimia mengesahkan berat bersihnya. Hukuman yang menyusul dilihat pada seksyen mana yang akan turun tersebut. Samada untuk lawan kes atau sebagainya, jika benar versi adik saudara begitu, kemungkinan untuk mencabar kes pendakwaan itu tetap ada. Terima kasih.

    ReplyDelete
  82. Assalam encik dauh,

    Encik boleh email saya di imazaffira@gmail.com terima kasih.

    ReplyDelete
  83. asalamualaikum...saya ingin bertanya adakah sekiranya okt mengaku salah terhadap pertuduhan seksen 39a 1 tidak di benarkan denda hanya jatuh hukum penjara semata mata,..terima kasih

    ReplyDelete
  84. Wsalam wncik Dino,

    Peruntukan Seksyen 39A(1) memang hukumannya penjara 2 hingga 5 tahun dan sebatan mandatori 3 hingga 9. Hukuman ini adalah wajib dan tidak boleh digantikan dengan hukuman denda. Terima kasih.

    ReplyDelete
  85. Akum,blh sya tahu skiranya denda bgi kes 12(2) 1500-3000 blh x mtk di ringan kn?brape hakim blh trn kn denda .

    ReplyDelete
  86. Salam. Encik Ariff Azami, sy ada email encik.

    ReplyDelete
  87. salam. sy nk tye ape hkuman jika ptme kli dtgkp positif ganja? tp tiada gnja brada bsma dia. ada yg kate slps 4hari akn dlpskn .betul ke?

    ReplyDelete
  88. salam tuan, saya ada e-mel tuan untuk bertanyakan kes suami saya. mohon disemak inboxnya ya. terima kasih

    ReplyDelete
  89. salam tuan loyar bejurus..sy nak tanya apakah hukuman bagi kesalahan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badan dan memiliki 0.1 gram syabu..trime kasih..

    ReplyDelete
  90. Assalammualaikum,sy ingin brtanya..abg sy telah ditangkap bersama seorang wanita.dadah jenis heroin dijumpai dalam beg abg sy seberat 270gram.tetapi polis melepaskan wanita tersebut tanpa didakwa bersama..adakah abg sy kena jawab seorang?klu kimia sampai,bolehkah abg sy di sabit 39a(1)..?

    ReplyDelete
  91. Assalam anonymous May 5,

    Hukuman denda bagi kes seksyen 12(2) memang kebiasaannya denda sahaja bagi kesalahan pertama. Tapi range hukuman tidak sama bagi setiap mahkamah. Adalah menjadi tugas peguam dan tertuduh sendiri memebrikan faktor mitigasi yg kukuh untuk meringankan jumlah.

    ReplyDelete
  92. Assalam Puan Scha dan Azimah,

    Saya rasa email puan sudah saya reply. Terima kasih.

    ReplyDelete
  93. Assalam anonymous May 7,

    Bagi yg positif apa-apa dadah, akan dituduh di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya. Hukumannya ialahdenda tak lebih 2k atau penjara tak lebih 2 tahun.

    ReplyDelete
  94. Assalam saudara Bront,

    Hukuman jika sabit kes memasukkan dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya, hukumannya ialah denda tak lebih 2k atau penjara tak lebih 2 tahun. Manakala bagi kesalahan memiliki syabu di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama, hukumannya denda tak lebih 100k atau penjara tak lebih 5 tahun.

    ReplyDelete
  95. Assalam anonynymous 29 May,

    Adalah biasa org yang ditangkap bersama saspek dibebaskan sebagai saksi. Apatah lagi fakta dalam kes ini, barang dijumpai di dalam beg abang saudara, bukannya di tempat yg common.

    Kebiasaannya bagi dadah jenis serbuk memang akan turun. Cuma samada masih kekal 39B atau turun ke sksyen yang lebih ringan sahaja bergantung kepada kandungan dadah.

    ReplyDelete
  96. assalam en,suami sy telh dituduh di bawah akta 12(2), 39a(2)
    akan dibiacarakan pd 7.7.2014 ini
    soalannya, benarkn d hari perbicaraan nt suami sy akn dibenarkan untuk ikat jamin? mohon pencerahan dr pihak en.

    ReplyDelete
  97. Assalamkm,
    Saya ingin buat prtanyaan,Saya ditangkap memiliki ubat batuk dibawah seksyen 12(2)...Saya diikat jamin sebanyak RM6000,dan telah hadir ke Mahkamah untk perbicaraan sebnyak 4kali kerana keputusan kimia belum diperolehi.Pada kali ke empat,Mejistret membuat keputusan membebaskn saya dan kes digugurkan,manakala wang jaminan RM6000 dikembalikan......Tetapi setelah 2minggu,IO saya menghubungi saya untk hadir di IPD dan memberitahu saya belum dilepaskn dan perbicaraan kes ini akan diteruskan kerana keputusan kimia baru diperolehi dan menunjukan bahan bukti ada dengan beliau (IO)dan saya diberi tempoh 2 bulan untk hadir perbicaraan tampa diberi surat hanya lisan....PERTANYAAN saya, adakah perbicaraan ini boleh diteruskan.TQ

    ReplyDelete
  98. Salam, saya nak tanya jika sesorg tu dikenakan tuduhan 15/1 tetapi beliau tidak memiliki apa2 dadah. Pihak berkuasa tidak mengeledah rumah..beliau diikat jamin rm2500..dan akan dibicara..Adakah denda melebihi dari diikat jamin? Apakah pihak mahkamah akan bicarakan pesalah mengaku bersalah.

    ReplyDelete
  99. Mohon perjelaskan, sahabat ditahan dibawah seksyen 12(2) bersama lagi 2 rakannya, masih dalam reman, ujian saringan air kencing beliau negatif ttp 2 lg rakannya positif, bolehkah beliau diikat jamin? dan berapa kos ikat jamin? dan apakah maksud jamin mulut? setahu saya beliau tidak bersalah dan tidak pernah terlibat dgn dadah. beliau hanya mengunjungi rumah rakannya dan sejurus itu rumah itu diserbu polis dan ditahan. Adakah beliau tetap bersalah dan dikenakan hukuman. Mohon maklumbalas di email saya segera: fairulpayun@gmail.com terimakasih saudara....

    ReplyDelete
  100. Syeksyen 39a1/ berkait 12/2. Boleh ambil lawyer tak utk bt rayuan denda... pls

    ReplyDelete
  101. Salam. Adakah semua kes yg boleh diikat jamin... juga boleh dibayarkan denda...
    Misalnya 39a1... jamin 10k. Adakah jika akun salah akan diizinkan bayar denda ..... mohon pencerahan yg ariff...

    ReplyDelete
  102. kepada tuan peguam dihormati, saya inin bertanya kawan saya telah dihukum penjara 2 kali erana tiada penjamin ketika dibicara atas kesalahan memiliki syabu. skrg dia telah ditangkap meniliki syabu 0.5g. tidak pasti jika dicaj utk positif air kencing. soalan sy, 1. bolehkah dia diikat jamin dan boleh dilepaskan dgn denda shj, walaupun bkn kali pertama?2. berapakah mgkn ikat jamin dan denda yg akan dikenakan?3. mgknkah dia akan dipenjarakan lagi?
    terima kasih.

    ReplyDelete
  103. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya, sekiranya sebutan kes bagi OKT adalah 39B kerana memiliki heroin berjumlah 25gm. Bolehkah nilai tersebut turun kepada 10 atau lebih rendah selepas ujian kimia dibuat.

    ReplyDelete
  104. Cik arif saya nak tanya berkenaan kes yg.sedang dihadapi saya ni kes 39A1ganja seberat 33 gram ditemui dlm poket seluar dan saya mendapatkan khidmat biro guaman dan tak mengaku atas kesalahan adakah tiada peluang untok menang kes ini

    ReplyDelete
  105. salam sy nk tnye jika seseorg dithn dlm rumh bsme rkn2 lain dan tdpt syabu,yg mne kes nye jtuh pd seksyen39b dan 1 dr yg dtngkp hnye tmn kn rkn tp positif dadah adakah dia blh lps dr ptduhn?dan jika dia disabitkn subahat apakah hukumannye

    ReplyDelete
  106. assalammualaikum. nk bertanya apakah hukuman keatas kesalahan dibawh seksyen 39A[1] ADB 1952 .memiliki 25gram dadah jenis syabu

    ReplyDelete
  107. Waalaikumsalam anonymous july 1,

    Maaf kerana lewat membalas soalan puan. Jaminan tidak dibenarkan oleh undang-undang bagi kes seksyen 39A(2). Terima kasih.

    ReplyDelete
  108. Waalaikumsalam anonymous August 1,

    Maaf kerana lewat menjawab soalan. Pembebasan saudara daripada pertuduhan oleh Majistret hanya berstatus DNAA (lepas tanpa bebas). Ini bermakna memang saudara boleh dituduh kembali kerana kes belum ada pengakhirannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  109. Walaikumsalam anonymous August 16,

    Maaf kerana lewat menjawab soalan. Hukuman denda maksimum di bawah seksyen 15(1) adalah RM 5,000. Biasanya rayuan boleh dibuat agar jumlah denda bersamaan atau tidak lebih daripada jumlah jaminan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  110. Waalaikumsalam Fairul Ramli,

    Biasanya jika ujian saringan awal di balai menunjukkan keputusan negatif, maka pihak polis akan melepaskan saspek daripada tahanan reman. Samada lepas terus atau dengan jamin mulut (jamin di balai) yang biasanya tidak melibatkan apa-apa deposit wang. Terima kasih.

    ReplyDelete
  111. Waalaikumsalam Hawa,

    Bagi Seksyen 39A(1) tidak ada peruntukan denda. Hanya ada hukuman penjara antara 2 ke 5 tahun dan sebatan mandataori antara 3 ke 9 sebatan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nak Tanya kalau Kita Tak menagku Salah Dan lagi tiada buktinya yang tu barang saya so boleh Tak saya bicarakan dapat bebas atau bayar denda

      Delete
  112. Anonymous 31 August,

    Maaf kerana lewat menjawab soalan. Setiap kes dinilai secara berasingan. Dalam aspek jaminan Mahkamah akan melihat kepada seksyen yang dipertuduhkan. Walaubagaimanapun, bagi tujuan jatuh hukum, hukuman lampau iaitu 2 tahun tersebut memang akan menjadi salah satu faktor untuk pemberatan hukuman. Terima kasih.

    ReplyDelete
  113. Waalaikumsalam anonymous September 2,

    Kebiasaannya memang dadah jenis serbuk seperti heroin akan turun secara signifikan. Namun sukar untuk menentukan banyak mana yang akan turun itu. Apatah lagi 15 gram adalah berat minimum untuk seksyen 39B. Jadi kemungkinan pertuduhan masih kekal di seksyen 39B memang tinggi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  114. Waalaikumsalam nonymous september 27,

    Salah satu pilihan dalam membela diri adalah mendapatkan khidmat peguam dari biro bantuan guaman atau yayasan bantuan guaman kebangsaan (YBGK). Saya tidak terlibat dengan kedua-duanya. Biasanya peguam-peguam tersebut adalah peguam muda yang memerlukan latihan dan pengalaman. Namun, kadang-kadang terdapat juga peguam berpengalaman yang megambil kes welfare ini. yang mustahak, bincang dengan terperinci kes saudara dengan peguam dan pastikan beliau mampu memberikan khidmat terbaik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  115. Waalaikumsalam Nurul Aneeqa,

    Kes mengedar dan kes memasukkan dadah ke dalam tubuh (urine positif) ada 2 pertuduhan yang berbeza. Pertuduhan kes mengedar mungkin mengambilkira faktor proximity saspek dengan dadah semasa serbuan.

    Untuk memastikan boleh lepas atau tidak, bergantung kepada fakta kes dan kecekapan peguam. Dalam kes dadah, tiada pertuduhan bersubahat. Yang ada hanya pertuduhan dengan niat bersama yang mana hukumannya adalah sama bagi kesemua saspek. Terima kasih.

    ReplyDelete
  116. Waalaikumsalam Dakzul,

    Hukumannya adalah penjara antara 2 ke 5 tahun dan sebatan mandatori antara 3 ke 9 sebatan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  117. Assalamualaikum

    Apakah ada cadangan atau jalan lain utk menggugurkan hukuman penjara 5 tahun dan sekali sebatan dlm kea 3kali positif dadah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam anonymous,

      Agak kurang jelas soalan. Pertuduhan apakah yang dikenakan? Apapun, biasanya rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi boleh dibuat.

      Delete
  118. assalamualaikum...

    waris saya dan 4 orang rakannya ditangkap.. dan hanya waris dan 2 orang lagi rakanya sahaja yang dituduh dibawah seksyen 39a (1) dan dibaca dibersama seksyen 34.. manakala 2 orang rakannya dibebaskan.. dan apabila bicara di makhkamah majistrek waris saya dan 2 orang rakan telah dilepaskan dan dibebaskan.. dan pihak pendakwaan membuka fail rayuan..
    soalan saya..

    kenapakan pihak pendakwaan mengemukakan fail rayuan?? adakan waris saya akan dibicarakan kembali??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam budak pening,

      Hak untuk merayu ke mahkamah tinggi diberikan kepada mana-mana pihak yang kalah atau tak berpuas hati dengan keputusan di mahkamah majistret. Dalam kes ini, pihak pendakwa yang tidak puas hati dan merayu ke mahkamah tinggi.

      Cuma, perbicaraan di mahkamah tinggi tidak melibatkan saksi dipanggil semula. Memang akan bicara semula cuma melibatkan hujahan pihak2 sahaja.

      Delete
  119. Salam! Tuan, adik sy telah disabitkan dgn 15(1), dan ketika dipnggil membaca pertuduhan, beliau tidak mengaku bersalah! Utk makluman tuan, adik sy adalah anggota polis, dan ketika tangkapan, beliau bersama dgn 3 anggota lain pergi ke rumah kwn (org awam) kepada salah anggota itu, dan ketika ditangkap, mereka berempat dan 2 org awam telah disabitkan utk akta yg sama! so, ketika pertuduhan, adakah hanya mereka anggota polis shj hadir ke mahkamah sedangkan dua org awam itu tidak hadir? dan adik sy tidak mengaku bersalah, dan meminta utk hadir pd sebutan kes, dan pd skrang ni beliau nak pasang lowyer! apakah chances utk menang kes ini tinggi? dan jika disabitkan kesalahan, adakah beliau akan dipecat dr polis atau bergantung pd budi bicara majistret?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ayeesya,

      Daripada cerita saudari nampaknya daripada 4 yang ditahan itu, hanya 2 sahaja yang ujian saringan urinenya positif. Sebab itulah hanya 2 sahaja yang dipertuduhkan.

      Bagi pertuduhan seksyen 15(1), biasanya bagi orang awam tiada masalah untuk mengaku kerana tidak melibatkan pekerjaan dan hukuman biasanya denda sahaja.

      Namun bagi penjawat awam seperti polis, jika jawatan hendak diselamatkan, pilihan yang ada adalah samada membuat surat representasi agar kes digugurkan, merayu kepada majistret agar hukuman hanya berbentuk bon berkelakuan baik tanpa sabitan ataupun untuk minta bicara.

      Persoalan samada dipecat atau tidak bukan kuasa mahkamah, sebaliknya tertakluk kepada pihak atasan dalam perkhidmatan berdasarkan pekeliling perkhidmatan. Cuma, sebarang sabitan yang melibatkan penjara walau sehari akan menyebabkan dibuang kerja. Terima kasih.

      Delete
  120. Assalam Tuan..

    Boleh tak huraikan mengenai tangkapan dan proses tangkapan .
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam kayyoi,

      Soalan saudara agak umum, boleh perincikan sedikit untuk mudah saya menjawab. Terima kasih.

      Delete
  121. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Boleh perincikan jenis dadah dan berapa berat bersih? Agar saya tahun di bawah seksyen yang mana. Terima kasih.

      Delete
  122. kes 15(3) dah jatuh hukum..sekarang duit jaminan mahkama nak ambil balik,,tapi resit pembayaran hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mengambil kembali duit jamin, jika resit pembayaran hilang, biasanya penjamin perlu hadir dengan saksi dan bawa IC memadai.

      Delete
  123. salam sejahtera
    saya nak confirm saalah seorang kawan saya kena tangkap atas tuduhan memiliki dadah 800gm di stor rumah beliau tapi kotak yang berisi dadah tersebut bukan milik beliau kerana ada ramai kawan2 yang berlepak kat situ...tapi disebabkan pemilik rumah adalah kawan saya beliau telah ditangkap di bawah seksyen 39b
    selepas beberapa bulan kami dapat kenalpasti kawan yang letak barang tersebut dimana beliau dengan mulutnya sendiri terkeluar cakap
    adakah cara lain untuk menyelamatkan kawan saya. ini kes pertama pada kawan saya dan umur 38 plz help me to save him

    ReplyDelete
  124. Salam sejahtera anonymous,

    Untuk membuktikan kes 39B memang pendakwa perlu membuktikan pemilikan dadah itu hanya eksklusif kepada tertuduh sahaja dan tiada orang lain yang ada akses kepadanya. Saudara boleh email saya di imazaffira@gmail.com untuk berbincang lebih lanjut. Terima kasih.

    ReplyDelete
  125. Saya nak tanya... macam mana kalau kawan sata pernah jual dan sudah insaf..tapi ada pihak yang menggunakan nama dia bila di tahan polis.. dan sekarang dia ditahan 2 bulan untuk di siasat.. dan mungkin selepas 2 bulan akan di jatuhi hukuma penjara@di buang daerah @kedua2 nya..tidak ada cara lain meringan kan hukuman 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas soalan. Maaf kerana lambat reply.

      Adakah kawan saudari ditahan di bawah POCA selama 2 bulan iaitu undang-undang berbentuk pencegahan? Kerana tempoh reman hanya sehingga 2 minggu sahaja.

      Apakah pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau? Terima kasih.

      Delete
  126. Saya nak tanya... macam mana kalau kawan sata pernah jual dan sudah insaf..tapi ada pihak yang menggunakan nama dia bila di tahan polis.. dan sekarang dia ditahan 2 bulan untuk di siasat.. dan mungkin selepas 2 bulan akan di jatuhi hukuma penjara@di buang daerah @kedua2 nya..tidak ada cara lain meringan kan hukuman 2

    ReplyDelete
  127. Assalamualaikum tuan..harap segera balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh email saya di imazaffira@gmail.com utk lebih mudah. Terima kasih.

      Delete
  128. Salam tuan... saya penjawat awam baru kena urin test dan result hospital urin tersebut positif ganja... apa pandangan tuan sekiranya saya tak mengaku pada mahkamah dan mohon dibicarakan... apakah peratus kes yg sama mcm saya sebelum ni senang menang dan diterima kerja kembali.. dan adakah result urin saya itu akan dibawa ke jab kimia atau guna result hospital sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Untuk kes Seksyen 15(1) ujian saringan awal hanya untuk menuduh sahaja. Apabila dituduh, laporan dari jabatan kimia yang mengesahkan kandungan urine yang diterima mahkamah.

      Memang untuk mengaku mudah kerana kes ini biasanya hukuman berbentuk denda sahaja tak lebih RM 5k.

      Namun, sebagai penjawat awam, hendaklah memikirkan karier juga kerana jika dipenjara walau sehari boleh dibuang kerja. Walaubagaimanapun, budi bicara ketua jabatan juga besar.

      Terima kasih.

      Delete
  129. Assalamualaikum w.b.t
    Tuan,
    Sy adalah seorang pengguna dadah jenis ganja. Pada November 2013, sy ditahan 3 orang polis di kedai sewa sy, sy memberi kerjasama pada pihak polis dgn mengaku menggunakan ganja dan memberikan hampas ganja (ganja + rokok yg telah dibakar) dimana ianya telah juga dicampur dengan rokok seberat 0.85 gram kesemuanya. Urin sy diambil oleh polis di Pejabat IPK namun tidak dicelupkan strip didepan mata saya. Sy tdk pasti sama ada positif/negatif. Sy direman 5 hari dan dituduh dibawah seksyen 6 dan seksyen 15(a). Apakah hukuman yg bakal dijatuhkan keatas saya? Layak atau tidak utk sy membela diri?
    Sekian, terima kasih
    AA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Maaf lambat reply soalan ini. Setiap orang ada hak untuk membela diri. Walaupun begitu, faktor kekuatan kes dan apakah pilihan terbaik menentukan samada kita mengaku atau minta bicara.

      Hukuman di bawah seksyen 15(1) adalah denda sehingga RM5k atau penjara sehingga 2 tahun. Manakala bagi seksyen 6 pula denda sehingga RM20k atau penjara sehingga 5 tahun.

      Terima kasih.

      Delete
  130. Assalam tuan...saya nk tanya kalau suami ditangkap kerana penyalahgunaan dadah dan dibenarkan ikat jamin..sementara mennggu keputusan urine keluar..adakah kita blh buat rayuan pada pihak AADK untuk bebaskan suami dgn pengawasan polis...dan bila kes di sebut dimahkamah..adakah pihak majistret akan menerima rayuan yg telah kita ajukan kpd AADK.

    sbb kalau boleh saya tak mahu suami ke pusat serenti...sbb saya memerlukan suami utk menjaga anak sementara saya keluar bekerja...ansk masih kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Perintah di bawah AADK dan pertuduhan di mahkamah adalah 2 perkara yang berbeza. Biasanya hanya salah satu tindakan akan dikenakan mengikut kesesuaian kes.

      Terima kasih.

      Delete
  131. Nk tye..kes 39B bawah umur....camne plak ekk dgn hukuman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi pesalah kanak-kanak iaitu di bawah 18 tahun, hukuman jika sabit adalah sama seperti dewasa iaitu hukuman gantung. Namun, disebabkan asih kanak-kanak semasa kejadian, hukuman gantung ini digantikan dengan tahanan di bawah perkenan sultan untuk tempoh yang bersesuaian.

      Terima kasih.

      Delete
  132. Salam..
    Ahli kluarga tdekat sya telah d masukkan penjara at as sbab mengguna n memiliki dadah jenis syabu..mahkamah da mnjatuhkan tarikh bicara pada 28 Feb 2015 ini..iaitu denda rm2800 atau penjara 6bulan..soalan sya..btulkah jika mmbayar awal denda rm2800 itu..tertuduh boleh kluar penjara awal sebelum tarikh jatuh hukum?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Denda perlu dibayar pada tarikh jatuh hukum. Apabila denda dibayar maka barulah tertuduh dibebaskan. Terima kasih.

      Delete
  133. Assalam. Sya nak bertanya, apakah seksyen 6, 12(2), dan seksyen 15(1)(a). Dan sekiranya OKT mengaku, apakah hukuman yang akn dijatuhkan. Ini adalah kesalahan kedua tertuduh. Berharap agar pihak tuan memberi sedikit penjelasan. Maklumat tambahan, beliau tidak berkerja kerana menjaga ibu yg uzur. Adakah kes dapat dimitigasikan di mahkamah majistret. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Seksyen 6 adalah kesalahan memilik dadah ganja yang hukumannya denda sehingga RM20k atau penjara sehingga 5 tahun. Seksyen 12(2) adalah memiliki dadah lain seperti meth yang hukumannya denda sehingga RM 100k atau penjara sehingga 5 tahun. Seksyen 15(1) adalah memasukkan dadah ke dalam tubuh yang hukumannya denda sehingga RM5k atau penjara sehingga 2 tahun.

      Ya,mahkamah akan mempertimbangkan mitigasi yang dikemukakan. Terima kasih.

      Delete
  134. Bolehkah duit Jaminan Dimahkamah untuk pesalah memiliki dadah diambil semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, apabila kes selesai samada dengan mengaku salah atau dibicarakan. Terima kasih.

      Delete
  135. Sy nk ber tanya.. seseorang yg menerima rawatan mental psikology didapati positif dadah . Ada mahkamah boleh membebas kan mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembelaan bahawa seseorang itu mengalamai masalah mental adalah menajdi beban kepada tertuduh untuk membuktikannya. Perlulah ada bukti seperti dokumen perubatan yang mengesahkan.

      Bagi pesalah yang didapati ada masalah mental, hukuman yang berbeza daripada pesalah normal akan dijatuhkan. Antaranya perintah dihantar untuk berubat di hospital bahagia. Terima kasih.

      Delete
  136. Salam.
    Soalan saya.. Sahabat saya di tangkap bersama dadah jenis :
    1. Pil kuda 70 biji = 8 gram (39B(1)
    2. Ganja = 21.8g (39B (1)
    3. Syabu = 12.5g (12(2)

    Tuduhan dibuat berasingan atas sebab jenis dadah.

    Adakah seksyen 39A(1) boleh jadi ke 12(2) jika laporan kimia ada penurunan dari segi berat timbangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Berat yang saudara nyatakan adalah berat kasar. Pertuduhan walau dari seksyen 39B sekalipun masih boleh turun ke seksyen lebih ringan jika laporan kimia mengesahkan penurunan berat itu. Terima kasih.

      Delete
  137. SALAM SEJAHTERA,

    Bagaimana cara untuk melawat banduan di penjara sg buluh untuk kali pertama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Saya rasa prosedur sekarang agak mudah di mana pihak keluarga/kenalan perlu pergi mendaftar dan dibuatkan kad lawatan. Walaubagaimanapun, mungkin ada sedikit peraturan dari segi kekerapan, tempoh masa, berapa orang yang boleh melawat dsb.

      Delete
  138. salam ...kes ini melibatkan seorg oku yg tlh berkahwin ..beliau telah ditangkap di rumah sendiri...polis menjumpai 46.79g dadah jenis syabu di bilik tidor beliau..39a( 2) ..waktu berlaku pertuduhan beliau tlh membuat rayuan utk dibenarkan ikat jamin sebelum bhn kimia turun.hakim membenarkan ikat jamin sebanyak rm20k . beliU xmampu utk membayar jaminan yg tinggi ..pd 11/2/2016 nie beliau akan naik mahkamah semula ..jika waktu itu bolehkah beliau membuat rayuan Kpd mahkamah utk mengurangkan nilai jamin tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Terima kasih atas soalan. Maaf sedikit lambat menjawabnya.

      Bagi kes seksyen 39A2, jaminan tidak dibenarkan undang-undang. Oleh itu saya menjangka jaminan 20k tersebut kerana kes telah diturunkan ke seksyen yg lebih ringan selepas laporan kimia siap.

      Tawaran jaminan ini terbuka sehinggalah kes selesai. Maknanya apabila pihak tertuduh atau keluarga cukup wangnya pada bila-bila masa, jaminan bolehlah dibayar.

      Selalunya pengurangan jumlah tidak boleh lagi dirayu dihadapan mahkamah yang sama. Hanya boleh dibuat rayuan ke mahkamah tinggi sahaja.

      Harap dapat membantu. Terima kasih.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA