Posts

Showing posts from June, 2018

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA

Image
PENGHUJAHAN PIHAK PERAYU PEMBUKAAN 1)   Rayuan oleh pihak Perayu adalah terhadap keputusan Majistret yang telah mensabitkan Perayu di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya yang dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dari tarikh sabitan dan 3 kali sebatan. 2)     Perayu dalam kes ini telah didakwa bersama-sama dengan 4 lagi tertuduh yang telah dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Pertuduhan yang dikemukakan adalah seperti berikut;  HUJAHAN PERAYU Alasan para (a) hingga (f) Petisyen Perayu; Majistret terkhilaf apabila memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie. 1)    Pertamanya, Majistret telah khilaf apabila bersandarkan kepada keterangan dengar cakap ( hearsay ). 2)     Secara asasnya, Majistret telah mendapati adanya kes prima facie terhadap Perayu atas 3 sebab; adanya maklumat tentang pengedaran dadah terhadap Perayu, kedudukan Perayu yang dekat dengan bara

HUJAHAN SEKSYEN 80 KANUN KESEKSAAN (KES AKTA KANAK-KANAK)

Image
Dengan izin Yang Arif, 1)      Izinkan kami menambah kepada penghujahan kami sebelum ini yang bertarikh 18 April 2018. 2)      Kami turut menghujahkan bahawa berdasarkan hal keadaan yang khusus yang wujud dalam kes ini, Seksyen 80 Kanun Keseksaan terpakai. Seksyen 80 tersebut menyatakan; “80.  Accident in the doing of a lawful act Nothing is an offence which is done by accident or misfortune, and without any criminal intention or knowledge, in the doing of a lawful act in a lawful manner, by lawful means, and with proper care and caution. ILLUSTRATION A is at work with a hatchet; the head flies off and kills a man who is standing by. Here, if there was no want of proper caution on the part of A, his act is excusable and not an offence.” 3)      Kami menghujahkan bahawa pra-syarat di dalam pemakaian Seksyen 80 Kanun Keseksaan telah dipenuhi;                                i.             Perayu tidak mendatangkan kecederaan secara langsung atau tidak lan