Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

KERJAASAMA!

Salam,
Kerjaasama! Ini mungkin tagline paling popular bagi rancangan kartun masa kini. Jika di zaman 80an dulu seingat saya yang paling popular adalah Thunderx3..Thundercats! Ini bermakna banyak juga kartun yang boleh mengajar anak-anak kita (dan juga bapak-bapak) akan erti nilai yang baik seperti sifat kerjasama. Justru, adalah disyorkan para ibu-bapa menonton rancangan kartun seperti Wonderpets, Little Einstein dan sebagainya bersama anak-anak. DI samping boleh menyemai sikap kerjasama, masa berkualiti bersama keluarga juga dapat dimanfaatkan berbanding ibu-ibu sibuk dengan drama Korea, Filipina, Bangla bla bla dan bapa-bapa sibuk dengan bola, bola dan lagi-lagi bola.
Adakah entri ini berkaitan kartun? Sudah tentu bukan. Saya ingin berkongsi aplikasi konsep kerjasama di mahkamah hasil pengalaman menjadi pengunjung setia mahkamah saban hari. Bolehkah ia wujud? Mampukah pihak-pihak yang bertentangan dalam sistem adversarial (bermusuhan) di mahkamah co-exist dalam bekerjasama menegakkan…