MITIGASI TERPANJANG PERNAH DIHUJAHKAN DI MAHKAMAH MAJISTRET


HUJAHAN MITIGASI PERINGANAN HUKUMAN
PP v. Lim Tze Loong (83-1541-04)
Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960

• Hujahkan Mahkamah perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil, rayuan OKT sebagaimana berikut:-

1. Pengakuan Salah
• Pengakuan salah OKT bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah tetapi juga masa dan kos pendakwaan dan saksi.
• Mahkamah bolehlah memberikan tumpuan kepada kes-kes yang lebih berat dan serius.
• PP v. Ravindran & Ors (1993) 1 MLJ 45 – diskaun atau kredit harus diberikan kepada pesalah yang telah mengaku salah kerana ia telah menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pihak pendakwaan.
• OKT sejak dulu lagi ingin mengaku salah tetapi kes pada hari ini berkait dengan kes yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam. OKT tiada niat untuk membuang masa mahkamah yang mulia ini dan terus mengaku salah dan bersedia dihukum sebaik sahaja kes di Mahkamah Shah Alam selesai pada 29 Mei 2009. Pada tarikh sebutan di mahkamah ini pada 3 Jun 2009, aku telah mengaku bersalah.

2. Latar Belakang OKT
• Semasa ditahan beliau berumur 27 tahun, sekarang berumur 32 tahun dan belum berkahwin.

3. Pesalah pertama (1st offender)
• Walaupun OKT mempunyai satu rekod lampau iaitu bagi kes 62-62-2004 dan 62-100-2004 di Mahkamah Shah Alam, fakta yang unik dalam kes ini wajar dipertimbangkan.
• Pertamanya kes di Shah Alam tersebut telah melalui perbicaraan penuh di mana di akhir kes pendakwaan, mahkamah telah meminda pertuduhan dari Seksyen 4 FIPA kepada Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman 7 ½ tahun dari tarikh tangkap. OKT juga terus mengaku salah di bawah pertuduhan satu lagi iaitu Seksyen 8 FIPA dan dihukum 8 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 6 sebatan. Kedua-dua hukuman berjalan serentak. Kes ini selesai pada 29 Mei 2009.
• Manakala kes kita di sini adalah sebenarnya satu “follow up” daripada pihak polis ke atas tangkapan kes di Shah Alam itu. Pada hari kedua selepas tangkapan bagi kes di Shah Alam (hari kedua reman) iaitu pada 16 April 2004; pihak polis telah menjumpai 32 biji peluru hasil dari maklumat dari pihak OKT. Ini bermakna kes di sini sebenarnya adalah lanjutan (continuity) sahaja kepada tangkapan kes yang dibicarakan di Shah Alam, walaupun tidak dibicarakan bersama. Nature kesalahan bagi kes ini adalah perjumpaan barang salah dengan maklumat di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan (information leading to discovery).
• Keadaan adalah berbeza jika OKT ditangkap melakukan kesalahan di mahkamah ini selepas beliau selesai dihukum bagi kesalahan ini seperti yang lazimnya berlaku. Dalam keadaan ini, barulah boleh mahkamah mengambil berat akan kesalahan lampau dan memberikan hukuman yang berat kepada kesalahan yang selanjutnya. Ini kerana ia menunjukkan OKT yang sebegitu tidak insaf dan merupakan “repeated offenders”.
• Dari aspek yang lain pula, bolehlah dikatakan OKT telah menunjukkan keinsafan beliau sejak dari tempoh reman pada 2004 lagi dengan secara sukarela menunjukkan kepada pihak polis kepada 33 butir peluru lagi di premis beliau.
• Oleh itu adalah dihujahkan bahawa kedudukan rekod lampau OKT bukanlah factor pemberat yang perlu diambilkira oleh mahkamah yang mulia ini mengambilkira “facts and circumstances” yang khusus dalam kes ini. Justru, OKT masih boleh dianggap sebagai pesalah pertama dan wajar diberi peluang dengan tempoh penjara yang minimum bagi memberi peluang untuk beliau meneruskan hidup beliau.
• Kes PP v. Chew Chee Wah (1995) 4 MLJ 26 – pesalah pertama wajar dijauhkan dari hukuman penjara.

4. Tempoh tahanan reman
• OKT telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan.
• OKT telah menjalani tempoh reman selama lebih kurang 5 tahun 3 bulan iaitu beliau telah ditahan di penjara sejak 15 April 2004 (tangkapan bagi kes di Mahkamah Shah Alam).
• dihujahkan tempoh tahanan reman di penjara yang panjang tersebut telah menginsafkan OKT kerana banyak menempuhi kesengsaraan dan kepayahan hidup di penjara.
• OKT berharap agar mahkamah memberi peluang dengan menjatuhkan hukuman penjara yang rendah dan bermula dari tarikh beliau ditangkap kerana mahu segera pulang ke pangkuan keluarga untuk bina kehidupan baru.
• Keadaan adalah berbeza sekiranya OKT tidak ditahan reman sebegitu lama, maka barulah mahkamah yang mulia ini memberikan satu hukuman pemenjaraan yang lebih lama bagi member pengajaran kepada OKT.
• Rujuk kes Lian Kian Boon v. PP (1991) 1 MLJ 51 – jumlah tahanan reman hendaklah diambil kira sebagai salah satu faktor peringanan

5. Kepentingan awam
• Saya bersetuju kepentingan awam melampaui kepentingan peribadi OKT dan wajar diutamakan.
• Namun, kepentingan awam selain menuntut orang ramai dijaga dari bahaya jenayah juga menuntut satu peluang diberi kepada pesalah supaya diberi peluang memulakan hidup mereka selepas mereka dihukum setimpal dengan kesalahan.
• Tempoh yang telah dilalui oleh OKT selama ini iaitu 5 tahun dan 3 bulan adalah mencukupi bagi maksud menjaga kepentingan awam ini. Tambahan pula OKT juga telah disebat sebanyak 6 sebatan bagi kesalahan di Mahkamah Shah Alam tersebut.

6. Seksyen 292 CPC
• Sebelum mahkamah menjatuhkan sebarang hukuman terhadap OKT, saya ingin menarik perhatian pihak mahkamah kepada peruntukan di bawah S. 292 CPC.
• Dengan rendah diri kami berhujah bahawa Section 292 CPC ini tidak wajar dan tidak sesuai digunakan dalam “facts and circumstances” yang wujud dalam kes ini.
• Sebab-sebab mengapa Seksyen 292 tidak terpakai ialah:-
i. Secara literalnya, kami berhujah bahawa seksyen tersebut hanya terpakai untuk kes-kes di mana OKT melarikan diri dari penjara atau melakukan kesalahan semasa mereka sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan yang lain. Terma yang digunakan ialah (pohon dirujuk). Oleh kerana itulah seksyen ini menghadkan hukuman penjara dijatuhkan dari 2 tarikh sahaja; dari tarikh jatuh hukum atau dari tarikh tamatnya tempoh hukuman kes yang mana OKT itu telah dipenjarakan sebelumnya.
ii. Dengan kata lain Seksyen ini menjelaskan kategori pesalah yang tidak wajar hukuman penjaranya bermula dari tarikh tangkap yang merupakan amalan biasa dan diterimpakai oleh mahkamah. Ini bagi menghukum “escaped convict” dan juga orang yang tidak menunjukkan keinsafan dengan melakukan kesalahan lain semasa sedang menjalani hukuman yang terdahulu.
iii. Contohnya yang nyata adalah bagi OKT yang telah dijatuhkan hukuman bagi kesalahan yang lain dan didapati melakukan kesalahan lain pula di dalam penjara (is undergoing a sentence of imprisonment) seperti memiliki dadah, merusuh dan sebagainya. Dalam keadaan sebegitu wajarlah tempoh reman bagi kesalahan pertama tidak dikira kerana kesalahan kedua dilakukan semasa hukuman bagi kesalahan pertama masih berjalan.
iv. Persoalannya, adakah kes kita juga termasuk dalam kategori yang sama? Kami berhujah jawapannya adalah tidak. Kesalahan di mahkamah ini bukan dilakukan oleh OKT semasa beliau menjalani hukuman kes lain di penjara (is undergoing a sentence of imprisonment). Sebaliknya, kesalahan ini wujud semasa hari kedua reman kes Shah Alam lagi (16 April 2004). Hasil daripada maklumat yang diberikan oleh OKT membawa kepada perjumpaan barang kes bagi kes ini. Tambahan pula kesalahan ini melibatkan peluru dan sama”nature” dengan kes yang mana beliau ditangkap sehari sebelumnya iaitu melibatkan senjatapi dan juga peluru.
v. Bagaimana hendak dikatakan kesalahan ini adalah dalam kategori sama dengan kesalahan yang dilakukan di dalam penjara semasa sedang menjalani hukuman? Bagaimana pula keadaannya jika pihak polis menjumpai lebih dari satu barang salah pada hari-hari yang lain pula? Adakah OKT wajar dipenjara bagi kesalahan ke 3 itu selepas tamat hukuman yang kedua dan yang kedua itu selepas tamatnya yang pertama?
vi. Kami hujahkan tafsiran secara “rigid” ke atas peruntukan ini akan menyebabkan kategori OKT yang tidak terlibat, juga ditarik bersama (lump together) dengan kategori asal yang dimaksudkan. Adalah diakui secara teknikalnya OKT sekarang sedang menjalani hukuman bagi kes Shah Alam, tetapi hukuman tersebut baru sahaja dijatuhkan pada 29 Mei 2009 yang lalu dan OKT terus mengaku salah bagi kes di mahkamah ini beberapa hari kemudian. Jarak antara hukuman tersebut dengan hukuman kes ini lebih kurang 5 minggu sahaja itupun diakibatkan oleh 3 kali penangguhan yang tidak dapat dielakkan.
vii. Tambahan pula, sebelum tangkapan bagi kes di Shah Alam itu, OKT tiada tiada sebarang rekod jenayah yang lain. Dengan rendah diri kami berhujah adalah tidak adil sekiranya pihak mahkamah menggunakan Seksyen 292 CPC terhadap OKT dalam keadaan fakta yang unik yang sedia wujud. Ini adalah kerana hukuman bagi kes kita ini hanya akan bermula serta-merta (pada hari ini) atau selepas kes di Shah Alam selesai (lebih kurang 2 bulan lagi). Adalah lebih adil sekiranya pihak mahkamah menghukum beliau bermula dari tarikh beliau ditangkap iaitu pada 16 April 2004 kerana kesalahan ini wujud semasa tempoh reman lagi.
viii. Kami berhujah mahkamah yang mulia ini ada budi bicara untuk tidak menggunapakai peruntukan Seksyen 292 atas fakta yang khusus yang wujud dalam kes ini. Adakah kepentingan awam akan dikompromi sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman kepada OKT bagi kes ini bermula dari tarikh tangkap? Kami berhujah jawapannya adalah tidak kerana OKT tetap telah dan akan menghabiskan hukuman penjara 8 tahun yang dikenakan untuk kes di Shah Alam. Jika mahkamah mengenakan hukuman maksimum 7 tahun sekalipun (walaupun kami percaya kes ini bukanlah worst case scenario), jika ia dibuat dari tarikh tangkap, OKT akan dapat kembali ke pangkuan masyarakat dalam tempoh 2 bulan.
ix. Dengan memberikan hukuman dari tarikh tangkap, mahkamah telah melakukan keadilan kepada semua pihak. Keadilan kepada pihak pendakwaan dan masyarakat dengan menjatuhkan hukuman penjara yang setimpal kepada OKT yang memiliki peluru. Keadilan juga kepada OKT yang mana kesalahan kedua ini bukanlah dilakukan dalam keadaan yang menunjukkan beliau tidak insaf dengan hukuman kes terdahulu. Tambahan pula, kesalahan bagi kes yang kedua ini lebih ringan daripada kesalahan kes pertama di Shah Alam. Jika kes hari ini lebih serius, barulah boleh dibangkitkan hukuman yang telah “overlap” menyebabkan hukuman yang kedua menjadi tidak setimpal.
x. Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 – penjara maksimum 7 tahun, dan ia bukanlah satu kesalahan yang terlalu serius kerana ‘simple posession’ sudah boleh dituduh.
xi. Pohon rujuk kes-kes PP v. Ooi Wang San [1998] 2 CLJ 270, Wong Yuk Ai v PP [1966]2 MLJ 51 dan Wan Azman Atan v. PP [2006] 7 CLJ 281.

7. Penutup
• Pohon hukuman dijalankan bermula dari tarikh beliau ditangkap iaitu pada 16.4.04. Jika mahkamah memberikan hukuman maksimum 7 tahun sekalipun, masih lagi lebih adil berbanding mahkamah memutuskan hukuman bermula dari tarikh hari ini atau tarikh tamat hukuman kes di Shah Alam.
• OKT bukanlah memohon sesuatu yang tidak munasabah mahupun sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan awam seperti tempoh hukuman yang terlalu pendek. Apatah lagi beliau telahpun dihukum sewajarnya sejak lebih 5 tahun yang lalu.
• Jika mahkamah meneliti “totality principle” di dalam menjatuhkan hukuman, maka hukuman yang berjalan dari tarikh hari ini atau selepas tamatnya hukuman di Shah Alam akan jelas menjadi “excessive”. Pohon rujuk kes Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134.
• Secara alternatif, sekiranya mahkamah tidak sependapat dengan hujahan kami atas isu pemakaian seksyen 292 CPC; maka kami memohon OKT dikenakan denda yang setimpal. Alasannya kerana peruntukan seksyen 8(a) Arms Act juga membenarkan hukuman denda sehingga RM 10,000, kesalahan juga hanyalah “simple possession” dan OKT juga menunjukkan kerjasama yang baik kepada polis malahan memberikan maklumat sehingga terjumpanya peluru tersebut. Dengan memberikan hukuman denda ini juga mahkamah memberi satu peluang kepada OKT untuk merubah diri beliau selepas dihukum sewajarnya terhadap kes di Shah Alam.
• Kami percaya dengan kebijaksanaan mahkamah yang mulia ini dalam menggunakan budi bicara dan menjalankan prinsip penghukuman akan memberikan keadilan kepada semua pihak.
• Terima kasih.


Peguam bagi OKT,



…………………………………………

10 Julai 2009.

Comments

  1. mcm judgment federal court!!

    ReplyDelete
  2. bro, terima kasih atas pujian, ke sindiran tu?

    ReplyDelete
  3. jangan lupa orang dibelakang tabir kalau dapat gapo2 dari anakguam...

    ReplyDelete
  4. anonymous susah senang kita bersama

    ReplyDelete
  5. y so long....like an essay!!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous,

    Padan ler dgn tajuknya itu.

    ReplyDelete
  7. Greate pieces. Keep posting such kind of info on your page.
    Im really impressed by your site.
    Hey there, You've performed an incredible job. I will certainly digg it and individually suggest to my friends. I am confident they will be benefited from this web site.
    My page : best home remedy for stretch marks

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA