Posts

Showing posts with the label JUSTICE FOR ALL

MA QALLA WA DALLA

Image
Salam,   Antara  jobscope  utama seorang peguam adalah berhujah. Ada yang berlaku di peringkat awal. Contohnya, hujahan membantah reman. Contoh yang lain adalah hujahan permohonan jamin. Ini antara misalan klasik hujahan peringkat awal bagi seseorang peguam.   Tapi, sebenarnya, ada lagi hujahan yang berlaku jauh lebih awal. Dengan kata lain; bertaraf  prequel.  Yang saya maksudkan ini adalah hujahan untuk meyakinkan anak guam atau ahli keluarga mereka. Hujahan untuk menoktahkan persetujuan mereka agar melantik kita.   Hujahan ini boleh menjadi yang paling penting bagi seseorang peguam. Ia bakal menentukan samada hujahan-hujahan susulan yang lain akan benar-benar wujud. Jika hujahan ini ditolak, ia bermaksud tiada rezki yang tertulis untuk peguam. Bolehlah dihalakan usaha ke arah kes-kes yang lain pula. Ada hujahan yang berlaku di pertengahan kes. Misalnya, hujahan bantahan. Mungkin membantah perihal pertuduhan yang defektif. Boleh juga bantahan atas ca...

TANAM POKOK GANJA

Image
Hobi bercucuk tanam adalah satu hobi yang mulia. Ia jauh lebih baik daripada hobi ikut-ikutan. Contohnya  trend  berbasikal sebagai gaya hidup yang menjadi pilihan artis dan marhaen masa kini.   Trend  di mana pakaian yang ketat umpama disarung nangka menjadi pilihan. Aset dan juga  excess baggage  pada tubuh, samada secara sengaja atau tidak, turut dipertontonkan kepada khalayak. Hobi ikutan begini mencemarkan imej pengayuh basikal sejati seperti saya dan ramai lagi rakan-rakan. Yang mengayuh demi unt uk kesihatan.               Berbalik kepada hobi bercucuk tanam tadi, bukan saja kita akan ada peluang bercanda dengan alam, tubuh badan juga boleh mengeluarkan peluh jantan yang sepatutnya. Tapi awas! Bukan semua pokok kayu yang boleh ditanam. Dalam negara kita, pokok ganja atau nama Bahasa Inggerisnya  cannabis , dilarang sama sekali untuk ditanam.      ...

SAKSI TERLINDUNG

Image
         Selama dua hari berturut-turut kes bunuh yang sedang saya kendalikan terhenti momentumnya. Perjalanan kes yang agak lancar sebelum ini dikejutkan dengan satu pendedahan eksklusif pihak pendakwaan. Mereka ingin membuat satu permohonan. Dua daripada saksi awam yang akan dipanggil, tidak ingin dipanggil secara biasa. Pendakwaan ingin menukar status mereka kepada kluster lain; sebagai saksi terlindung.               Memanggil saksi secara biasa bermaksud, saksi akan masuk ke kandang saksi, mengangkat sumpah dan memperkenalkan diri. Saksi bakal disoal oleh timbalan pendakwa raya dalam pemeriksaan utama. Kemudian, beralih pula kepada acara cabar-mencabar daripada peguam bela dalam tempoh soal balas. Akhirnya, saksi boleh diperbaiki sebarang kerosakan yang terbit daripada soal balas tadi. Proses terakhir yang dipanggil pemeriksaan semula.           ...

YOU WIN SOME, YOU LEARN SOME

Image
Assalam, Hari ini saya mengharungi satu perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya yang agak unik dan memberikan seribu pengalaman berharga. Jadi mungkin nukilan kali ini agak berat dan sarat dengan terma perundangan. Agak lebih legal dan penal dari segi sifat dan akibatnya. Lebih legal daripada factual matrixnya. Padanlah dengan kes yang saya kendalikan tadi. Kes berasal dari Mahkamah Majistret. Perayu disabitkan dan dipenjara 2 tahun. Naik ke pusingan berikutnya di Mahkamah Tinggi, sabitan dan hukuman kekal sehinggalah saya disapa untuk mengendalikan kes ini di peringkat Mahkamah Rayuan. Dalam rangka usaha persediaan kes ini, saya terjumpa isu perundangan yang kuat untuk dihujahkan. Maka, berlarilah saya dan co counsel untuk membuat permohonan kebenaran (leave) di Mahkamah Rayuan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan. 2017 episod ini berlaku dan Alhamdulillah permohonan leave itu berjaya dengan jayanya. Fast forward 2 tahun kemudian barulah kes ini ditetapkan untuk ...

VIRAL

Image
Assalam, Baru sahaja kes yang saya kendalikan iaitu satu kes bunuh telah diputuskan oleh Mahkamah. Keputusannya Mahkamah dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Tewas dalam sesuatu perbicaraan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka. Ada kes yang kita yakin boleh menang berakhir dengan kekalahan. Sebaliknya, ada kes yang kita berasa tidak ada peluang, namun akhirnya adalah kejayaan.  Sebagai manusia biasa, peguam juga boleh beremosi bila tewas. Perasaan ralat, persoalan samada patutkah aku buat dengen lebih baik dan macam-macam lagi menyerbu diri. Apatah lagi jika yang tidak berjaya itu kes yang viral dan expected by majority of netizens to be a sure 99.9% win. Peguam namun mesti professional dan memahami bahawa tugas kita adalah untuk memastikan sistem keadilan tertegak. Jika itu dipasak dalam hati, maka kita tak perlu gundah gulana atau memurungkan diri. Hakikatnya, kerjaya peguam terutamanya peguam jen...

KECENDERUNGAN MENGHASUT

Image
Assalam, Akhir-akhir ini saya agak cenderung dan condong dengan hasutan. Seolah-olah hasutan itu agak dekat di hati saya. Pertamanya saya dihasut oleh beberapa orang sahabat peguam untuk kembali aktif menulis. Lebih tepat lagi saya inspired by beberapa sahabat peguam yang sudah sampai mempunyai buku tulisan mereka sendiri. Sahabat Z mengatakan dengan adanya buku ianya menjadi nilai tambah dalam karier kepeguaman kita dan satu kepuasan yang tidak boleh dinilai. Pabila ditanya orang, apa keistimewaan peguam itu berbanding yang lain? Beliau bukan saja menjadi pengurus futsal yang berkaliber bahkan juga seorang penulis buku. Begitulah agaknya mesej yang cuba disampaikan beliau. Sahabat H pula sambil menunjukkan buku terbitan beliau sendiri (yang kedua rupanya) di Mahkamah, telah memberikan cabaran kenapa kita peguam tidak boleh menulis sedangkan ramai penulis di luar sana adalah orang-orang biasa saja sebenarnya, namun mereka berjiwa besar. Sempat lagi beliau menghasut saya dengan m...

DON'T JUDGE A GUY BY HIS RUMET

Image
Assalam, 'Don't judge a guy by his rumet' adalah kata-kata hikmat yang pernah dituturkan oleh seorang sahabat saya. Berbeza sedikit dengan bidalan don't judge a book by its cover; ia sebenarnya mempunyai konotasi positif dan negatif. Positifnya (sangka baik) adalah rumet beliau itu lebih baik daripada beliau dan beliau segan untuk dibandingkan dengan rumet tersebut. Sebaliknya, beliau mungkin ada memori kurang enak yang menyebabkan beliau tidak mahu dikaitkan dengan rumet tersebut. Waima apapun, kata-kata hikmat ini memang terkena atas batang hidung saya dalam perjalanan saya menjadi peguam jenayah dan bergelumang dengan sepak terajangnya. Saya akui saya juga manusia yang kadang-kadang ada datang perasaan prejudis dan skeptikel dengan sebilangan orang. Boleh percaya ke dia ni? Boleh bayar ke mamat ni? Betul ke cerita hamba Allah ni? Persoalan-persoalan begini sering menerjah minda dalam berinteraksi dengan anak guam, bakal anak guam dan juga bakal bekas anak gu...