Posts

Showing posts with the label TREASURE YOUR LIFE

OUR PATHS WILL CROSS IN THE FUTURE

Image
Salam,   Insya Allah maybe our paths will cross in the future.  Itu kata-kata semangat yang saya titipkan untuk seorang bakal peguam. Seorang anak muda yang menulis secara peribadi, ingin menjadi anak didik saya. Menjadi seorang pelatih dalam kamar di dalam firma kecil saya. Ini bukan kali pertama saya menerima permohonan bersifat begini.    Namun, takdir dan  circumstances  terkini tidak menjadikan permintaan itu menjadi nyata. Saya agak tersentuh. Kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak muda ini begitu memukau. Bukan sekadar email biasa yang di  broadcast  kepada belasan firma semasa memancing firma mana yang hendak diceburi. Barangkali, nilai gaji paling tinggi menjadi kayu ukur utama, bagi bakal peguam yang memancing laut dalam begitu.    Tidak salah meletakkan asas wang ringgit sebagai kayu ukur utama. Sementelah zaman edan covid 19 yang tidak menentu ini. Ia menagih satu kepastian dalam kehidupan. Gaji atau elaun yang ...

BUKU PEGUAM KRIMINAL

Image
 Assalam dan selamat sejahtera semua, Syukur ke hadrat Ilahi, buku sulung tulisan saya sudah diterbitkan. Buku "Peguam Kriminal" merupakan perkongsian kisah benar mengenai kehidupan seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah.  Buku ini sesuai dibaca untuk semua golongan samada pelajar undang-undang, peguam mahupun orang awam. Ia ditulis dalam bahasa yang santai dan mudah, namun penuh dengan mesej yang tersirat. Kandungan buku adalah 100% tulisan baru dan bukannya dikumpulkan daripada blog ini. Bagi yang berminat, bolehlah membuat tempahan dan pembelian melalui link di bawah; https://bukupeguamkriminal.brizy.site/ Selamat membaca buku ini. Semoga mendapat manfaat dan inspirasi. Terima kasih! !

SURVIVOR SERIES

Image
Assalam, Survivor series adalah salah satu pay per view gusti WWF/WWE yang saya minat sejak kecil lagi. Ia menemukan jaguh-jaguh gusti iaitu sejenis sukan yang menggabungkan persembahan dan lakonan dalam pertempuran 4 lawan 4 sehingga tinggal seorang sahaja sebagai survivor. Alhamdulillah pabila usia makin dewasa dan mencecah kematangan, minat terhadap perkara-perkara yang melalaikan dan membuang masa berkualiti seperti juga ketagihan gajet masakini; sudah menurun seturun-turunnya.  Kendatipun begitu, tidaklah bermaksud tidak ada apa-apa yang positif langsung saya perolehi daripada minat tersebut. Melihat jaguh-jaguh yang relatifnya lebih kecil seperti Eddie Guerrero, Shawn Michaels dan CM Punk mempamerkan semangat juang, resilience dan memenangi perlawanan against all odds adalah menginspirasikan. Sejak 2016, keadaan ekonomi yang tidak menentu dan berjerubu melanda iklim pekerjaan dan pencarian rezeki ramai pihak. Daripada yang marhaen rakyat kebanyakan sehinggalah go...

MY HEART WILL GO ON

Image
Assalam, Saya sentiasa yakin dan percaya saya memang seorang peguam yang berdedikasi. Setiap tugasan dan amanah yang saya terima akan saya cuba laksanakan sebaik mungkin, jika boleh pada tahap 110%. Malah sejak dulu saya ada motto peribadi yang saya pegang- "saya tak boleh bekerja tanpa tekanan", "pressure is good, it will propel or catapult me to work", au kama qaal. Saya juga seorang yang agak keras kepala dan persistent. Sejak dulu lagi saya akan pertahankan prinsip dan kepercayaan saya dan tidak akan berdegis (berganjak) daripadanya. Malahan saya agak bangga declare diri sendiri sebagai anti establishment sejak zaman belajar hinggalah ke zaman pekerjaan. Dia kala kawan-kawan menyokong MU, Liverpool dan semua team power, saya kekal setia sebagai Toon Army menyokong Newcastle. Cumanya, mungkin sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak balik dari pengembaraan rohani haji 2 tahun lepas telah memberi perspektif baru pada saya tentang hidup agar lebih terbuk...

KEHIDUPAN YANG HIDUP

Image
Assalam, Agak lama saya tidak menintakan sesuatu di blog ini. Semoga idea dan pandangan saya masih tidak kemarau. Bukan tidak ada isu yang boleh ditaipkan di sini, cuma terlalu ramai keyboard warriors yang hebat memberikan fatwa dan menjatuhkan hukum terhadap musuh masing-masing menyebabkan saya pun menjadi  sedikit enggan untuk join the bandwagon. Cuma selepas berlaku beberapa episod yang menyedarkan diri ini betapa hidup ini terlalu singkat seperti kematian bapa saudara, adik sendiri diserang stroke serta pemergian adik Ahmad Ammar di Turki; menyebabkan diri ini terjemput untuk berkongsi sesuatu yang penting dalam hidup kita iaitu kehidupan itu sendiri. Sebagai pemilik FB yang berstatus pembaca senyap and pengelike kepada status-status kawan-kawan FB; ada saya bertembung dengan status-status yang mempersoalkan kehidupan empunya diri yang dilalui. Contohnya; bangun pagi balik petang, masuk gaji habis bayar hutang, sampai bila hidup begini? Ada juga sahabat yang saya bertu...

DI PERSIMPANGAN DILEMA

Image
Salam, Saya dihubungi oleh salah seorang pembaca blog ini berkenaan dilema yang beliau hadapi. Saya rasa selain saya menjawab secara personal, elok juga saya titipkan di sini barangkali ada manfaat yang boleh dikongsikan kepada umum. Dilema yang dihadapi adalah samada lebih sesuai terus meneruskan karier di   perkhidmatan awam, atau sebaliknya keluar dan menjadi peguam di medan di luar ini. Saya rasa dilema ini bukan sahaja berlaku kepada rakan-rakan yang berkhidmat dalam perkhidmatan perundangan atau kehakiman. Sudah tentu mereka yang menjadi kakitangan awam di mana-mana sektor sekalipun, mungkin akan didatangi pilihan ini. Teruskan di dalam atau sahut cabaran untuk mencari rezki di luar. Sedikit pengalaman saya yang pernah mengalami dilema ini beberapa tahun dahulu diharap dapat memberi sedikit panduan. Pertamanya, haruslah disedari bahawa skrip hidup kita semua ini tidak sama. Cabaran dan dugaan mahupun ujian semuanya berbeza dan tahapnya juga berlainan. Oleh i...

HARAPAN RAMADHAN

Image
Salam, Banyak lagu bertema raya mahupun puasa berkumandang saban hari apatah lagi Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita lagi. Harapan Ramadhan adalah antara lagu moden yang tidak bertaraf sampah atau menyakitkan hati untuk didengar, selain lagu seperti Ku Pohon Restu Ayah Bonda dan Pertama Ramadhan ini. Lagunya menginsafkan, mendamaikan dan menenangkan jiwa. Dalam bulan puasa tahun ini saya berhadapan dengan beberapa situasi yang memerlukan harapan. Insan-insan yang begitu berharap untuk mendapat kebebasan, pembebasan mahupun kepastian dalam hala-tuju hidup mereka.  Situasi ini sering berlaku kepada tahanan reman yang dituduh dengan pertuduhan melibatkan hukuman mati (capital punishment) seperti kes bunuh, 39B dan sebagainya. Manakan tidak mereka begitu mengharap. Hidup di penjara Sungai Buloh begitu menyeksakan. Sebagai peguam yang hanya ke sana dalam 2-3 jam mungkin 2-3 kali sebulan pun setiap kali terasa begitu sesak nafas dan meronta-ronta hati ingin segera kelua...

BORJOUIS ATAU MARHAEN

Image
Salam, Dalam dunia materialistik hari ini tidak dapat lari dari kita memperkatakan mengenai syiar, first impression atau gaya. Dunia kepeguaman juga tidak dapat lari dari dijerat oleh pandangan atau persepsi material ini. Keberjayaan atau kehebatan seorang peguam diukur daripada apa yang dapat dilihat pada mata kasar. Nampaknya 'nahkum bozzhowaahir" sangat dipratikkan di alam serba hitam putih ini. Pernah saya ditanya oleh rakan-rakan adakah perniagaan firma guaman saya sedang bermasaalah atau di tahap defisit lantaran saya downgrade kereta dari jenama Jepun bercc 2.0 kepada jenama Malaysia bercc 2.0 juga. Mungkin mereka mengambil berat akan hal ehwal saya. Namun, itulah realitinya yang begitu pahit hendak ditelan. Bukannya 'don't judge a book by its cover" sebaliknya "judge (and prejudge) a lawyer by its buroq". Apa yang disebalik yang tersurat jarang difahami lantaran prejudis material ini. Keberangkalian peguam itu cuba berjimat atau be...

THE ART OF POLIGAM

Image
Salam, One of the celebrated terms used by my fellow comrades in the legal fraternity and struggle is "Poligam". Don't confuse it with Poligami though Poligami is also one of the hot topics often discussed among men. Poligam is a combination of Politik and Gambar. Kind of similar to famous words created by Allahyarham P. Ramlee (I stand corrected) such as Pawagam (panggung+wayang+gambar) and Kugiran (kumpulan+gitar+rancak). Suddenly it escalates to "Polivid", "Polikhbar" and so on. Thus, Poligam simply means integrating the art of politics in pictures. Instead of looking dull, sombre, gloomy or unimportant in pictures, Poligam transforms a person to be photogenic, lively, dramatic and energetic in a picture. A Pak Pacak simply becomes a hero. A kepoh lawyer who did nothing in a case suddenly thrusted into the limelight. A session ended magnificently when it is wrapped up by a splendid photo session coupled with a touch of "Poligam...

TAKDIR DAN WAKTU

Image
Salam, Takdir dan waktu adalah salah satu daripada lagu-lagu hit nyanyian kumpulan Mega. Lagu ini timbul semasa peralihan antara zaman rock kapak yang agak keras kepada zaman rock leleh, nangis dan hingus. Lagu ini juga antara banyak lagu bertaraf biasa yang pernah memenangi Juara Lagu di TV3 iaitu satu pertandingan nyanyian yang sudah kurang ditonton orang ramai dan tidak lagi menarik. Bukan lagu itu yang hendak dikongsi dalam entry ini. Apatah lagi liriknya juga hanyalah lirik biasa bertema cinta, hampa dan kecewa. Sebaliknya, tajuknya yang menggamit idea untuk dinukilkan. Takdir seringkali disebut apabila berlaku sesuatu musibah seperti kematian, kecelakaan, kerugian dan lain-lain. Kadang-kadang terma lain yang biasa adalah seperti sebab musabbab, memang dah nak jadi, tak dapek den nolong dan sebagainya. Beberapa hari yang lepas, seorang saudara saya meninggal dunia semasa melahirkan anak ke 3 di sebuah hospital swasta terkenal di Shah Alam. Dikhabarkan mungkin ada unsur-unsur kecua...

MEREKA YANG REBAH

Image
Salam, Saya masih teringat semasa zaman pra baligh di darjah 6 dahulu ada satu lagu yang berunsur keinsafan iaitu Mereka Yang Rebah berkisar mengenai manusia-manusia yang tewas angkara najis dadah. Lagu itu meniti di bibir anak-anak ketika itu. Satu lagi lagu yang juga saya ingat adalah Masih Aku Terasa nyanyian kumpulan Gersang yang tiada bersangkut paut langsung dengan entri ini. Beberapa hari yang lepas pasukan bolasepak harimau malaya juga telah rebah dirobek oleh sang singa berpura-pura. Memang perit untuk menelan kepahitan kekalahan itu. Apatah lagi rebahnya harimau malaya bukan sahaja dek kerana pasukan lawan diperkuatkan oleh awang import yang telahpun veteran dan berisi; malahan juga akibat kealpaan sendiri dan sedikit unsur kebodoh-sombongan di pihak jurulatih yang konsisten menurunkan pemain yang berstatus penumpang sahaja di atas padang. Begitulah hidup kita, ada harinya kita menggapai kemenangan. Maka moleklah kita beringat-ingat bahawa kemenangan itu bukan segalanya mahup...

HEALTH IS WEALTH

Image
Salam, In the past week I have the privilege of conducting a trial in the judge's chamber. Kawtim involved? Definitely not. What happened was that the judge was too ill to proceed hearing the case in open court. She can barely walk to the majestic chair that we lawyers, DPPs and civilians alike, bow everyday as a matter of respect when we hear the magic word "bangunggggg!". So the judge declared her chambers as open court. Conducting a criminal trial in chambers whereby the judge is restless and not in the best of health is neither pleasant nor dramatic. It's so peaceful and surely I can't raise my voice against joker witness although I wish I had done so, upon hearing the investigation officer replying with a standardized answer; "saya kurang pasti pula". In the end what transpired was a civilized trial with parties giving utmost respect to each other. What really concern me is the way the pressure (read: KPI) has forced officers of the court to give pr...