Posts

Showing posts from October, 2014

MISSION IMPOSSIBLE

Image
Peguam umpama perisik atau ejen yang seringkali diharapkan untuk melaksanakan misi-misi mustahil atau quasi-mustahil. Tatkala menerima arahan atau brief daripada anak guam umpama menerima arahan melalui alat canggih yang boleh self-destruct dalam 5 saat dalam filem Mission Impossible. Peguam ditagih menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan super efisyen dan penuh kejayaan, seolah-olah kita mempunyai kuasa dan skil hebat umpama agen di dalam Marvel Agents of Shield. Bunyinya sedikit keterlaluan. Namun itulah realitinya yang berlaku. Apatah lagi bagi peguam kes jenayah yang mana nyawa dan kebebasan diri anakguam disandarkan pada kudrat dan kebijaksanaan sang peguam. Seorang anak guam warga Afrika pernah mengatakan bahawa saya telah dihantar oleh tuhan untuk membebaskan beliau (god sent), walaupun beliau beragama kristian. Memang berat harapan yang ditaburkan umpama pahlawan di dalam alam komik pedang setiawan pun ada juga kadang-kadang terasa. Semakan realiti (reality check)