Posts

Showing posts from June, 2013

REMAN OH REMAN

Image
Salam, Semalam saya bergegas ke Balai Polis Ampang Jaya kerana diminta untuk menjenguk keadaan Datuk Husam Musa yang baru sahaja ditahan pihak polis beberapa jam sebelumnya. Namun, kejanggalan berlaku kerana sesampainya saya di sana, DHM telah pun dibawa secara tergesa-gesa oleh pihak polis ke IPD Kota Bharu pula yang jaraknya menjangkau 500 km atas alasan report asalnya dibuat di sana. Aneh tapi benar, yang janggal bukan lagi mengejutkan di negara kita yang tercinta. Lantas saya tertarik untuk mengetuk keyboard sedikit menukilkan perihal reman, sifat dan akibatnya. Banyak sebenarnya perkara menarik mengenai reman yang boleh dikongsikan. Pertamanya, reman ini tidak wajar dianggap sebagai satu rutin semata-mata. Kenapa? Kerana ia melibatkan persoalan kebebasan diri seseorang. Percayalah, nikmat kebebasan diri adalah sesuatu yang amat jarang dihargai, melainkan selepas ianya direnggut legally or otherwise, barulah terasa begitu bernilai sekali apa yang dipanggil kebebasan itu.