SAKSI YANG MENYEKSAKAN




Salam,

Bagi yang tidak terlibat dengan arena kemahkamahan, kehadiran di mahkamah mungkin dianggap sesuatu yang menakutkan. Ini adalah sesuatu yang normal. Percayalah, para peguam yang hebat bagaimanapun akan berasa kecut perut apabila berada di lokasi yang bukan gelanggang mereka seperti di hospital atau klinik gigi.

Jadi, wujud pelbagai jenis saksi yang boleh dilihat di mahkamah. Ada yang melucukan, ada yang menyakitkan hati, ada yang boleh membuat anda tersenyum dan ada pula yang anda kesian terhadapnya. Berikut antara kategori saksi yang terlintas di minda separa sedar saya;

1) Saksi penghafal skrip
- Kebiasaannya saksi-saksi begini melibatkan saksi polis. Kita boleh lihat sebelum mahkamah bersidang mereka biasanya tekun menghafal report, statement atau ID masing-masing. Yang pernah berlaku adalah mereka memberi keterangan mengenai kes yang lain kerana terlalu banyak skrip untuk dihafal. Pernah berlaku di zaman dahulu kala, saksi2 ini diberikan soalan dan jawapan sekali untuk dihafal. Para dpp yang melatih mereka bolehlah dianggap setaraf dengan the spesel one; jose mourinho.

2) Saksi profesional yang tidak berapa profesional
-Wujud kalangan saksi profesional samada dari pihak polis atau sebagainya yang ada sifat tidak profesional walaupun mereka adalah saksi profesional. Selalunya mereka tidak akan bersetuju dengan apa sahaja cadangan peguam walaupun pada perkara yang terang dan nyata. Contohnya mereka lebih rela menjawab "saya memilih untuk tidak menjawab soalan peguam" daripada bersetuju dengan peguam. Saksi2 seperti ini mungkin pernah bercita2 hendak menjadi seorang peguam semasa di sekolah rendah.

3) Saksi yang...eh sapa pulak loyar ni nak mengajar aku apa hal
-Kita sedia maklum bahawa ramai di kalangan peguam bukanlah top scorer atau best student semasa di sekolah atau universiti. Mereka yang cemerlang biasanya mengambil jurusan sains dan menjadi doktor, ahli kimia dan sebagainya. Tetapi apabila dipanggil ke mahkamah, bekas top scorers ini cuba ditunjuk ajar atau dicucuk hidungkan oleh peguam yang biasanya lemah dalam matematik itu?! Hasilnya terjadilah adegan tarik tali dan saling menjegilkan mata antara peguam dan saksi yang menganggap diri mereka terrorist ini.

4) Saksi yang gabra tahap gaban
-Kategori ini biasa wujud di kalangan saksi awam yang tidak pernah mengalami suasana yang menyeramkan di mahkamah. Dengan hakim yang garang, dpp yang baru saja sound mereka dengan suara ala2 jeneral serta loyar yang menunggu2 peluang untuk mengkoyak-rabakkan mereka; bunyinya memang menakutkan. Selalunya saksi sebegini akan mengeluarkan sound efek seperti bercakap 100 km/sejam, meminta mengulangkan soalan sekurang2nya 4,5 kali, meminta ke tandas setiap 15 minit atau meminta minyak angin dari hakim kerana sudah fenin lalat.

5) Saksi overacting
-Di dalam sesuatu perbicaraan, saksi utama adalah pengadu. Dalam kes rogol contohnya pengadu adalah mangsanya manakala dalam kes dadah pula pengadu adalah anggota serbuan. Namun, ada segelintir saksi pak pacak atau tukang pegang tombak ini memberi keterangan melampaui keterangan pengadu sendiri. Kadang2 wujud unsur2 dramatis atau penglipurlara umpama cerita sivaji lagaknya. Saksi extra ini selalunya nampak, dengar atau lihat kejadian lebih dari orang yang berada di tempat kejadian. Saksi sebegini boleh dipanggil saksi dengan kebolehan 6th sense juga.

6) Saksi yang amnesia atau saksi skema
-Sesetengah saksi mudah dijangkiti virus hilang ingatan apabila berada di kandang saksi. Virus ini anehnya hanya menyerang apabila ditanya perkara2 yang menguntungkan pihak lawan. Antara simptom2 virus berbahaya ini ada kegemaran menggunapakai jawapan yang skema iaitu "saya tak pasti". Simptom yang lain adalah kehebatan mengecam OKT yang satu2nya makhluk bernyawa di dalam dock setelah beberapa saat "cuba meninjau2" di dalam mahkamah, walaupun kes itu mungkin sudah berlaku lama dan tiada kawad cam dibuat. Penawar berkesan bagi saksi sebegini saya cadangkan antara jurus license to grill, jurus spinning gasing atau jurus sniper (penembak tepat atas batang hidung) .

7) Saksi main mata dengan dpp
-Inilah saksi yang paling hebat dan tersohor antara semua saksi2. Saksi jenis ini berkemahiran bermain kenyit mata dengan dpp sebelum menjawab soalan peguam. Masa sesaat diluangkan merenung mata dpp sebelum mulut dibuka untuk menjawab. Alternatifnya, saksi ini juga mahir bahasa isyarat seperti menggaru kepala yang tidak gatal, menggaru hidung yang tidak resdung dan lain2. Bak lirik nasyid Arqam yang popular; pandangan mata selalu menipu pandangan nafsu selalu melulu...jadi renung2kan dan selamat beramal.

Disclaimer; penceritaan perihal2 saksi dan pihak lain yang terlibat bukanlah bermaksud menghina mana2 pihak tetapi sebaliknya untuk membuka mata semua pihak bahawa inilah realiti yang wujud di dalam sistem kemahkamahan kita. Semoga gaya penceritaan yang santai dan berisi lawak2 separa masak ini mengurangan keterasaan pihak2 tertentu. Wassalam.

Comments

  1. tuan hamba lupa ada lagi satu saksi yang tertinggal. iaitu SAKSI YANG SEKSI. saksi yang sebegini paling merbahaya kalu ditambah dengan elemen makeup yang tebal dan muka cun tahap dewi. alamatnya semua soalan sama ada dari dpp tau penguam akan hilang ditiup angin nafsu..hahaha. tapi kalau saksi sebegini terdiri daripada mereka2 yang kelihatan seperti 'nyelok jail' nescaya SEKSA nak melihatnya dan selalulah para penguam dan dpp asyik tengok jam bila la saksi ni nak abis...hilang selera makan aku...hahahaha

    ReplyDelete
  2. encik anonymous pandangan anda mungkin benar dan mungkin anda pernah mengalaminya..jika anda sertakan nama walaupun nama samaran bukankah lebih comel

    ReplyDelete
  3. sekurang-kurangnye bila baca blog ni saya tau suasana dalam mahkamah yang saya tak penah pon masok wpun teringin nak tgk...dalam tv tu pun bukanlah yang sebenarnya kan tuan yang ariff?

    ReplyDelete
  4. saudara/i jie; apa yg dipaparkan di dalam tv bukan semua temberang cuma aspek drama dan aksinya dilebih2kan..silalah menjenguk ke mahkamah untuk merasai pengalaman sendiri

    ReplyDelete
  5. macam tau2 je siapa...mungkin anda juga ada bersama saya dan mengalami perkara yang sama pada masa tersebut...haraharharunsalimbacik

    ReplyDelete
  6. boleh ke kalau orang yang tiada kaitan langsung dengan kes just want to know the situation in the court ........

    ReplyDelete
  7. boleh ke kalau orang yang tiada kaitan langsung dengan kes just want to know the situation in the court ........mcm saya saje2 nak tgk..
    sory sambungan from above...

    ReplyDelete
  8. anonymous harunsalimbachik; kita serupa

    ReplyDelete
  9. saudara jie, bagus soalan itu. Pendengaran kes di mahkamah adalah terbuka untuk umum yakni bicara dijalankan secara terbuka. Melainkan dalam keadaan tertentu yg khusus seperti melibatkan saksi mangsa dalam kes rogol contohnya, barulah ia dijalankan secara tertutup (in camera). Sudi2lah datang ke mahkamah saudara.

    ReplyDelete
  10. bagaimana saya nak tau ada kes sedang disebut?
    boleh terus datang ke?

    ReplyDelete
  11. saudara jie, setiap hari pasti ada sahaja kes disebut dan dibicara di mahkamah. cuma mungkin saudara pilihlah mahkamah mana yg hendak pergi samada majistret, sesyen atau tinggi yang mendengar kes2 yang berbeza.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA