Posts

Showing posts with the label ISLAM AS ADDIN

MIN HAITHU LA YAHTATHIB

Image
Salam, Perbezaan utama antara mereka yang makan gaji dengan bekerja sendiri adalah berkenaan dengan persoalan rezeki yang diperolehi saban bulan. Bagi yang menjadi "orang gaji" datanglah ribut mahupun taufan, pasti bibir mereka akan tersenyum pada satu tarikh yang pasti di setiap hujung bulan. Tidak kiralah gaji tersebut akan habis menjelang tengah bulan atau tidak, hakikatnya, security itu satu nikmat yang besar yang wajar dihargai oleh setiap yang makan gaji. Tak perlu petir minda bagaimana hendak mendapat gaji, cukup sekadar melaksanakan tugasan dengan amanah tanpa sebarang tekanan (di alam fana barangkali). Bagi yang bekerja sendiri, security bulanan itu seolah-olah tiada langsung. Sumber kewangan adalah tidak tetap (fluctuate). Pendek kata jika ada yang bertanya berapa gaji saya, akan dijawab antara kosong ke infinity. Wujudnya juga perasaan uncertainty dalam mencapai target bulanan. Cukupkah bulan ini? Negatifkah pendapatan bulan ini atau berapa banyak yang boleh disimp...

SERUAN AL-HARAMAINI

Image
Salam, Memang cepat benar masa yang berputar. Kalau boleh ingin saja kembali ke zaman kanak-kanak atau remaja kita yang rasanya baru saja berlalu. Namun, putaran dunia tak boleh diundurkan lagi walau banyak mana pun kumpulan AXL menyanyikan lagu; andai dapat kuundurkan putaran dunia. Jika 10, 20 tahun lalu peralihan bulan dan musim perayaan contohnya dirasakan lama benar untuk kembali. Namun, kini, cepat benar contohnya seolah-olah baru sahaja kita menyambut raya, dah menjelang balik musim raya yang berikutnya. Hutang lama belum lunas, hutang baru dah nak dicipta balik. Benarlah dunia sudah di akhir zaman. Lihat sahaja usia perkahwinan kita dan juga perkembangan umur anak-anak. Tup-tup rupa-rupanya sudah lebih kurang 10 tahun usia perkahwinan kebanyakan kalangan sahabat saya (kecuali ahli kelab Alif Ba Ta-Angkatan Bujang Tua). Anak-anak juga yang sulungnya mungkin sudah masuk tahap 2 sekolah rendah dan mungkin sudah pandai menghafaz quran (atau juga mengorat). Dalam kesibukan kita me...

POST MORTEM RAMADHAN

Image
Salam, Dalam kesibukan kita menyambut lebaran yang bakal tiba, tidaklah salah untuk kita menoleh sejenak ke belakang selama tempoh 29 hari kita berada dalam bulan pentarbiyahan Ramadhan atau bulan pesta ibadah ini. Tidak kiralah pada malam buat ketupat ini kita sibuk menggantung lampu lip-lap atau memasukkan duit raya ke dalam sampul atau benar2 membuat ketupat (mengumpat?) atau memalaskan diri menghadap astro sports channel (bola lagi yang tak pernah cuti); malam menjelang 1 Syawal inilah masa terbaik untuk membuat post mortem/bedah siasat Ramadhan edisi kali ini. Seperti lagu kumpulan The Zikr; Ramadhan Dua Zaman yang antara lain liriknya berbunyi...Ramadhan satu nasib tak serupa, peluangnya sama, natijah berbeza...(boleh download sendirilah ok), maka kita umat akhir zaman ini tidak boleh tidak mestilah mengkoreksi diri meneropong ke dalam diri menembusi hati nurani kita setiap kali Ramadhan pergi. Bedah siasat ini perlu agar kita dapat menggredkan pencapaian kita saban tahun agar k...

RUMAH YANG ABADI (TRIBUTE TO ARWAH REZAL @ CALOK)

Image
Salam, Bagi peminat filem P.Ramlee, lawak beliau bukan sahaja tidak mengeringkan gusi tetapi juga tidak mengeringkan minda. Selalunya lawak beliau penuh bermesej dan juga satu sindir-perli kepada masyarakat. Di dalam cerita Seniman Bujang Lapok contohnya, Ajis dan Sudin telah mengadakan sessi petir minda (brain-storming) mengenai status mereka yang mungkin terpaksa berpindah ke rumah lain lantaran tidak dapat konsentrate dalam menghafal skrip. Lalu keluarlah lawak bermesej (bukan lawak bo seperti Senario) dari Sudin; aku ada bilik kalau kau nak, panjangnya 6 kaki, lebarnya 2 kaki, dalamnya pun 6 kaki. Ajis menjawab; luas jugak ye..itu kubur! Nah, dalam cerita P. Ramlee pun ada seruan ke arah mengingati mati. Ramai kalangan kita tidak gemar bila disebut pasal mati sehingga klip video sakaratul maut menjadi isu besar kononnya menakutkan kanak-kanak. Lahaulawala, itulah tujuan apa-apapun yang berkaitan dengan mati, supaya takut, beringat dan menginsafi diri. Kalau mengharapkan sesuatu ya...

FASTING MODE

Image
Salam, Alhamdulillah today we are given the blessings by Allah to meet Ramadhan again. Now its high time for us to refresh our mind, body, soul (and stomach too) from all the allurement of dunia and nafsu. Its also the time to reload our amal ibadah, upgrade our iman, defrag our clouded minds, delete our bad habits and if need be re-format our priority in life. We might also interested in switching the old operating system (secular one) to a cool one (Islamic one). Do we feel happy or excited with Ramadhan's arrival? If you answer in a positive tone, I'm glad you are still a sane muslim. If your answer is negative, then something is wrong somewhere, deep in your heart. We should be rejoicing now and not when Dendang Perantau by P.Ramlee or Sesuci Lebaran by Datuk Siti is being played non-stop in the radio. Its also the same if you main concern for Ramadhan is bubur lambuk, ayam golek and cendol rather than terawih, taadarus and tahajjud. Please consult your soul doctor (doktor ...