Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

HUJAHAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN (SEMI-PRO LEVEL)

RINGKASAN HUJAHAN PERAYU
Dengan izin Yang Arif, Izinkan kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu.


ALASAN NO. 1 DAN 2 DALAM PETISYEN RAYUAN
Pertamanya, Hakim khilaf apabila memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap Perayu.
Hakim telah gagal untuk mengambilkira bahawa beg berisi dadah (P19)tidak pernah berkunci langsung pada mana-mana bahagian. Malahan beg P19 hanya berzip sahaja tanpa apa-apa jenis kunci atau mangga. Tiada juga penemuan apa-apa kunci pada badan Perayu. Rujuk m/s 10 Rekod Rayuan JIlid 1 dan m/s 32Rekod Rayuan Jilid 1.
Adalah tidak munasabah untuk Perayu tidak mengunci beg P19 dan membiarkannya begitu sahaja tanpa apa-apa precaution. Ini menunjukkan Perayu tiada usaha untuk menyembunyikan dadah dan tiada pengetahuan berkenaan kandungan beg P19 kerana beg tidak “carefully concealed”.
Hujahkan ini bermakna Hakim telah gagal membuat penilaian maksimum di akhir kes pendakwaan. Dalam keadaan beg tidak berkunci dan tiada ku…