SERUAN AL-HARAMAINI
Salam, Memang cepat benar masa yang berputar. Kalau boleh ingin saja kembali ke zaman kanak-kanak atau remaja kita yang rasanya baru saja berlalu. Namun, putaran dunia tak boleh diundurkan lagi walau banyak mana pun kumpulan AXL menyanyikan lagu; andai dapat kuundurkan putaran dunia. Jika 10, 20 tahun lalu peralihan bulan dan musim perayaan contohnya dirasakan lama benar untuk kembali. Namun, kini, cepat benar contohnya seolah-olah baru sahaja kita menyambut raya, dah menjelang balik musim raya yang berikutnya. Hutang lama belum lunas, hutang baru dah nak dicipta balik. Benarlah dunia sudah di akhir zaman. Lihat sahaja usia perkahwinan kita dan juga perkembangan umur anak-anak. Tup-tup rupa-rupanya sudah lebih kurang 10 tahun usia perkahwinan kebanyakan kalangan sahabat saya (kecuali ahli kelab Alif Ba Ta-Angkatan Bujang Tua). Anak-anak juga yang sulungnya mungkin sudah masuk tahap 2 sekolah rendah dan mungkin sudah pandai menghafaz quran (atau juga mengorat). Dalam kesibukan kita me...