Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

GOOD COP BAD COP

Salam,

Jika anda pernah menonton filem "The Rock" lakonan mantap Nicolas Cage dan Sean Connery, anda pasti ingat babak di mana Cage cuba membawa watak "good cop" memujuk Connery infiltrate alcatraz dari kawalan "pengganas" diketuai Ed Harris. Namun dalam filem The Pink Panter pula Steve Martin atau Inspektor Jacques Clouseau menjadi kedua2nya sekali!; "good cop" dan "bad cop" sekaligus terhadap saksi yang sama.

Jika loyar dicop dengan panggilan loyar buruknya, polis juga ada panggilan2 manjanya oleh orang awam. Antaranya "anjing kerajaan", "barua", kaki sapu dan macam2 lagi. Sehingga ada seorang blogger (bukan saya) yang telah menukarkan lambang PDRM dgn lambang anjing sedikit masa dahulu.

Saya bercakap hasil pengalaman saya ter-kerjasama (maknanya kerjasama yang terpaksa) dengan pihak polis semasa bergelumang sebagai seorang dpp sehinggalah sekarang sebagai seorang loyar. Dalam apa jua profesion, wujud golongan berju…

PRELUDE KEPADA INQUEST MENDIANG TEOH BENG HOCK

Salam,

Pada hari Rabu, 29 Julai 2009, sekali lagi Kompleks Mahkamah Shah Alam akan dikerumuni oleh orang ramai. Berbicara dengan pak guard yang setia menghalang kereta2 untuk naik apabila parking full dengan lambaian keramatnya; beliau meramalkan inquest ini akan mengalahkan kes C4 dari segi keramaiannya. Betul juga, saksi SPRM sudah berpuluh2, peguam dan pembantu juga berpuluh2, wartawan2 juga berpuluh2, ahli keluarga dan penyokong pihak2 berkepentingan juga akan ramai sekali.

Saya tidak berminat untuk terheret sama dengan para penulis lain mengulas mengenai maksud dan peruntukan undang2 yang sudah sedia termaktub mengenai inquest. Saya juga tidak ingin turut serta menghentam Peguam Negara berkenaan alasan bijaksana beliau mengapa perlunya ada sampai 2 forum iaitu inquest dan Suruhanjaya (bukankah less is more?), walaupun saya masih mencari2 wisdomnya penjelasan itu di mana. Biarlah saya berkongsi mengenai inquest ini berdasarkan pengalaman saya yang pernah mengendalikan beberapa inque…

TRAGEDI SEEKOR BABI DI PUTRAJAYA

Salam,

Penulis buku "Buat Duit Dengan Blog" ada mengingatkan penulis blog agar tidak menulis perkara peribadi untuk membuat duit melalui blog. Katanya, ia hanya mampu memberi kelegaan jiwa kepada penulis tetapi kurang diminati pembaca. Tapi saya bukan hendak membuat duit dan saya memang perlukan sesuatu untuk melegakan jiwa saya.

Kira2 3 jam lepas, saya terlibat dengan satu kemalangan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Saya terlanggar seekor babi yang tiba2 memecut melintas jalan. Kereta viva sebelah saya berjaya mengelak tetapi saya bertembung dengan babi itu. Alhamdulilah saya berjaya mengawal kereta yang terbabas. Hasilnya; satu nyawa melayang (babi) dan satu kereta mengalami kecederaan hampir parah di depan.

Apa signifikannya tragedi berdarah ini? Bagi saya seorang individu muslim, ini satu rahmat dari Allah kepada saya. Mudah untuk kita menganggap yang negatif; kenapalah aku ikut jalan ni, kalaulah aku balik lambat sikit, berapa ribu lah nak baiki kereta …

AIR MATA KEINSAFAN?

Salam,

Payah menjadi loyar jenayah ini. Anda dipanggil loyar buruk (standard), mata duitan, dikatakan pembela penjenayah dan juga dikatakan penyumbang kepada peningkatakan kadar jenayah negara. Saya percaya seorang peguam jenayah sahaja yang kerjayanya adalah; semakin anda bagus maka semakin ramai pula yang tidak menyukai anda. Seorang ahli politik termasuk dalam exception to this general rule.

Jadi, apakah yang menjadi pengubat jiwa yang manjalara bagi seorang peguam jenayah? Fees yang tinggi? Kereta yang besar? Isteri yang tidak berapa besar? Pergi ke mahkamah dipandu oleh supir? Menjadi seorang penyabit di padang2 ragut (golf la tu) terkemuka? Dapat melalak atau melolong di kara-tak-ok langsung? Semua itu mungkin ya bagi orang lain tetapi tidak bagi saya. Banyak lagi perkara yang membuatkan anda puas hati, tersenyum puas dan menyanyikan lagu hindustan di dalam kereta (walaupun anda benci filem hindustan).

Hari ini, berlaku lagi saat2 yang magic itu. Saya berada di mahkamah untuk sat…

ISA CREEPING INTO OUR COURTS?

Salam,
1) "Awak bagitau hakim mahkamah satu lagi yang saya nak jalan kes saya walaupun kes dia lagi lama, saya lagi senior dari hakim itu" 2) "Saya tak kira kalau peguam ada High Court ke Court of Appeal ke, kes saya saya nak jalan jugak" 3) "Saya tahu hari ni sebutan tapi saya free minggu depan dan saya nak bicara jalan minggu depan, kalau nak ikut jadual peguam tahun depan pun tak free" 4) "Saya tahu sekarang dah 5.30 petang tapi kalau sambung sampai night court pun saya tak kisah, apa masalahnya peguam teruskan" 5) "Saya dapat arahan dari orang atas untuk benarkan penangguhan sambung bicara selama 2 minggu sahaja, kenapa peguam ambil terlalu banyak kes?"
Familiar with all these remarks made by the bench lately? I'm sure some of you whether its from the prosecution or the defence that have encountered with those kinds of remarks. And surely when your polite request or explanation was thrown into the dustbin by the bench, you felt that…

STRESS MANAGEMENT ON THE ROAD (LOYARBERJURUS STYLE)

Salam,

Pernahkah anda berhadapan dengan road bully atau dengan seangkatan dengannya? Bagaimana dengan orang yang tiba2 hendak berlumba dengan anda di trafik light ala2 the fast and the furious? Ataupun pemandu skima yang berhenti mengejut di tengah jalan sebab hendak menjawab panggilan telefon? Bagaimana pula mereka yang tak pandai menggunakan round about yakni mengharamkan diri mereka berhenti sebaliknya jalan terus? Macamana pula pemandu yang membawa kereta 50 km/sejam di laluan laju? Pernahkah juga ada tersangkut di belakang pemandu kereta yang tidak tahupun keretanya ada back mirror dan side mirror walaupun anda dah bagi lampu berkali2 untuk memotong? Bagaimana pula pemandu rally yang nak menyondol kereta anda dari belakang dan cuba mencilok walaupun kereta yang dia pandu itu sebesar Hummer?

Percayalah, semua itu pernah saya lalui. Ini belum lagi pengalaman dipotong Q di drive tru counter di pejabat pos dan KFC. Apa yang selalu kita responskan? Diam, menyumpah dan mengetap bibir ad…

MU v MALAYSIAN XI ; LESSONS TO BE LEARNED

Salam,

I have a confession to make; I dont like MU. I even joined anti-MU fan club. Although I admit that I do admire some of MU players individually like Giggs, Cantona, Evra and mmm... thats about it. That's why the lure and hype of MU coming to our country to play against Rajagopal's team does not convinced me to go to Bkt Jalil though some friends did invite me to join them.

And when Orga, a diehard gunner fan smsed me and informed that astro (owned by pakcik ananda who denied buying my NUFC) was showing the game live; I didnt even bother to rush to the tv. Combined with my prediction that MU will at least thump our boys 5-0 with my anti MU sentiment, so at last I finally reached in front of my tv on the 30 th minute. By then it was already 2-0. But, I stayed and watched the game until the last minute of the coverage (not the last minute of the game). And I found a few lessons to be learned that can be applied in our life.



1) Size does matter but its the size of your heart th…

LOYAR BURUK DETECTOR

Seorang pakar motivasi terkenal pernah mengutarakan (kenapa tidak mentimurkan?) satu soalan mengenai loyar; bulan berapa yang loyar kurang menipu? Jawapannya ialah di bulan Februari sebab Februari ada 28 hari saja! Nah, buruk dan jelik sekali persepsi masyarakat terhadap seorang loyar itu. Untuk lebih menerukkan lagi keadaan; tag team bagi loyar adalah perkataan "buruk" di saat doktor mendapat ismadi dan inspektor mendapat sahab.

Justru, loyar berjurus dalam usaha mengikis persepsi negatif ini menyenarai-pendekkan beberapa indikator (maknanya banyak lagi) seorang loyar buruk.

1) Melenggang ke mahkamah- Mahkamah bukanlah pasar malam atau kelas tuisyen. Sila bawa beg yang sesuai sebagai seorang loyar. Elakkan beg pengakap, beg ahli payung terjun mahupun beg plastik. Imej hendaklah dijaga. Kalau ini pun tidak mampu dibuat, maka bagaimana hendak menjaga profesionalisme sebagai loyar?

2.Amalan menyuruh anakguam MOB (mention on behalf)- Anak guam adalah anak guam walaupun beliau seo…

SAKSI YANG MENYEKSAKAN

Salam,

Bagi yang tidak terlibat dengan arena kemahkamahan, kehadiran di mahkamah mungkin dianggap sesuatu yang menakutkan. Ini adalah sesuatu yang normal. Percayalah, para peguam yang hebat bagaimanapun akan berasa kecut perut apabila berada di lokasi yang bukan gelanggang mereka seperti di hospital atau klinik gigi.

Jadi, wujud pelbagai jenis saksi yang boleh dilihat di mahkamah. Ada yang melucukan, ada yang menyakitkan hati, ada yang boleh membuat anda tersenyum dan ada pula yang anda kesian terhadapnya. Berikut antara kategori saksi yang terlintas di minda separa sedar saya;

1) Saksi penghafal skrip
- Kebiasaannya saksi-saksi begini melibatkan saksi polis. Kita boleh lihat sebelum mahkamah bersidang mereka biasanya tekun menghafal report, statement atau ID masing-masing. Yang pernah berlaku adalah mereka memberi keterangan mengenai kes yang lain kerana terlalu banyak skrip untuk dihafal. Pernah berlaku di zaman dahulu kala, saksi2 ini diberikan soalan dan jawapan sekali untuk dihafal. …

TRIAL BY AMBUSH

Salam,
Di dalam sistem keadilan kita yang bertunjangkan prinsip melawan (adversarial), banyak daripada kemenangan di mahkamah bergantung kepada strategi yang dipakai oleh pihak2 selain daripada faktor2 seperti pengalaman, skil, kekuatan kes sendiri dan kelemahan kes pihak lawan.
Saya terpanggil untuk menitipkan persoalan di atas kerana antara strategi yang terbaik yang biasa digunakan di dalam perbicaraan di mahkamah adalah penggunaan taktik "ambush" atau serang hendap. Sebenarnya bagi saya ada banyak lagi strategi2 lain yang saya tahu atau yang pernah saya gunakan seperti strategi2 yang dipanggil license to grill, memancing saksi (fishing), playsafe, sniper (penembak tepat), menangguk di air keruh, touch n go, taktik gasing (memeningkan saksi) dan banyak lagi istilahnya yang saya reka sendiri. Mungkin saya akan postkan di post2 akan datang jika berkesempatan.
Trial by ambush bermaksud pihak2 yang terlibat tidak menyatakan atau menzahirkan apakah strategi mereka kepada pihak l…

MITIGASI TERPANJANG PERNAH DIHUJAHKAN DI MAHKAMAH MAJISTRET

HUJAHAN MITIGASI PERINGANAN HUKUMAN
PP v. Lim Tze Loong (83-1541-04)
Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960

• Hujahkan Mahkamah perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil, rayuan OKT sebagaimana berikut:-

1. Pengakuan Salah
• Pengakuan salah OKT bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah tetapi juga masa dan kos pendakwaan dan saksi.
• Mahkamah bolehlah memberikan tumpuan kepada kes-kes yang lebih berat dan serius.
• PP v. Ravindran & Ors (1993) 1 MLJ 45 – diskaun atau kredit harus diberikan kepada pesalah yang telah mengaku salah kerana ia telah menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pihak pendakwaan.
• OKT sejak dulu lagi ingin mengaku salah tetapi kes pada hari ini berkait dengan kes yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam. OKT tiada niat untuk membuang masa mahkamah yang mulia ini dan terus mengaku salah dan bersedia dihukum sebaik sahaja kes di Mahkamah Shah Alam selesai pada 29 Mei 2009. Pada tarikh sebutan di mahkamah ini pada 3 Jun 2009, …

KPI, STATISTIK DAN DOT DOT DOT

Salam,

Apabila naiknya CJ yang baru maka berlakulah perubahan2 pada sistem, perlaksanaan dan polisi. Salah satu perubahan radikal melibatkan arahan melupuskan (dispose) kes dalam masa yang agak segera dan juga penekanan kepada KPI. Para hakim diarahkan antara lain mempercepatkan senggang antara penangguhan, bertegas dalam soal penangguhan, menghabiskan kes2 part heard dan sebagainya.

Kesan daripada perlaksanaan baru ini dapat dirasai sekarang. Ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya. Angin perubahan dapat dilihat di hampir kebanyakan mahkamah. Tidak kedengaran lagi hakim atau majistret yang mempunyai waktu bersidang secara ISA (ikut suka aku) ataupun yang membenarkan penangguhan akhir sehingga berbelas kali atas alasan yang sama dan sebagainya.

Kebanyakan mahkamah sekarang berusaha untuk mula bersidang seawal jam 9 ataupun 9.30 pagi. Penangguhan atas alasan remeh atau sambil lewa oleh pihak pendakwaan seperti ketiadaan saksi, tersilap sapina saksi dsb juga tidak dilayan. Begitu juga …

DARI DPP KE LOYAR = DARI DARK SIDE KE JALAN YANG BENAR?

Salam,

Saya bersahaja (purposely) memilih untuk memposkan pos kali ini dalam bahasa Melayu untuk mengelakkan dari anggapan blog ini adalah berbahasa pengantar Bahasa mat salleh. Saya terpanggil untuk menjawab persoalan menarik dari sahabat baik saya saudara asyraf mengenai persoalan di atas.

Jawapannya adalah ya dan juga tidak. Saya mengatakan ya kerana saya sendiri mengalami peralihan itu yakni daripada seorang DPP menjadi seorang loyar cabuk. Kelebihan pernah berada di 2 alam ini menjustifikasikan saya untuk mengesahkan persoalan di atas. Cuma, apakah yang dimaksudkan dengan "dark side" itu? Pada saya "dark side" itu bukan bermaksud pihak yang salah atau pihak yang jahat.

Saya lebih gemar memilih untuk mengatakan ia bermaksud kehidupan (life) yang terikat, tidak bebas, kurang diberi penghargaan, laju dihentam apabila melakukan kesilapan dan wujudnya budaya yang saya tidak gemari. Contohnya budaya anfusana anfusini, politik pejabat, tikam menikam serta budaya menurut…

THE ACCUSED; PRESUMED INNOCENT OR PRESUMED GUILTY?

One of the occupational hazard of becoming a criminal lawyer is you are associated with the so called crooks or criminals. When I was a deputy public prosecutor, it was always in my perception that 99.9% of those arrested and subsequently charged were the bad guys, the condemned or the unforgiven.
Nevertheless, throughout my career as a dpp, i did came across with OKTs who appered not to be crook alike. Once when I was in Sungai Buloh prison visiting client; I heard somebody shouting from the cells; "Tuan Ariff, sihat kaaa". It turn out to be one of the accused that I had succesfully prosecuted and dumped him to jail. Luckily he had no hard feelings toward me!
When I changed side (some say from the dark side-you decide) to be a private practitioner, I realised that there are actually so many categories of accused person. Being in "2 alam" realy helped me to appreciate these "crook's" background.
Firstly, there are definitely a category of really bad gu…

THE ART OF CROSS-EXAMINATION (my snippet)

THE ART OF CROSS-EXAMINATION
By Ariff Azami bin Hussein, 9th July 2009-07-08
The article below is the personal view of the writer based from his own experience as well as association and observation of senior dpps and criminal lawyers throughout his "crime" career.

Cross examining a witness is a skill which is neither easy nor it's too difficult to embrace. To be a good criminal litigant you have to learn the curves the hard way. You may spend some time observing or assisting a senior counsel but at the end of the day you have to experience it yourself and try your best to brush up your cross examination skill if you are given the opportunity to do so.

As a comparison to the "civilians" whereby their work percentage might be 90% preparation and documentation while another 10% for court action. For us it is to the contrary; 10% preparation while the remaining 90% happens in the court. That makes criminal litigation enjoyable and alluring as it involves element of sp…