Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

HUJAHAN KES BUNUH

PENGHUJAHAN PEMBELAANDI AKHIR KES PENDAKWAANDengan izin Yang Arif,PEMBUKAAN1)Orang kena tuduh pertama (OKT1) dalam kes ini telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dikatakan telah melakukan satu pembunuhan iaitu menyebabkan kematian kepada si mati sepertimana dalam pertuduhan P1A. Selanjutnya, OKT1 dan OKT kedua (OKT2) juga dituduh secara bersama-sama melakukan 3 kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan (P2A-P4A) dan 1 kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (P5A). 2)Seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180 (1) KAJ, pada penutup kes pendakwaan, Mahkamah perlu menimbangkan samada satu kes prima facie terhadap tertuduh telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. 3)Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperincikan dalam kes Balachandran v. P.P [2005] 1 CLJ 85 (m/s 87).ANALISA KETERANGAN PENDAKWAAN1)Diteliti secara keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, adalah jelas tiada keterangan terus (…